Thursday, December 8, 2011

Aku dan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Sejak negara merdeka skim perkhidmatan awam telah mengalami perubahan dalam tempoh 10 kali perubahan dan menjelang 1 Januari 2012, sekali lagi perubahan akan dilaksanakan. Prinsip yang ditekankan ialah Perkhidmatan Awam yang Kejat. Secara umumnya apa yang berkaitan dengan aku hanyalah melalui gambar berikut:

Sejarah Perubahan Dasar Sistem Perkhidmatan Awam
Perubahan Gred (Nampak gaya ada lagi tu jarak 44 ke 48, emmmmm)
Aku Tetap nak Pilih 55 tahun

Rumusan Aku:

Bagi penjawat awam, kenaikan pangkat tidak mengira kekosongan tetapi berasaskan kepakaran bidang khusus. Manakala Skim perkhidmatan Jumud (obsolete) contoh Pengajar Membalak dan Peniup Kaca diberhentikan pengambilan dan akan dimansuhkan apabila penyandang bersara atau berhenti perkhidmatan atau menolak SBPA. Gred 1-10 ditukar ke Gred 11 dan Gred lain melalui perubahan yang setara di samping pencen akan dibayar pada umur 55 tahun untuk yang memilih opsyen 60 tahun.

Bagi golongan pendidik pula, kenaikan pangkat tanpa mengisi kekosongan kecuali Gred48 ke atas yang berasakan konsep "fast track" iaitu khusus untuk pegawai cemerlang (ciri rujuk sendiri). Manakala tempoh perkhidmatan untuk "time based" berasaskan tempoh 8, 8, 6, dan 3 tahun (maksudnya 41 ke 44 - 8 tahun). Walau bagaimanapun peningkatan semua gred gaji guru-guru adalah berasakan prinsip "Subject Matter Expert" yang bagi aku seperti gred Guru Cemerlang. Manakala PGT (pergerakan gaji tahun) memerlukan markah LNPT 75 ke atas (kriteria penilaian rujuk sendiri).

Bagi penjawat awam yang berubah bidang, perkhidmatan sebelum perubahan akan dilupuskan dan gaji sebelum itu akan dikira sebagai pencen. Penjawat awam perlu mengisi borang untuk SPBA sama ada menolak atau menerima dan borang khas perlu diisi dan pilihan adalah muktamad. 

Sumber: Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Laman Rasmi JPN Perak

3 comments:

  1. saya belum faham ni sistem.ada naik gaji ka?

    ReplyDelete
  2. bila la aku nak jadi menteri pelajaran ni..

    ReplyDelete
  3. Dyanared_Gaji naik satu tangga dalam SSM untuk ke tangga yang sama di SBPA. Tapi kena tunggu sifir gaji yang baru lah. Dah diumumkan... tapi tak faham aku tengok

    Fadhil_Mai kita masuk politik... hahahhahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...