Monday, December 5, 2011

Aku dan 2DayBlogger.Com : Happy Anniversary

Sebenarnya aku tak tahu nak update entri apa di blog ini disebabkan kekangan tugasan dan entri di dua blog lain yang aku selalu update disebabkan tuntutan semasa (tugas sebagai student tua) dan (aku suka berkongsi dengan rakan kat kampung aku). Kemudian aku suka baca entri-entri semasa dari link blog yang aku baca di bahagian kiri blog ini. Jadi dikesempatan yang sedikit ini aku nak ucapkan selamat ulang tahun kedua kepada rakan blogger yang aku respek ne:

MASA... TETAP MELANGKAUI MANUSIA

Sebenarnya bukan senang aku nak baca blog secara tetap terutamanya blog yang ada lagu mahupun sekadar muzik. Kerana aku tak suka ada bunyi-bunyian ketika membaca disebabkan sifat semulajadi telinga aku yang malas nak layan muzik yang macam-macam. Kemudian aku tak ingat dah bila aku mula follow 2DayBlogger.Com ini dan terus terang cakap, aku ne jenis pilih sikit blog nak baca kerana aku akan baca blog 1. Blog kenalan 2. Blogger yang ayat dia meruntun kalbu aku 3. Blogger yang boleh menerima rakan 4. Blog pasal teknologi dan 5. Blog penuh fakta.

2DayBlogger.Com  ne dalam kelompok ke 3 dan ke 5 lah dalam list yang aku letak. Malahan beliau pernah memberi pendapat dalam entri blog aku semasa kali pertama aku menulis entri bertajuk Aku dan 2DayBlogger.Com hampir sebulan yang lepas. Lagipun aku ne adalah perayau maya yang tegar dan hanya akan meninggalkan monitor komputer aku ne semasa bertugas ataupun meninggalkan rumah. Masa membaca aku perlu diselang seli dengan update entri blog. Entahlah, kalau pasal pengurusan ini aku mungkin lemah sedikit walaupun sudah mempunyai kerjaya. Kemudian ucapan terakhir sebelum aku pecut ke KKIA dari Kota Belud ini, SELAMAT ULANG TAHUN KE-2 kepada 2DayBlogger.Com


Nota:
1. Aku tak ikut syarat pertandingan... tak sempat nak upload semua. Terima Kasih... good luck kepada semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...