Saturday, November 19, 2011

Pusat Hemodialisis Penting Bagi Aku

Pusat Hemodialisis Majlis Agama Islam Johor
Pusat Hemodialisis memang aku akui amat penting dalam perkembangan bidang kesihatan negara Malaysia pasca merdeka pada hari ini. Sebenarnya aku tidak berkaitan secara langsung dengan isu pembinaan pusat hemodialisis ini kerana berkhidmat dalam bidang pendidikan dan matapelajaran yang aku ajar di sekolah tiada kaitan dengan aspek kesihatan secara langsung. Walau bagaimanapun, sebagai seorang manusia yang lemah, aku sering berdoa agar aku tidak akan mengunjungi mana-mana pusat rawatan ini sebagai seorang pesakit. Aku tergerak untuk menulis sedikit tentang isu pembinaan pusat hemodialisis yang dibuat di Pulau Pinang selepas membaca artikel tentang pembinaannya di Pulau Pinang dan dengan kos rawatan RM30 sekali berurusan bagi aku sangat-sangatlah berbaloi untuk aku selitkan dalam catatan blog aku ini. Memang aku tidak nafikan bahawa pembinaan pusat hemodialisis amat perlu dan di wilayah Borneo pembinaan pusat-pusat seperti ini masih lagi terhad walaupun bilangan pesakit yang melibatkan masalah buah pinggang adalah tinggi. Pembinaan pusat hemodialisis yang mesra rakyat seperti ini amat perlu dalam perkembangan bidang kesihatan negara di samping usaha meningkatkan bilang doktor, doktor pakar, dan golongan paramedik yang terlibat secara langsung di pusat hemodialisis.

Kenapa aku tiba-tiba menulis tentang pembinaan pusat hemodialisis ini? Sebenarnya bila membaca artikel asal di Harakah Daily aku teringat kajian tindakan yang pernah aku dan rakan buat beberapa bulan yang lepas sebelum aku berpindah tempat bertugas (sekolah). Kajian tindakan tersebut memfokuskan kepada pengurusan pusat hemodialisis Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas dan Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Pengurusan yang menjadi pembolehubah utama dalam kajian yang kami laksanakan tersebut adalah berkaitan dengan pengetahuan golongan paramedik terhadap isu-isu kebersihan yang perlu diamalkan oleh mereka, para doktor, dan golongan pesakit yang menerima rawatan di pusat hemodialisis berkenaan. Hasil daripada kajian tersebut secara umumnya memberikan gambaran yang positif tentang pengetahuan golongan paramedik di dua pusat hemodialisis yang dipilih di samping kurangnya pengetahuan dalam kalangan pesakit tentang peranan mereka dalam aspek kebersihan yang memenuhi standard yang dianjurkan oleh WHO.Oleh yang demikian, pembinaan pusat hemodialisis seperti yang dilakukan di Pulau Pinang tersebut amat bertepatan  untuk menjaga dan menangani isu-isu beban yang ditanggung oleh golongan pesakit.


Nota:  

Pusat Hemodialisis di Sabah masih dimonopoli oleh pihak swasta... kajian yang dibuat oleh kenalan yang terlibat sebagai seorang paramedik (aku ngan member tolong je sikit-sikit hehehehehehe)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...