Tuesday, March 20, 2012

Aku dan Filem Animasi : Bola Kampung The Movie

Aku kadangkala suka menghabiskan masa terluang di hujung minggu untuk melepak di pawagam walupun kadangkala lebih suka duduk melihat setiap movie dan filem animasi di depan komputer. Malahan dengan perkembangan laman perkongsian yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan sejak awal tahun 2000, aku memang semakin jauh dengan pawagam. Walaupun isu SOPA yang menyebabkan pengasas laman Megaupload Kim Dotcom dikenakan tindakan mahkamah oleh FBI dengan hukuman lebih 50 tahun penjara, laman perngkongsian fail masih lagi bertapak di laman internet. Terlalu sukar untuk mengklafikasikan apa yang berlaku dengan perkembangan teknologi dan kepuasan pengguna yang tidak terbatas.

Sebenarnya ramai yang lebih berminat dengan tayangan di pawagam yang mungkin menjanjikan kepuasan kepada peminat filem kerana ditawarkan pakej HD dan 3D yang semakin menonjol. Bagi aku, kepuasan menonton di pawagam dengan depan skrin komputer tidak jauh berbeza dan lebih selesa untuk berada di depan komputer sendiri berbanding melepak setiap hujung minggu di pawagam-pawagam sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun, kadangkala aku turut mengunjungi pawagam apabila filem-filem berbentuk animasi ditayangkan. Jarang aku terlepas dengan filem-filem seperti ini semenjak bergelar pelajar dan semenjak tayangan animasi Mulan semasa aku masih berhempas pulas mengikuti pengajian ijazah pertama di UMS hampir sedekd lalu. Malahan perkembangan filem animasi di layar perak seterusnya diwarnai dengan banyak filem animasi dan banyak daripadanya aku habiskan dengan menonton di pawagam dan diulang-ulang di hadapan skrin komputer.

Malahan Bola Kampung The Movie Diterbitkan oleh Animasia Studio yang menggunakan imej berkomputer turut menarik minat aku untuk ke pawagam walaupun ianya hanya akan ditayangkan pada penghujung tahun 2012 ini nanti. Semasa membuat entri ini, aku sudah merancang untuk melihatnya di pawagam dan aku pernah memaparkan sedikit tentang animasi ini dalam laman blog perkongsian aku di SINI. Sebagai anak kampung yang memahami serba sedikit tentang teknologi berkomputer, animasi Bola Kampung ini memang menarik minat aku dan dengan kos penerbitan sebanyak RM6 juta dan menggunakan tenaga kerja tempatan sepenuhnya adalah satu fakta yang membuatkan aku sedikit kagum dengan pencapaian industri animasi negara. Selepas Upin dan Ipin, aku harap Bola Kampung The Movie ini nanti akan turut menjanjikan kepuasan kepada peminat filem animasi negara dan boleh download wallpaper Bola Kampung seperti di bawah:

Dapatkan "Wallpaper" Bola Kampung The Movie di SINI

Filem Bola Kampung The Movie ini mengambil masa dua tahun sebagai persediaan, akan menggabungkan 100 pakar tempatan dalam dunia grafik, muzik, animasi, komposer dan pelakon suara bagi menjayakannya. Syarikat tempatan, Animasia Studio sudah bersedia memperkenalkan filem animasi 3D kedua negara iaitu Bola Kampung The Movie yang akan dikeluarkan hujung tahun ini. Animasia telah membelanjakan kira-kira RM6 juta bagi membiayai proses pembikinan serta pemasaran yang menggunakan lebih 13 suara selebriti terkenal negara ini setelah membelanjakan kira-kira RM6 juta untuk pembikinannya. MD Animasia, Edmund Chan berkata filem tersebut adalah kesinambungan siri animasi Bola Kampung yang menemui penonton sebanyak 78 episod sebelum dihentikan dua tahun lalu.

Bola Kampung The Movie juga bakal dipasarkan ke luar negara dengan tiga negara rantau ini sudah mengesahkan perbincangan termasuk Indonesia, Thailand dan Filipina. Sebelum ini, Animasia telah mengeluarkan beberapa siri animasi lain termasuk Asian Folklores, ABC Monsters, Supa Strikas dan Balla Bawls yang disiarkan di saluran televisyen antarabangsa. Yang menariknya seramai 14 pelakon terkenal telah meminjamkan suara mereka untuk filem tersebut antaranya Aizat Amdan, Mamat (Sepah), Steven Tan, Baki Zainal, Noh (Hujan), Douglas Lim, Rahim Omar, Deanna Yusoff, Adila Shakir, Harun Salim Bachik, Harris Alif, Aznil Nawawi, Ezlynn dan Afdlin Shauki. Layan trailer yang aku rasa sangat menarik berikut:



Kepada sesiapa yang pernah atau memang peminat filem animasi Bola Kampung ini tentu faham dengan maksud aku bahawa animasi ini memang berkisarkan tentang bagaimana aku membesar di kampung kelahiran aku di kawasan pendalaman Delta Sungai Rajang Sarawak. Ini kerana bola sepak adalah satu sukan yang memang menjadi kegilaan anak-anak remaja sejak di sekolah rendah lagi walaupun industri bola sepak negara kurang menunjukkan bisanya. Jadi Layan Sinopsis Filem Bola Kampung berikut:

Amanda merupakan seorang puteri yang berasal dari dunia maya sebuah permainan bernama ‘Kingdom Hill’. Baginda telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari Perwira Suria, iaitu penyelamat yang boleh menamatkan krisis yang sedang melanda kerajaannya.

Malangnya, baginda hilang ingatan sebaik sahaja tiba di Kampung Gong Lechar. Iwan yang merupakan hero Bola Kampung telah tersalah sangka bahawa Puteri Amanda adalah saudaranya yang sepatutnya datang melawatnya di kampung semasa cuti sekolah. Baginda puteri kemudiannya menghabiskan masanya beramah-mesra bersama Iwan dan rakan-rakannya. Tidak beliau sedari akan hakikat bahawa seorang anasir perosak dari dunia permainan maya yang berniat untuk membunuh baginda telah muncul di Kampung Gong Lechar.

Ingatan Puteri Amanda kembali pulih sedikit demi sedikit. Misinya untuk mencari pahlawan terpilih iaitu Perwira Suria telah berjaya apabila beliau menyedari bahawa Saboklah perwira yang dicari-cari selama ini. Malang sekali, Puteri Amanda telah ditangkap dan dilarikan oleh anasir perosak dan dipaksa untuk pulang ke dunia permainan maya, Kingdom Hill.

Iwan dan rakan-rakannya bersiap-sedia untuk menyelamatkan Puteri Amanda dan kerajaannya daripada serangan anasir perosak tersebut. Kumar yang merupakan seorang saintis muda kampung itu menyedari bahawa permainan alam maya terkemuka Kingdom Hill telah diserang virus dan mengesyaki virus yang sama menjadi punca kekacauan yang melanda keselamatan kerajaan maya itu.

Iwan, Sabok dan Azizul kemudian memasuki dunia maya Kingdom Hill dengan tujuan untuk menyelamatkan Puteri Amanda sekaligus menghancurkan niat jahat Lord Vilas untuk menakluki kerajaan Kingdom Hills.

“Apabila Fantasi Melangkaui Realiti”

Drama siri Bola Kampung sehingga kini telah ditayangkan sebanyak 78 episod termasuklah menerusi saluran Disney Channel Asia dan Cartoon Network Asia.

Apa yang paling menarik ialah filem ini dijangka akan ditayangkan pada akhir tahun 2012 ini dan bersempena dengan cuti sekolah. Aku berharap dapat menyaksikannya di pawagam sebagai satu rutin di hujung minggu dan yang paling penting ialah aku dapat menyaksikannya pada mingu-minggu awal tayangan sebelum ulasan dikeluarkan oleh peminat filem tempatan. Insyaallah.

Nota:
1. Maklumat lanjut tentang Bola Kampung The Movie di SINI
2. Page Facebook Bola Kampung The Movie di SINI
3. Berita tentang Bola Kampung The Movie di SINI

2 comments:

  1. dh lama aku tak tgk animasi ni geng.. shin chan pun byk dh aku miss.. rasa dh tua x tgk kertun dan animasi huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Hahahahahaha... aku tengok animasi yang rare je bro. Ne mau tunggu Bola Kampung The Movie hujung tahun ne. Nak p main bola aku malas dah, main futsal pun jarang2. Nak main ping pong... takde partner langsung. Main ping di sekolah... emmmm malas dah aku nak smash takde org smbut pun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...