Saturday, December 24, 2011

Proses Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mempertikaikan proses pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuching yang didakwa menyusahkan pengguna dalam prosedur mendaftar kad pengenalan.
 
Katanya, beliau sendiri mengalami perkara itu ketika cuba mendaftarkan seorang anak perempuannya awal pagi ini di pejabat berkenaan di Wisma Persekutuan Sarawak, Kuching.

Jelasnya, anak keduanya yang berusia 12 tahun itu telahpun mempunyai pasport dan surat beranak berstatus warganegara Malaysia berbangsa Melanau, namun dinyatakan sebaliknya dalam sistem JPN.

Di atas adalah petikan daripada Malaysiakini tentang proses permohonan status warganegara yang berlaku di negeri kelahiran aku. Kenapa berlaku perkara tersebut? Entahlah, kerana bagi aku memang jabatan kerajaan di Malaysia sukar untuk dimengerti dan manusia yang menjalankan kewajipan sebagai penjawat awam lagi sukar untuk dimengerti. Adakah masalah ini disebabkan kelemahan sistem ataupun sekadar bukti kecelaruan dalam sistem yang dinodai oleh tangan-tangan tersembunyi.

Kenapa perlu berlaku masalah seperti tersebut padahal memang jelas Dr. Juanda Jaya adalah anak jati Bumi Kenyalang? Aku tertarik dengan berita ini kerana belum sampai seminggu anak keempat salah seorang anak buah merangkap rakan baik aku dilahirkan di Negeri di Bawah Bayu. Perkara yang sama berulang semenjak anak pertama beliau didaftarkan di JPN... iaitu pegawai yang mengendalikan permohonan seperti keliru dan menganggap bangsa Melanau tu tak wujud. Malahan pegawai tersebut terpaksa menghubungi JPN Sarawak untuk mengesahkannya. 

Memang aku tak nafikan bahawa status penting untuk mengelakkan berlakunya pendaftaran yang tidak tepat disebabkan masalah kedatangan pendatang tanpa izin yang sangat ketara di Malaysia (bagi aku di Malaysia, bukan di Sabah sahaja). Jika dibandingkan dengan raut wajah golongan pakistan dengan raut wajah masyarakat Kepulauan Melayu, jelas ketara perbezaannya. Apa yang aku sangsikan ialah bagaimana golongan Pakistan ini boleh mendapat kad pengenalan? Kalau dilihat di sekitar Kota Kinabalu hingga ke pantai barat Sabah, banyak sudah kedai-kedai runcit dan kedai makan golongan Pakistan ini. Hatta hingga ke negeri kelahiran aku pun sudah ada, kenapa perlu ada golongan tempatan yang sukar untuk memohon status warganegara? Kenapa selalu sistem meletakkan masalah pada tempat yang tidak sepatutnya. Bagi aku:

1. Isu pendatang asing yang berlambak di Sabah tak selesai disebabkan masalah sistem dan realpolitik
2. Penjawat awam di Malaysia perlu lebih memahami tentang suku-suku kaum di Malaysia, ne tidak asyik-asyik 3 (Melayu, Cina, India). Aku berani jamin ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak tahu tentang kewujudan kaum-kaum tertentu dalam negara.
3. Aku masih dengan status tidak berminat dengan isu politik yang kadangkala terlalu jijik.
4. Hubungan kaum perlu diterapkan diperingkat sekolah dengan lebih bermakna, bukan setakat di IPT sahaja. Tidak guna pelajar mengetahui tentang keagungan Tamadun Yunani tapi buta dengan kaum-kaum yang ada dalam negara.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...