Tuesday, November 1, 2011

Infrakstruktur Sekolahku di Usia Senja

Gambar SMK Matu... Click untuk page Group facebook yang lama tak update
Apabila aku ditempatkan di SMK Narinang Kota Belud pada penghujung tahun 2003, mak aku adalah antara yang terawal mendapat tahu maklumat tersebut di samping ayah aku yang sudah uzur pada masa itu. Mak aku memang macam aku cakap... biasa, cool, dan faham dengan perangai dan otak aku yang dah sedia masuk air teh dewan makan sekolah aku dulu. Malahan mak aku tak kisah bila ada pakcik dan makcik dan sepupu-pupu (ada ka perkataan ini) aku yang menyatakan sesuatu yang aku rasa kurang menarik minat aku dengan menyatakan sekolah di daerah aku ada yang dekat dan aku boleh berkhidmat di sana. Malahan ada junior-junior aku masa sekolah pun berminat nak ditempatkan di sana dengan alasan mengajar di tempat sendiri adalah lebih baik dan dekat dengan keluarga. Apabila diprovokkan dengan isu tersebut semula semasa aku balik kampung pada hari raya untuk tahun kedua oleh sepupu-pupu dan makcik pakcik aku, jawapan aku mudah dan tanpa insurannya menjawab...sekolah macam haram jadah, bangunan buruk cam zaman Jepun (kat Jepun pun takda bangunan sekolah camtu) nak suruh aku mengajar sana, minta maaflah... Bagus aku mengajar kat Ulu Tembeling sana. Hahahahahaha... kazen aku tanya, apa kaitan Ulu Tembeling dan korang tau ka kenapa aku kaitkan dengan Ulu Tembeling pulakkkkk.


Kalau tak tahu kat sana dulu petempatan zaman Mesolitik masyarakat prasejarah di Malaysia dan biasalah aku kalau dah meradang akan keluar istilah tak beralas punya.... Sebenarnya bukan aku nak ulas tentang sekolah lama atau apa, cuma ingin berkongsi keadaan bilik guru sekolah baru aku sekarang yang aku rasa memerlukan budget dari KPM untuk dibaik pulih. Tak lah seteruk kes di beberapa buah sekolah lain, tapi kami di SMK Tun Fuad Stephens 100% mempunyai kad pengenalan berwarna biru dan 99% ada perkataan bumiputera... jadi minyak hasil petronas dan peruntukan defisit dalam budget 2012 pun kami ada hak mengikut perlembagaan negara dan hak tu semua warganegara Malaysia dapat bukan dibezakan dengan bangsa, agama, mahupun lokasi (apa aku melalut ne, bukan aku suka pun politik ne... hehehehehehe sejarah tidak menipu yeee, manusia yang menipu melalui sejarah dan dalam sejarah). Okay layan gambar-gambar yang aku ambil sebelum balik dari sekolah hari ini tadi:

Keadaan Syiling yang rosak
Pandangan syiling dari jarak sederhana
Rak buku zaman Jepun kat belakang bilik guru
Meja Guru paling belakang - 2 org guru lelaki
Antara serpihan simen yang jatuh

Apabila bercakap tentang impak (macam cerita sakung impak maksima) daripada kejadian ini jika dibuat andaian berasaskan hukum fizik yang tidak boleh disangkal, memang boleh mendatang kebahayaan kepada guru-guru (kecuali aku yang suka bertukar-tukar tempat duduk di bilik guru yang paling sempit pernah aku berkhidmat - sempit tapi meriah, hahaha). Malahan nah gambar kat sebelah, aku ambik juga gambar budak-budak Pra U yang sibuk menyelesaikan tugasan untuk pembentangan kajian KOLOKIUM mereka dan hanya jarak 5 kaki dari tempat kejadian, cuba teka... satu bilik guru hingga Puan Pengetua pun datang menyaksikan tempat kejadian. Kalau budak-budak ne kena baru heboh macam kes keretapi langgar lori minyak Shell di Kota Kinabalu petang kelmarin kerana tidak sampai 20 minit, isu ini heboh di blog paling serius di Malaysia dan antara paling awal di post kan di alam maya sebelum heboh di berita, radio, dan jaringan sosial (click utk berita 1st - Blogserius). Sebenarnya walaupun, bilik guru sekolah aku ne kira dan di usia senja dan istilah "life is begin at 40" tepat juga kot sebab dah hampir 4 dekad sekolah ini beroperasi ada juga benda baru yang aku baru perasaan di bilik guru macam kat bawah ne:


Gambar kat sebelah kiri ini ialah rakan baik aku semasa di SMK Pekan Kota Belud II kerana hanya aku dan beberapa orang rakan sahaja yang sangat memahami kehendak penjahat @ toyol pejabat ini, hahahahahahha. Tengok mata dia kaler hijau dan menggerunkan guru yang lambat... dan sekarang ia membuktikan bahawa sekolah aku walaupun dah di usia senja tetapi masih mengikuti peredaran zaman dan mengikuti arus pemodenan sistem pendidikan negara pasca merdeka.

Manakala kat sebelah kanan ne lak adalah pendatang asing yang mendapat izin dan dialu-alukan kedatangannya oleh hampir semua penghuni bilik guru termasuk aku yang berdarah panas dan mendidih... Tapi dasar kurang ajar teknologi zaman moden, dok pendingin hawa lama boleh sejukkan bilik guru, yang ini pula macam hidup segan mati memanjang. Macamana aku tak cakap dia pendatang asing, dah la jenama lain2, saiz lain2, perangai lagilah lain dari yang lain... sebab tu bagi aku aircond ne memang pendatang betul. Buka nanti tak sejuk lak... 

Kemudian apabila aku tengah berfikir betapa jauhnya perbezaan antara kemajuan dan kemudahan infrastruktur sekolah-sekolah di Malaysia yang berjumlah 9996 buah (7714 sekolah rendah dan 2282 sekolah menengah - Berdasarkan statistik semasa Kementerian Pelajaran Malaysia), kemudahan infrastruktur adalah macam langit dengan bumi... cuba bandingkan dengan gambar berikut dan bandingkan dengan berita ini (Click). Aku kembali ligat berfikir, nak pindah sekolah lagi ke tidak bukan persoalan utama... bidang pendidikan negara, adakah akan terus seperti ini kerana bagi aku, anak-anak bangsa yang jauh dipendalaman menuntut ilmu dengan penuh kesukaran seperti kisah rakan maya aku di SK Kawiyan Ranau dan blog beliau yang menyentuh jiwa pendidik 1/2 aku. Korang boleh layan video rare dalam blog tersebut dan aku dah lama tak berkunjung ke sana disebabkan aku menanti entri beliau bertajuk... KPLI : MYLIFE : ERTIHIDUP

Sumber dari Facebook
Sumber dari Facebook

Cuba bayangkan keadaan anak-anak kecil dalam gambar 1, kalau ada yang genius macam mendiang Step Jobb kan rugi negara sebab budak tu tak tahan dengan dugaan kerana baru umur 7 tahun dan berhenti sekolah. Kalau ada yang macam IQ guru-guru di Malaysia sekarang pun cukup berbaloi dan kalau ada yang berdarah pejuang seperti Antanum lagilah bergegar ATM kan. Kemudian bila aku tengok gambar kedua... lawa cikgu perempuan ne tau, hahahahahaha... tapi sekolah macam kat Uganda atau Somaliland macam lebih bagus secara relatifnya, apa lagi sekolah di Ulu Tembeling pada hari ini. Tapi apa yang penting dalam entri kali ini ialah, sebagai seorang penjawat awam di Kementerian Pelajaran... aku dilema dengan keadaan ini...


10 comments:

  1. The ugly truth behind the beautiful scene... Kesian anak-anak bangsa yang ingin belajar bersungguh2... Tidak apalah..Kita guru2 teruskan saja perjuangan..pahalanya bukan di bumi ini..tapi nanti bila kita kembali kepadaNYA..

    ReplyDelete
  2. Sekolah-sekolah di Malaysia secara relatifnya jauh betul perbezaannya. Apa boleh buat...

    ReplyDelete
  3. Tak jugak. Ramai kawan aku (cina) minat pertanian/hortikultur. Mereka coursemate aku. Sebenarnya kaum Cina lebih advance dalam ilmu pertanian. Boleh lihat dalam majalah agroworld. Majalah tersebut adalah mengenai pertanian di Malaysia dan sekitar negara-negara ASEAN yang lain. Teknologi baru diperkenalkan dalam majalah tersebut. Masalahnya, kalau nak baca, kena la belajar Bahasa Mandarin. Huhuhu.

    Majalah BM Pertanian ada yang bagus seperti AgroMedia tapi susah nak dapat. Maklumat pertanian kurang secara online dalam BM. Sebab tu la aku cuba untuk mencari dan masukkan dalam blog... walaupun adalah teralih sikit dengan diri aku. :P

    ReplyDelete
  4. I wong... memang betul tu, tengok perniagaan yang bermula dengan pertanian buah pala di Penang. Warisan kebun buah pala turun temurun... Bukan maksud aku masyarakat Tiong Hua tidak advance, maksud aku kenalan aku berbangsa Tiong Hua setakat ini tak ada yang terlibat dalam bidang pertanian ini. Sebab tu ada rasa macam janggal sedikit bila ada kenalan macam bro yang advance dan meminati bidang ini.

    ReplyDelete
  5. Sebab demografi agaknya. Apapun, aku cuba yang terbaik untuk menyampai maklumat pertanian yang betul di Malaysia.

    Terima kasih kerana menyokong saya.

    And lupa pulak. Selamat berkenalan.

    ReplyDelete
  6. Selamat berkenalan... kemudian minta kebenaran awal-awal untuk dapatkan bahan dari blog saudara untuk tujuan saya menulis di blog saya ini satu masa nanti. Jangan bimbang, saya tetap bagi kredit seperti yang sudah saya buat dalam setiap entri. Lagipun kali pertama saya berblog pada ogos 2009 dan banyak entri sudah saya delete kerana banyak perkara. Sebenarnya bidang pertanian di Malaysia dilihat dari aspek yang sangat sempit dalam konteks pendidikan, malahan satu masa nanti saya ingin buat entri tentang konteks Pertanian dari kaca mata bidang pendidikan negara.

    ReplyDelete
  7. Saya tak kisah sebab niat sebenar saya pun memang nak berkongsi ilmu. Bidangn hortikultur ini adalah sains dan seni. Melalui seni itu dapat kita lihat ia tak statik kepada satu kaedah sahaja. Jika saudara ada benda yang boleh dikongsi dan lebih elok daripada saya, apa salahnya?

    Oh, ingin saya maklumkan juga pertanian dan hortikultur adalah satu bidang yang berlainan. Walaupun nampak seakan sama. Rasanya saudara boleh lihat dalam entri Bacelor Sains Hortikultur saya.

    Semoga kita sama-sama dapat menyumbang ilmu ke arah kemajuan pertanian negara.

    ReplyDelete
  8. Insyaallah...akan follow FB bro nanti, baru perasaan.

    ReplyDelete
  9. emmmmmm..banyak kali dah cement tu jatuh..tunggu ada cedera teruk baru kena bagi peruntukan...dinding dan koridor 4 sains 2 dah di lubangkan di beberapa tempat (menambahkan kegerunan-takut2 tiba2 runtuh) untuk ambil sample cement sama ada selamat ka tidak..tapi nampak gayanya peruntukan tak muncul2 juga...tak tau lah..tunggu dan lihat je la...

    ReplyDelete
  10. site bagus utk guru novis..banyak info

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...