Wednesday, November 16, 2011

Liga Cakoi Cuai SMK Lawas : Aku Ulas Guna Kepala Lutut

Fantasy Premier League, siapa yang tak tahu memang kepala bana macam Pengulas Sokernet labelkan kepada orang yang main bola macam main guli kerana Fantasy Premier League ini merupakan medan golongan kaki bola (walaupun ada yang tak pandai main dan layak dikategorikan kaki duyung) yang meminati Barclay Premier League dengan tegar. Sekiranya sesiapa yang merasakan minggu lepas adalah indah, memang itu bukan peminat BPL tegar dan layak untuk melihat liga-liga bola sepak lain hatta liga di Planet Pluto. Pengulas Sokernet memang pedas dan aku akui blog tersebut adalah antara blog yang aku ikut dengan setia dan penuh emosi sejak setahun yang lepas. Pengulas-pengulas di sana memang bergetah dan penuh dengan idea yang bernas, tulus, suci, dan tidak berhaluan seperti politikus pejabat yang baru kena tiup dah rebah minta tendangan penalti. Hahahahaha... tapi berhati-hati dengan laman blog tiruan, jadi sila layari laman tersebut melalui link yang saya sertakan di atas...


Kedudukan Terkini Pasukan Liga Cuai Cakoi SMK Lawas
 Sejak seminggu lepas semua peminat BPL seperti cacing kepanasan dan perlawanan persahabatan negara-negara benua Eropah dan perlawanan kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan kurang memberi kepuasan... maklumlah lama lagi tu Euro, Copa, dan World Cup. Begitu jugalah dengan pengurus serba salah dalam Liga Cakoi Cuai SMK Lawas (lepas ne aku tulis LCCSL) ini. Kenapa nama liga pelik??? Kenapa??? Kerana ini hanyalah fantasi dan bila orang berakal meletakkan benda seperti ini dengan serius, maka aku berani katakan orang itu kurang tajam akalnya dalam aspek bersosial (100% suka menggurau orang dan bodoh nak mampus + marah bila kalah @ diguraukan...wakakakakaka ai ai ai... layak duduk di di Zaman Paleolitik masa orang tak wujud ramai-ramai muntah telinga). Sekarang dah minggu ke 12, dan daripada 13 pasukan dalam LCCSL, banyak perubahan dari aspek kedudukan pasukan dan semua pengurus adalah pengurus yang berkaliber dan penuh dedikasi dengan pasukan masing-masing termasuk lah aku selaku pengulas suam-suam kuku di page facebook rahsia kami. Dari tangga ke 50 juta sebelum tahun cahaya... pasukan mLANau FC melonjak dengan power macam Arsenal ke tangga ke 13. Begitu juga team VAYOH FC yang menduduki takhta LCCSL merupakan peminat tegar Arsenal yang hebat... memang Arsenal ne power dan tak boleh diketepikan (walaupun tak menang liga sampai aku ada cucu pertama, aku tetap cakap Arsenal ne team kuat sekuat harimau, kalau ada pengurus LCCSL yang jeles... buat le ulasan sendiri, hehehehehehehe)


Jadual Perlawanan Minggu ke-12 (Ramai Pengurus Naik Gunung Kinabalu)
LOT 508 yang mendahului takhta liga semenjak perlawanan minggu pertama telah jatuh ke tangga ke dua. Ini disebabkan oleh dua faktor bagi aku, pertama pengurus Lot 508 turut menerajui pasukan Payung Limbang dan kekuatan strategi di bahagi dua. Kedua... pemain-pemain Arsenal ne memang berbakat, hebat, super saiya, hatta sehebat Hang Tuah...padan dengan maksud "Gunner" iaitu Gudang. Arsenal ne gudang pemain-pemain berbakat di EPL hinggalah ke perlawanan di LCCSL. Hehehehehehehehehe... Aku cakap sebab aku sokong Arsenal ye, sapa tak suka aku peduli apa... korang pun sokong team korang, jangan sokong pasukan bola sepak wanita Timor Leste sudah...takda tu nama team dalam BPL. Berdasarkan jadual perlawanan minggu ke 12 ini, Kemungkinan KUDA LAUT boleh menambah mata dan kenaikan mata tersebut akan mempengaruhi kedudukan mLANau FC kerana Luis Suarez akan menjaring hatrik selepas Van Persi menjaringkan 7 gol. Pasukan Suleiman Akhlaken akan berusaha untuk memintas Lot 508 selepas tersangkut tiga minggu di tangga ketiga... malahan kemungkinan pengurus Suleiman Akhlaken akan menukar semula nama pasukan (cadangan aku---RAFFLESIA FC, sempena naik gunung Kinabalu) kerana strategi asas pasukan kaya raya memang begini. Maklumlah banyak harta-harta dalam negara dan luar negara dari kelab lumba kuda hinggalah ke pelaburan di angkasa lepas (dengar2 satelit Astro akan digantikan sempena pasukan Suleiman Akhlaken berjaya naik ke tangga ke tiga dan aku sangat menyokong supaya satelit diupgrade bagi mengelakkan gangguan siaran semasa angin bertiup sepoi2 bahasa, kalau ribut takpa).

Walau bagaimanapun, ulasan untuk pasukan lain tidak dapat dilakukan kerana kekurangan sumber yang sahih untuk mendapatkan data, fakta, dan maklumat yang diperlukan. Hanya Pengasas LCCSL yang boleh membuat ulasan yang lebih bermaklumat dan disebabkan kesuntukkan masa mengawal SPM, beliau belum memberikan kata putus yang berkaitan dengan perkatan "cepu emas" ibarat adik saya suka makan cepuemas... hehehehehehe. Maklumat awal daripada laman teknologi 2.0 facebook, pengulas, pemilik sah, pengasas, penubuh, dan pencepuemas LCCSL masih belum dapat mengatur setting siaran Astro... nanti team Arsenal lah juara ne supaya ada yang berpakaian seksi di padang perhimpunan...


Nota: Bila aku tak tahu nak buat aku buat artikel begini, bila aku tak tahu nak buat aku suka edit gambar dan bila aku tak tahu nak buat apa, aku suka tido untuk jimatkan rokokkkkk...celaka Dunhill RM10.00 sebungkus... memang mahal nak mampus!!!


3 comments:

  1. apa kena mgena dunhill dgn LCCSL? ini mcm liga cuai chua soi lek je bunyinya hahaha!! yg pasti team aku sgt2 dlm keadaan teruksmenjak suarez jd bodo!

    ReplyDelete
  2. Yang penting VAYOHFC tetap akan try utk berada di puncak sehingga hujung musim. Kakakakaka...... Tahun ini aku harap MU x juara spya da org yg akn tunaikan janji gila2 hr 2, pengulas dan pengasas LCCSL yg th siapakah org yg CUAI itu..

    ReplyDelete
  3. Dellas... tu harga dunhill seperti menghambat idea aku untuk membuat ulasan di LCCSL ne. Bagus kita buat blog ulasan khas untuk liga ne... bagus untuk terapi minda. HAhahahahahhahahahha. Ismadi, ada saya masukkan dalam ayat terakhir... supaya ada yang berpakaian seksi di perhimpunan. Hehehehehehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...