Monday, November 7, 2011

Serangan Virus Komputer dan Tugasan Aku

Sekarang dah 7 November 2011 dan aku rasakan terlalu cepat masa berlalu apabila blog aku kembali aktif pada Jun 2011 ini selepas lebih setahun aku biarkan berhabuk dan banyak entri-entri yang berkaitan dengan teknik menjawab esei sejarah kertas 1 Pra-U (dahulu tingkatan 6) aku delete balik sebelum banyak entri aku upload berselerak jadi nota dan bahan-bahan yang menyakitkan mata aku yang tidak begitu suka dengan entri-entri blogger yang main copy paste semat-mata (tanpa kredit, tanpa sumber, tanpa segala-galanya) seperti perompak padang pasir yang gah dengan hasil rompakan. Entri berkaitan dengan teknik menjawab setakat ini hanya satu je yang aku sempat upload di sini. Mungkin sebab inilah budaya berblog di Malaysia ini lebih tinggi rating blog-blog bercorak hiburan berbanding blog-blog ilmiah yang selalu aku usha dan baca demi memenuhi kepala otak aku yang sering berserabut nak buat kerja sambil buang masa yang banyak. Ini adalah entri kedua untuk tarikh 7 November ini yang membuktikan aku tak tahu nak buat apa dah... jadi aku selitkanlah maklumat tentang serangan virus yang berlaku dalam rangkaian komputer seluruh dunia dan rangkaian komputer untuk zon Asia dalam tempoh 24 jam yang lalu...





Dengan lebih 7 000 buah komputer dijangkiti serangan virus dan lebih 200 000 file komputer terlibat... fuhhhhh! Silap-silap haribulan komputer aku pun kena sebab bukan aku reti sangat bab-bab teknikal yang melibatkan file-file html dan data-data komputer yang berserabut ne. Kenapa? Kenapa tak faham? Kalau aku faham sefaham-fahamnya... lama dah aku berhenti kerja jadi guru cabuk di sekolah menengah, bagus aku keja dengan uncle "google" yang bayar gaji lebih 100 ribu US Dolar setahun dan hanya duduk mengadap komputer... boleh juga aku minum nescafe puas sambil online. Kemudian boleh tidur lambat dan bangun lambat (janji kertas kerja jalan). Hahahahahhahaha... sebab tu lah ko tak jadi kerja lain selain jadi guru woiiiiiii (nah... suara kengkawan aku selalu cakap kat sekolah). Hahahahahhahahaha... betul lah tu, bersyukur ja dengan apa yang ada. 

Baiklah... entri ini sebenar seperti pengasah pensil atau batu asah ja bagi aku untuk meneruskan kemahiran aku menaip dan menulis. Sebenarnya print screen di atas tu adalah bahan yang aku dapat untuk bahan pembentangan tugasan aku dalam tempoh 2 minggu dari sekarang bersama seorang rakan. Mungkin selepas beberapa jam lagi, senarai virus akan berubah berserta bilangan file dan komputer yang dijangkiti. Tugasan kami cuma untuk membuat analisis tentang jenis virus, bentuk serangan, kekerapan serangan, dan bagaimana virus tersebut ditangani secara global mahupun mengikut skop lokasi (benua) yang dipilih seperti Amerika Utara, Amerika Selatan, Asia, Eropah, Australia, dan Afrika. Harap pembentangan kami akan berjalan lancar dan tidak ada penangguhan lagi kerana aku tak sabar nak balik kampung pada musim cuti sekolah ini...

Nota: Maklumat bergambar di atas aku dapat di laman rasmi Mcafee yang mula beroperasi dengan jayanya sebagai salah satu perisian antivirus sejak tahun 1987 (berjaya kalau pengguna faham macamana nak guna lah). Laman Syarikat lain pun boleh dilihat aspek-aspek berkaitan dengan risiko serangan virus ini...
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...