Saturday, December 31, 2011

Peristiwa Penting Tahun 2011 yang Menarik

Tahun 2011 semakin berlalu pergi dan tinggal hanya 4 jam lagi... layan video tentang tahun 2011 yang menarik:

Sumber

Aku dan Tahun Baru 2012

Aku tak pernah excited untuk menyambut tahun baru semenjak berada di bangku sekolah menengah dan memang menjadi tradisi masyarakat seluruh dunia untuk meraikan sambutan tahun baru iaitu 1 Januari setiap tahun mengikut kiraan kalendar Geograrian. Malahan di Malaysia sambutan tahun baru ini seakan-akan menjadi tradisi khususnya generasi muda walaupun tidak dalam kapasiti 100%. Kenapa aku yakin? Kerana aku pun tidak begitu berminat dengan sambutan tahun baru mengikut kiraan kalendar Geograrian ini. Aku bukanlah seorang yang alim atau apa... cuma aku tidak begitu berminat dengan suasana yang terlampau sesak di samping kiraan bulan dalam kalendar ini yang 28-31 hari kurang menarik minat aku. Terpulanglah kepada sesiapa untuk memilih kan, cuma setiap tahun baru ini, aku selalu mengucapkan ucapan selamat tahun baru kepada rakan-rakan terdekat.

Google pada 301212

Klik Untuk Sumber

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Friday, December 30, 2011

Aku dan Buku Rekod Mengajar 2011

Seorang guru yang sudah lama berkhidmat pasti dapat meneka apa kepentingan buku dalam gambar berikut:

JPN Kedah

JPN Melaka

JPN Perak

JPN Selangor

JPN Selangor - KLANG

JPN Sabah

JPN Sarawak

JPN Pulau Pinang


Nota: 
1. Gambar ini akan diupdate mengikut keperluan



Tuesday, December 27, 2011

Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012

Click Untuk Sumber Gambar
7 hari lagi sesi persekolahan tahun 2012 akan bermula dan aku baru sahaja selesai menandatangani borang SBPA sebagai antara yang terakhir menandatanganinya di sekolah. Sebenarnya aku tak berapa kisah pun apa sahaja dasar kerajaan yang melibatkan penjawat awam selagi tidak begitu keterlaluan pada pandangan umum. Kenapa? Kerana selagi politik berkembang pesat dalam proses demokrasi negara, dasar akan terus berubah dan aku rasa aku sekadar picisan dalam proses perkembangan tersebut. Lagipun apa yang menjadi fokus aku dalam perkhidmatan tidak terjejas kerana aku masih boleh memilih umur persaraan 56 tahun seperti pilihan asal aku sebelum ini.

Malahan dalam aspek ini, sukar untuk aku menolak pilihan dengan tempoh perkhidmatan lebih 25 tahun lagi dan tidak mustahil akan ada perubahan lagi dalam sistem perkhidmatan awam di Malaysia kemudian hari. Ini terbukti dalam tempoh aku berkhidmat dari 1998 berlaku 2 perubahan yang besar dalam sistem saraan penjawat awam ini. Aku pernah ditanya oleh rakan yang faham akan pandangan politik aku yang sedehana dan haluan politik yang aku pilih dengan ayat..."kenapa tak tolak atau tunggu buka sekolah untuk tandatangan sbpa?" Jawapan aku mudah..."Malas la nak susahkan orang lain yang mengurus borang tu di sekolah, aku sain habis cerita". Lagipun aku ne jenis malas dan susah nak marah walaupun kemarahan aku kadangkala boleh berlanjutan hingga bertahun-tahun sekiranya aku disusahkan oleh orang lain. Hahahahahahahahha...

Kembali bertugas pada 4 Januari 2012...emmmmm 




Saturday, December 24, 2011

Proses Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mempertikaikan proses pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuching yang didakwa menyusahkan pengguna dalam prosedur mendaftar kad pengenalan.
 
Katanya, beliau sendiri mengalami perkara itu ketika cuba mendaftarkan seorang anak perempuannya awal pagi ini di pejabat berkenaan di Wisma Persekutuan Sarawak, Kuching.

Jelasnya, anak keduanya yang berusia 12 tahun itu telahpun mempunyai pasport dan surat beranak berstatus warganegara Malaysia berbangsa Melanau, namun dinyatakan sebaliknya dalam sistem JPN.

Di atas adalah petikan daripada Malaysiakini tentang proses permohonan status warganegara yang berlaku di negeri kelahiran aku. Kenapa berlaku perkara tersebut? Entahlah, kerana bagi aku memang jabatan kerajaan di Malaysia sukar untuk dimengerti dan manusia yang menjalankan kewajipan sebagai penjawat awam lagi sukar untuk dimengerti. Adakah masalah ini disebabkan kelemahan sistem ataupun sekadar bukti kecelaruan dalam sistem yang dinodai oleh tangan-tangan tersembunyi.

Kenapa perlu berlaku masalah seperti tersebut padahal memang jelas Dr. Juanda Jaya adalah anak jati Bumi Kenyalang? Aku tertarik dengan berita ini kerana belum sampai seminggu anak keempat salah seorang anak buah merangkap rakan baik aku dilahirkan di Negeri di Bawah Bayu. Perkara yang sama berulang semenjak anak pertama beliau didaftarkan di JPN... iaitu pegawai yang mengendalikan permohonan seperti keliru dan menganggap bangsa Melanau tu tak wujud. Malahan pegawai tersebut terpaksa menghubungi JPN Sarawak untuk mengesahkannya. 

Memang aku tak nafikan bahawa status penting untuk mengelakkan berlakunya pendaftaran yang tidak tepat disebabkan masalah kedatangan pendatang tanpa izin yang sangat ketara di Malaysia (bagi aku di Malaysia, bukan di Sabah sahaja). Jika dibandingkan dengan raut wajah golongan pakistan dengan raut wajah masyarakat Kepulauan Melayu, jelas ketara perbezaannya. Apa yang aku sangsikan ialah bagaimana golongan Pakistan ini boleh mendapat kad pengenalan? Kalau dilihat di sekitar Kota Kinabalu hingga ke pantai barat Sabah, banyak sudah kedai-kedai runcit dan kedai makan golongan Pakistan ini. Hatta hingga ke negeri kelahiran aku pun sudah ada, kenapa perlu ada golongan tempatan yang sukar untuk memohon status warganegara? Kenapa selalu sistem meletakkan masalah pada tempat yang tidak sepatutnya. Bagi aku:

1. Isu pendatang asing yang berlambak di Sabah tak selesai disebabkan masalah sistem dan realpolitik
2. Penjawat awam di Malaysia perlu lebih memahami tentang suku-suku kaum di Malaysia, ne tidak asyik-asyik 3 (Melayu, Cina, India). Aku berani jamin ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak tahu tentang kewujudan kaum-kaum tertentu dalam negara.
3. Aku masih dengan status tidak berminat dengan isu politik yang kadangkala terlalu jijik.
4. Hubungan kaum perlu diterapkan diperingkat sekolah dengan lebih bermakna, bukan setakat di IPT sahaja. Tidak guna pelajar mengetahui tentang keagungan Tamadun Yunani tapi buta dengan kaum-kaum yang ada dalam negara.


Monday, December 19, 2011

Politik dan Realpolitik

video

Kenapa aku tak embed video ne, sebab sayang nanti kalau akaun youtube yang menayangkan video ini ditutup. Hahahahhahaha... bahan renungan bersama. Bila politik vs mahasiswa dan bila mahasiswa vs politik. Aku tak suka sangat dengan politik ne, cuma bagi aku video ini macam best sangat kalau dijadikan tauladan dan renungan. Lagipun lama dah aku tak fokus nak update blog ini, sibuk dengan persediaan disertasi walaupun cuti sekolah sebulan. Sebulan rasa macam sekejap ja sekarang... tanda dah akhir zaman dan video ne pun aku rasa tanda dah akhir zaman bila manusia susah nak dimengertikan. Entahlah... PRU13.

Thursday, December 15, 2011

Liga Cakoi Cuai SMK Lawas : Ulasan Aku Semasa Sibuk

Takda apa aku nak ulas, cuma nak bagi tahu pengurus-pengurus LCCSL semua... aku baru guna "wildcard" atau kad liar. Hahahahahahahahaha. Kemudian yang paling best pasukan aku naik mendadak minggu ini. Kenaikan secara menyeluruh daripada "Classic League" hingga ke "Global League". Kemudian percaturan 3 penyerang berbisa masih dikekalkan dan perubahan di bahagian tengah hingga ke tiang gol. Aku dah letak paku tekan kat tiang gol... ahahhahahahaha


Oleh kerana menggunakan "Wildcard" pasukan utama sahaja ditonjolkan dan pemain simpanan akan digunakan semasa terdesak sahaja. Nampaknya perlawanan akan datang pasukan aku akan menunjukkan Art yang hebat, sehebat pasukan hebat Arsenal... Hahahahahahaha


Cuti Hujung Tahun 2011 Aku

Cuti akhir tahun persekolahan 2011 ini boleh aku anggap antara cuti yang paling membosankan dan buat aku pening. Assignment belum siap, proposal belum siap, pembentangan belum siap, pindah rumah belum siap, tiket nak balik belum beli (confirm tak dapat nak balik kampung, celaka!), budget belum settle down lagi semua. Kerja bertangguh, tetapi aku masih sempat lagi tido makan, tido makan, dan melepak. Emmmmmmm... pelik sebab aku ne last minutes betul la.


Nota
1. Klik gambar untuk sumber gambar
2. Banyak kerja belum siap
3. Memang sah... aku ne kerja last minutes dalam banyak perkara


Thursday, December 8, 2011

Aku dan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Sejak negara merdeka skim perkhidmatan awam telah mengalami perubahan dalam tempoh 10 kali perubahan dan menjelang 1 Januari 2012, sekali lagi perubahan akan dilaksanakan. Prinsip yang ditekankan ialah Perkhidmatan Awam yang Kejat. Secara umumnya apa yang berkaitan dengan aku hanyalah melalui gambar berikut:

Sejarah Perubahan Dasar Sistem Perkhidmatan Awam
Perubahan Gred (Nampak gaya ada lagi tu jarak 44 ke 48, emmmmm)
Aku Tetap nak Pilih 55 tahun

Rumusan Aku:

Bagi penjawat awam, kenaikan pangkat tidak mengira kekosongan tetapi berasaskan kepakaran bidang khusus. Manakala Skim perkhidmatan Jumud (obsolete) contoh Pengajar Membalak dan Peniup Kaca diberhentikan pengambilan dan akan dimansuhkan apabila penyandang bersara atau berhenti perkhidmatan atau menolak SBPA. Gred 1-10 ditukar ke Gred 11 dan Gred lain melalui perubahan yang setara di samping pencen akan dibayar pada umur 55 tahun untuk yang memilih opsyen 60 tahun.

Bagi golongan pendidik pula, kenaikan pangkat tanpa mengisi kekosongan kecuali Gred48 ke atas yang berasakan konsep "fast track" iaitu khusus untuk pegawai cemerlang (ciri rujuk sendiri). Manakala tempoh perkhidmatan untuk "time based" berasaskan tempoh 8, 8, 6, dan 3 tahun (maksudnya 41 ke 44 - 8 tahun). Walau bagaimanapun peningkatan semua gred gaji guru-guru adalah berasakan prinsip "Subject Matter Expert" yang bagi aku seperti gred Guru Cemerlang. Manakala PGT (pergerakan gaji tahun) memerlukan markah LNPT 75 ke atas (kriteria penilaian rujuk sendiri).

Bagi penjawat awam yang berubah bidang, perkhidmatan sebelum perubahan akan dilupuskan dan gaji sebelum itu akan dikira sebagai pencen. Penjawat awam perlu mengisi borang untuk SPBA sama ada menolak atau menerima dan borang khas perlu diisi dan pilihan adalah muktamad. 

Sumber: Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Laman Rasmi JPN Perak

Monday, December 5, 2011

Aku dan 2DayBlogger.Com : Happy Anniversary

Sebenarnya aku tak tahu nak update entri apa di blog ini disebabkan kekangan tugasan dan entri di dua blog lain yang aku selalu update disebabkan tuntutan semasa (tugas sebagai student tua) dan (aku suka berkongsi dengan rakan kat kampung aku). Kemudian aku suka baca entri-entri semasa dari link blog yang aku baca di bahagian kiri blog ini. Jadi dikesempatan yang sedikit ini aku nak ucapkan selamat ulang tahun kedua kepada rakan blogger yang aku respek ne:

MASA... TETAP MELANGKAUI MANUSIA

Sebenarnya bukan senang aku nak baca blog secara tetap terutamanya blog yang ada lagu mahupun sekadar muzik. Kerana aku tak suka ada bunyi-bunyian ketika membaca disebabkan sifat semulajadi telinga aku yang malas nak layan muzik yang macam-macam. Kemudian aku tak ingat dah bila aku mula follow 2DayBlogger.Com ini dan terus terang cakap, aku ne jenis pilih sikit blog nak baca kerana aku akan baca blog 1. Blog kenalan 2. Blogger yang ayat dia meruntun kalbu aku 3. Blogger yang boleh menerima rakan 4. Blog pasal teknologi dan 5. Blog penuh fakta.

2DayBlogger.Com  ne dalam kelompok ke 3 dan ke 5 lah dalam list yang aku letak. Malahan beliau pernah memberi pendapat dalam entri blog aku semasa kali pertama aku menulis entri bertajuk Aku dan 2DayBlogger.Com hampir sebulan yang lepas. Lagipun aku ne adalah perayau maya yang tegar dan hanya akan meninggalkan monitor komputer aku ne semasa bertugas ataupun meninggalkan rumah. Masa membaca aku perlu diselang seli dengan update entri blog. Entahlah, kalau pasal pengurusan ini aku mungkin lemah sedikit walaupun sudah mempunyai kerjaya. Kemudian ucapan terakhir sebelum aku pecut ke KKIA dari Kota Belud ini, SELAMAT ULANG TAHUN KE-2 kepada 2DayBlogger.Com


Nota:
1. Aku tak ikut syarat pertandingan... tak sempat nak upload semua. Terima Kasih... good luck kepada semua

Apa yang Tersirat dan Tersurat dengan Rokok

Bila aku fikir-fikir dan fikir-fikir serta fikir-fikir, fikir-fikir... aku dah lupa bila kali pertama aku hisap rokok. Nak kata sekolah rendah, dulu aku sibuk dengan aktiviti budak kampung dengan jayanya. Malahan zaman sekolah menengah pun bukannya banyak sangat pengaruh negatif yang meresap masuk dalam budaya masyarakat kampung aku. Kemudian ramai member aku yang merokok dan ramai yang tidak merokok langsung. Kenapa pun aku tak tahu... yang aku tahu aku dah boring buat keja dan aku nak kongsikan gambar menarik pasal rokok ini... diharap kemudian hari aku akan dapat merokok walaupun ditengah pagi-pagi buta ne (ayat bengang rokok habis).


Nota:
1. Sumber
2. Arrrrrgggghhhhhhh... rokok aku habis, bagus tido (esok nak beli awal pagi) LOL...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...