Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha 1432 Hijrah

Gambar 1st edit... aku suka warna kuning keemasan + putih
Setiap kali tibanya bulan Zulhijjah... aku akan sering memikirkan sambutan Aidiladha yang begitu meriah di Kelantan dan Terengganu serta sambutan yang kurang ditekankan di negeri-negeri lain di Malaysia. Malahan semenjak tahun 2000 apabila aku menjejakkan kaki ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), sambutan Aidiladha seakan-akan pudar dan suram dalam kamus hidup aku secara lahiriahnya. Aku terfikir tentang Khalifah Umar al-Khattab yang begitu berpandangan jauh apabila menjadikan kalendar hijrah (sempena peristiwa hijrah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan kelompok umat islam yang menjadi perintis kepada perkembangan agama Islam pada hari ini dari Kota Makkah ke Kota Madinah hampir 2 abad yang lampau) sebagai satu cara menghitung hari dalam perkembangan tamadun Islam. Penghijrahan umat Islam pada masa itu adalah satu pengorbanan di samping peristiwa zaman Nabi Ibrahim AS yang menjadi asas penting kepada sambutan Aidiladha setiap tahun. Walau bagaimanapun... lepas lebih sedekad aku meninggalkan kampung halaman, sambutan Aidiladha tahun ini masih sama dan tidak banyak berubah melalui perancangan awal semasa entri ini ditaip.

Memang tidak dinafikan sambutan Aidiladha di tempat kelahiran aku tidaklah semeriah sambutan di negeri Kelantan dan Terangganu, tetapi kesuraman sambutan di Negeri di Bawah Bayu seringkali menyebabkan aku terasa jauh dari kampung halaman. Hanya sambutan rakan-rakan sejawat (majorititnya adalah ustaz) yang berasal dari Semenanjung sahaja yang sering mengusik naluri dan jiwa aku tentang sambutan Aidiladha ini. Setiap tahun semenjak kali pertama menjejakkan kaki ke SMK Narinang Kota Belud, sambutan Aidiladha dalam kalangan rakan-rakan guru di daerah Kota Belud boleh dianggap meriah walaupun dalam komuniti yang kadangkala dianggap asing oleh sesetengah individu. Asing sebab mereka dari Semenanjung Malaysia... tetapi setiap tahun jugalah ada rakan-rakan guru dari akan menjemput aku untuk sama-sama melibatkan diri dalam majlis tersebut termasuklah tahun ini apabila rakan baik aku seorang Ustaz berkunjung ke rumah dan menjemput aku untuk hadir pada tahun ini. Tapi disebabkan perancangan aku yang sudah disusun lebih awal... nampaknya tahun ini, aku akan menyambut aidiladha seperti biasa di Kota Kinabalu dan mengikut gaya dan kebiasaan masyarakat di Negeri di Bawah Bayu ini. Mungkin belum rezeki aku untuk sama-sama meraikan kemeriahan Aidiladha bersama-sama rakan-rakan aku di Kota Belud.

Gambar kat Atas tu aku 2nd edt sebab tak lama di post di facebook
Hehehehe... entri sedih, sebab itu aku kaitkan dengan peristiwa sejarah (walaupun aku akui, gaya penulisan aku lebih terarah ke sana). Baiklah sedikit info tentang gambar. Sebenarnya aku mendapat pendidikan formal dalam penggunaan perisian Adobe Photoshop dan Coreldraw semasa tahun pertama pengajian di UMS dan disebabkan kekurangan dari aspek kewangan aku tidak mampu memiliki komputer peribadi untuk mengasah kemahiran pada masa itu. Setiap tugasan dan hasil tutorial hanya dibuat di makmal komputer Pusat Penataraan Ilmu dan Bahasa (PPIB) sahaja. Selepas menjadi guru dan mendapat gaji pertama... banyak juga budget aku keluarkan untuk membeli peralatan komputer dan aku masih lagi menggarap idea dan kemahiran tersebut sehingga ke hari ini. Jadi hasil dalam tempoh 30 minit menyusun idea dan "skecthing" beberapa design, hasilnya dapatlah aku memasukkan gambar dengan sedikit ayat untuk entri Aidiladha 1432 Hijrah ini. Macam biasa... semua sekali bahan-bahan aku gabungkan menggunakan Adobe Photoshop dan gambar diperolehi dari rakan blogger (ada link di perkataan tu, boleh click untuk membaca posting ilmiah) serta idea tulisan aku dapat dari ahlidesain.com.

Apa yang menarik minat aku dengan gambar ialah posisi orang duduk dengan gambar Kaabah yang menjadi fokus utama dalam gambar. SALAM AIDILADHA 1432 HIJRAH dan aku teringat kat Mak aku di kampung... sedihhh tak balik lagi raye haji!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...