Tuesday, December 27, 2011

Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012

Click Untuk Sumber Gambar
7 hari lagi sesi persekolahan tahun 2012 akan bermula dan aku baru sahaja selesai menandatangani borang SBPA sebagai antara yang terakhir menandatanganinya di sekolah. Sebenarnya aku tak berapa kisah pun apa sahaja dasar kerajaan yang melibatkan penjawat awam selagi tidak begitu keterlaluan pada pandangan umum. Kenapa? Kerana selagi politik berkembang pesat dalam proses demokrasi negara, dasar akan terus berubah dan aku rasa aku sekadar picisan dalam proses perkembangan tersebut. Lagipun apa yang menjadi fokus aku dalam perkhidmatan tidak terjejas kerana aku masih boleh memilih umur persaraan 56 tahun seperti pilihan asal aku sebelum ini.

Malahan dalam aspek ini, sukar untuk aku menolak pilihan dengan tempoh perkhidmatan lebih 25 tahun lagi dan tidak mustahil akan ada perubahan lagi dalam sistem perkhidmatan awam di Malaysia kemudian hari. Ini terbukti dalam tempoh aku berkhidmat dari 1998 berlaku 2 perubahan yang besar dalam sistem saraan penjawat awam ini. Aku pernah ditanya oleh rakan yang faham akan pandangan politik aku yang sedehana dan haluan politik yang aku pilih dengan ayat..."kenapa tak tolak atau tunggu buka sekolah untuk tandatangan sbpa?" Jawapan aku mudah..."Malas la nak susahkan orang lain yang mengurus borang tu di sekolah, aku sain habis cerita". Lagipun aku ne jenis malas dan susah nak marah walaupun kemarahan aku kadangkala boleh berlanjutan hingga bertahun-tahun sekiranya aku disusahkan oleh orang lain. Hahahahahahahahha...

Kembali bertugas pada 4 Januari 2012...emmmmm 




2 comments:

  1. saya pun dh sain.sain sj sbb esok lusa akan berubah jg.tak kisah sgt pun dasar dorg ni mmg selalu berubah

    ReplyDelete
  2. Dyana... memang tu, akan berubah dalam masa yang terdekat. Yang penting aku ndak sain untuk 60 tahun. Aku mau lepak2 di kampunng jak umur 57 nanti. hahahahahahhahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...