Saturday, June 16, 2012

Aku Sejarah : Kadangkala Aku Tidak Menyukainya

Sejak zaman aku sekolah menengah, aku dah confius dengan kronologi sejarah negara. Kadangkala aku lebih suka dengan kronologi yang diceritakan oleh beberapa orang Ustaz dan Ustazah (bukan bermakna aku ne alim sangat : ramai orang masih skema dengan istilah alim ne) kerana aku lebih yakin dan logik akal dengan apa yang dipanggil kronologi sejarah ketamadunan manusia dari perspektif kewujudan Nabi Adam AS hinggalah junjungan besar Nabi Muhammd SAW. Berbanding dengan apa yang menjadi perspektif yang diceritakan oleh guru-guru sejarah dan semestinya buku teks sejarah yang aku pinjam dan balut dengan kemas, kemudian malas nak baca. Hahahahahahahahahhaha.

Kewujudan zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik, dan Logam... Adoiiii, aku langsung tak percaya dengan keadaan manusia yang masih hidup dengan keadaan seperti yang digambarkan. Kadangkala bagi aku ia adalah sesuatu yang melucukan dan menjadi bahan gurauan senda bersama rakan-rakan yang kepala masuk air sama-sama di Dewan Makan asrama satu ketika dulu. Sejarah sebagai seorang pelajar itu lebih dominan dalam kepala kami berbanding sejarah yang kami panggil "cap ubi kayu" terutamanya apabila membincangkan tentang permulaan ketamadunan manusia. Benda tersebut menjadi kebiasaan sehinggalah aku jadi guru sejarah awal abad ke 21 dan syukur kerana aku hanya terlibat dalam proses pembelajaran dan pengajaran kertas 1 STPM yang mempunyai agenda sejarah yang lebih aku percaya berbanding kertas yang satu lagi. Walau bagaimanapun, istilah prasejarah tidaklah menjemukan aku kerana tahap pelajar Tingkatan 6 (sekarang orang panggil PRE-U, hahahahahaha) yang boleh menerima logik akal.


Kemudian, aku pindah dan mengajar sejarah sehingga sekarang. Apa yang merunsingkan??? Kronologi sejarah aliran perdana adalah sesuatu yang menyebabkan aku semakin jauh dari sejarah, seolah-olah bagi aku apa yang aku kongsi dengan pelajar adalah sesuatu yang sia dan kadangkala rasa cemburu dengan rakan-rakan yang mengajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Pendidikan Islam. Sejarah aku sendiri yang sangkut dengan pilihan sendiri yang aku rasa salah. Hahahahahahaha, apa boleh buat. Kemudian tahun 2012 ini, aku masih mengajar Geografi...emmmmm, "very interesting" dan cam best pun ada berbanding sejarah. Tapi dah lambat, apa boleh buat... semuanya jadi sejarah dan hanya pedang seperti gambar di atas je yang mampu menjadi "tool" yang sangat berguna.

Nota:
1. Artikel takde makna sebab tak dapat layan Euro 
2. Live Streaming problem sedunia pasal cuaca : France vs Ukraine... hopely France will win
3. Al-Fatihah untuk rakan sejawatan dari SMK Narinang Kota Belud (2003-2009), Kak Sidah binti Harun : kembali ke  rahmatullah pada Jumaat 15 Jun 2012 bersamaan 25 Rejab 1433 Hijrah. Seorang guru, rakan setugas yang baik. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT.




2 comments:

  1. Sejarah penting untuk kelestarian ummat. Kalau kita menolak sejarah, manakan kita akan memahami pengajaran hidup. Bahkan al-Quran sendiri penuh dengan selitan sejarah nabi dan rasul-rasul terdahulu.

    Saya setuju dengan cikgu. Sejarah buku teks ditulis dengan penuh tapisan. Mencarik minat pelajar kita sendiri untuk mendalami sejarah.

    Saya lebih suka membaca sejarah daripada buku-buku tulisan ahli sejarahwan berbanding buku teks yang ditulis oleh 'cikgu sejarah'.

    Apapun, teruskan usaha cikgu kerana cikgu adalah pejuang anak bangsa.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi memberi komen... Sebenarnya kadangkala aku rasa sejarah yang diajar di peringkat sekolah perlu lebih menekankan hasilnya dalam aspek patriotisme pelajar dan bukannya menekankan aspek "ilmu sejarah" itu sendiri. Bagi aku terdapat perbezaan antara ilmu sejarah dengan usaha meningkatkan semangat patriotisme pelajar melalui sejarah.

    Buku Teks sejarah bagi aku perlu:
    1. Tahun 1 - 6 : Sejarah perlu menarik dan dipelajari dengan santai
    2. Tingkatan 1- 3 : Sejarah perlu menarik, dipelajari dengan santai, dan adalah asas sahaja dalam bidang ilmu sejarah
    3. Tingkatan 4 - 5 : Sejarah perlu menarik, dipelajari dengan santai, ada asas ilmu sejarah, dan hanya 10% menekankan pemikiran kritis
    4.Tingkatan 6 - IPT : Sejarah yang dipanggil sebagai ilmu sejarah

    Sejarawan dengan pelajar adalah jauh beza... pelajar perlu didedahkan dengan kronologi sejarah negara secara santai. Bayangkan buku teks sejarah pada hari ini yang bermula dengan kewujudan zaman prasejarah, kerajaan awal di Asia Tenggara, Sejarah mengikut negeri dan akhir perang dunia kedua...

    Kalau berkesempatan cuba "google" sukatan pelajar sejarah di Malaysia untuk menilai skop kronologi sejarah yang terlalu luas. Memang ada peristiwa yang bercanggah dengan pegangan al-Quran terutamanya isu zaman prasejarah.

    Lebih lagi isu sejarah berasaskan negeri dibincangkan dengan penuh kritis. Bagi aku, sejarah di sekolah perlu kembali ke landasan membentuk semangat patriotisme dan lebih molek jika dimulakan dengan gagasan pembentukan Malaysia.

    Cuba jawab soalan asas yang penting untuk seorang doktor, penjawat awam, dan rakyat malaysia khususnya berikut:
    1. Berapa jumlah suku-suku di Malaysia
    2. Kenapa Wilayah Borneo ada Kabinet Menteri Sendiri
    3. Kenapa Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi asas Sistem Pendidikan
    4. Pernahkah dengar ada suku Kiput di Sarawak?
    5. Pernahkah dengar ada suku Kegasaan (sub Dusun) di Sabah?
    6. Pernahkah dengar ada suku Bajau di Johor?

    7. Bagaimana kronologi perkembangan pendidikan tinggi di Malaysia era 60an-2000

    Banyak lagi isu lebih baru yang penting didedahkan kepada pelajar tentang keunikkan budaya dan kaum2 di Malaysia. Malahan ada dalam kalangan warga pendidikan sendiri yang tidak mengetahui jumlah suku di Malaysia...

    Kita akan dapat menghargai kepelbagaian jika didedahkan dengan kepelbagaian, kerana realiti kita bermula dalam tahun 1963. Untuk mengetahui kronologi Kesultanan Melayu Melaka adalah berat kepada pelajar yang kurang meminati sejarah, sukatan Sejarah perlu selaras dengan kronologi zaman... kerana adalah lebih molek kalau doktor mengetahui kronologi sejarah lepas 1963 berbanding sebelum itu (sekadar pandangan)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...