Sunday, March 25, 2012

Aku dan Istilah "Digital Immigrant" (Unkel Marzuki 'gedek' Mahbob)

Sebagai seorang perayau WWW yang sudah sedia tegar sejak menjejak kaki di menara gading hampir sedekad lalu, aku memang tidak nafikan banyak ilmu dan pengetahuan yang aku dapat dan kongsikan dengan rakan-rakan mahupun sebagai sebahgian rutin di bilik darjah. Malah dalam duni "blogging" aku hampir berjumpa dengan pelbagai karenah manusia dan sebahagiannya kadangkala boleh menyebabkan aku sering singgah dan membaca setiap maklumat yang terdapat dalam blog tersebut. Malahan aku berani katakan bahawa berita-berita yang terpampang di dada-dada media arus perdana kadangkala sangat berbeza bila kita mendapatkan maklumat yang sama daripada media ke-3 seperti blog ini. 

Selepas ledakan teknologi web 2.0 yang lebih bersifat dinamik dan memberi peluang kepada banyak golongan "Digital Immigrant" seperti aku untuk berinteraksi dengan menggunakan media ke-3 ini sebagai satu rutin harian menggantikan rutin di alam realiti. Buktinya ramai dalam kalangan pengguna "facebook" memajukan sektor pertanian melalui aplikasi "farmville" berbanding turun ke tanah mengusahakan ladang mahupun ramai dalam kalangan remaja menggunakan laman sosial "facebook" untuk mendapatkan kenalan berbanding melibatkan diri dalam aktiviti sosial di sekolah. Sesiapa yang lahir sebelum tahun 1990 adalah dikategorikan sebagai "Digital Immigrant" dan dikatakan kurang terdedah dengan perkembangan teknologi www seperti hari ini dan ramai dalam kalangan mereka akan kekok untuk menggunakan aplikasi komputer mahupun internet. Manakala sesiapa yang lahir selepas tahun 1990 pula dikategorikan sebagai golongan "Digital Natif" yang mana mereka sudah terdedah dengan kecanggihan teknologi komputer. Tetapi penguasaan kemahiran antara dua golongan ini tidaklah menjadi terlalu asing disebabkan oleh kewujudan web 2.0 ini.

Banyak artikel dan maklumat boleh diperolehi tentang apa yang aku nyatakan di atas, tapi apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah bagaimana golongan "Digital Immigrant" ini membuktikan bahawa jurang dengan golongan "Digital Natif" tidak begitu jauh jika dikaitkan dengan aspek umur. Malahan aku yang termasuk dalam kategori "Digital Immigrant" pun siang malam terpaku depan monitor dan selesa dengan membaca entri-entri blog yang berkongsi maklumat. Aku memang suka membaca entri-entri blog yang panjang dan jarang singgah di blog yang sekadar berkongsi cerita hidup mereka. Blog-blog yang berfikiran kritis seperti Freedom Of Association dan Teh Tarik Gelas Besar merupakan antara puluhan blog yang aku terjah setiap kali ada entri baru di samping blog-blog penuh informasi lain yang berlambak di dunia www. Tapi kalau blog berkisarkan peribadi aku jarang lah terlibat, cuma semenjak tahun hujung 2011 lepas aku asyik-asyik terjah blog seorang "Digital Immigrant" yang aku rasa seperti ada sesuatu yang menarik di sana.

Entahlah kenapa aku selalu terjah walaupun aku tak pernah gelak pun tengok setiap entri berbanding komen "perayau cyber" lain mengatakan blog tersebut lawak dan aku kadangkala "confius" juga dan aku serius macam Blogserius apabila memikirkannya. Malahan blog Hilang Punca aku rasa lagi lawak kadangkala dan aku boleh tergelak membaca setiap entri Brader Pipiyapong. Kalau nak dikaitkan dengan aspek visual, aku pun tidak rasa ianya menarik walaupun aku memang seorang yang sukakan aspek-aspek grafik dan kadangkala sanggup mengadap monitor komputer sampai berhari-hari untuk menghasilkan bahan grafik untuk kegunaan kerja mahupun sekadar suka-suka. Malahan kat sana pun tiada cerita pasal bola sepak secara khusus... Aku suka membaca dan blog tersebut pun bukannya ada ayat-ayat gramatis atau berjela-jela seperti blog aku ini kadangkala. Malahan aku bukanlah suka nak "blogwalking" sangat kerana aku menulis di blog sekadar untuk meningkatkan kemahiran berbahasa sendiri dari aspek yang berkaitan dengan konsep ilmiah dan minat.

Pada hari lahir yang ke-43 blogger tersebut barulah aku buat entri ini selepas mengetahui kenapa aku sering singgah dan menghabiskan setiap entri beliau. Sebelum itu, aku letak dulu setiap gambar dalam blog tersebut walaupun aku tak minta kebenaran langsung... Sorry Unkel Gedek! Beliau memang golongan "Digital Immigrant" yang betul-betul terbuka dengan teknologi:





























Kalau nak lebih jelas boleh klik SINI dan hasilnya akan seperti yang gambar-gambar yang aku "print screen" di atas, kecuali ucapan hari lahir untuk gambar terakhir. Aku tak pasti bila aku mula-mula sekali aku sampai ke blog tersebut dan memang aku tak tahu bila dan kenapa aku terus menerus singgah dan meneliti setiap entri beliau. Sehinggalah aku faham kenapa aku akan singgah di sana setiap kali ada entri baru, pertama adalah kerana isu "self-potrait" yang beliau buat memang aku respek dan mungkin beliau orang Malaysia pertama yang buat sejak entri pertama sehinggalah hari lahir ke-43 dan mungkin akan berterusan. Memang aku tak nafikan raut wajah beliau yang hampir sama dan apa yang menarik minat aku untuk singgah ialah maksud tersirat di setiap gambar dan apa yang ada disebalik gambar-gambar tersebut membawa tafsiran yang berbeza-beza. Antara entri yang betul-betul membuat aku terasa ialah entri pada 28 November 2011 (boleh tengok dengan klik tajuk entri tu) di samping banyak lagi entri lain yang kadangkala membuat aku berfikir. Memang aku tak nafikan ramai dalam kalangan blogger yang memberikan komen bahawa blog beliau adalah lawak dan boleh menghilangkan stress hingga aku tefikir bahawa aku sendiri ne pelik ka sebab satu entri beliau pun tak pernah buat aku tergelak dan aku masih juga terjah hingga ke hari ini dan mungkin akan terus terjah kerana baru hari ini aku "follow" blog tersebut selepas menjadi "friend list" di aplikasi facebook beberapa lama dahulu.

Persoalan aku ialah memang maksud tersirat di sebalik setiap gambar dan apa yang beliau (aku terpanggil di Unkel lak di ucapan hari lahir, hehehehehe... terus panggil Unkel la ne) sampai bila kot. Selepas beberapa lama aku simpan idea untuk buat entri ini walaupun masih juga panjang lebar seperti entri-entri biasa di blog aku barulah aku selesaikan persoalan kenapa aku selalu terjah blog Unkel Marzuki 'gedek' Mahbob ini.

28 Copy Print Screen Gambar aku simpan 

Ucapan Hari Lahir

Teringin Nak Tengok Unkel Ambik Gambar berlatarkan Gunung Kinabalu

Nota
1. Penggunaan Web 2.0 memang tidak dibataskan usia dan istilah
2. Web 2.0 memang membuatkan ilmu dan pandangan mudah dikongsikan
3. Umur aku dengan Unkel Gedik beza 9 tahun 2 hari je rupanya ikut kalendar masihi
4. Blog Unkel memang glamer seantero Malaysia dan dalam kalangan blogger warga Malaysia


8 comments:

  1. Wow! Kompilasi yang sangat hebat! Syabas.

    ReplyDelete
  2. Tq... kompilasi sempena hari lahir yang ke-43 Unkel gedik

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Daddylicious ibu bapa yang layan anak kembar lagi power macam bro sebab dapat menangani karenah kembar. Lagipun beban tu 2x ganda berbanding anak seorang.

      Delete
  4. Replies
    1. Hidemichi... hahahahaha, tapi jangan lupa soalan anak yang berusia 4-7 tahun. Pernah pening kepala dan tension layan anak buah yang berumur 5 tahun kerana soalan yang paling asas ialah "apa ne?" sampai janggut dan telinga kita pun kena tanya apa ne? Adoiiiiiiiiiiii

      Delete
  5. pinjam beberapa gambar ye untuk diletakan dalam blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambik dan share... sebab gambar unkel memang untuk di sharekan. TQ

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...