Friday, November 25, 2011

Aku dan Tugasan Semester 3 : Facebook Alat Untuk Meniru Semasa Peperiksaan

Para Pelakon Sedih Tak Dapat Balik Bercuti Sebab Ada Kelas
Masa semester 1 tahun 2010, tajuk assigment yang aku pilih untuk tugasan individu adalah berkaitan dengan kepentingan dan sumbangan rangkaian sosial yang menggunakan teknologi web 2.0 kepada pelajar sekolah. Pada masa tu rangkaian sosial yang aku bincangkan lebih berfokus kepada facebook, twitter, dan flickr. Tapi yang paling menonjol ialah facebook dan assignment untuk kursus lain pada semester 1 pada masa itu pun berkaitan dengan facebook. Malahan pada semester 2 lepas, banyak assignment yang berkaitan dengan facebook. Kemudian sementara aku sibuk buat proposal disertasi dan UMS sibuk dengan perjalanan Tamu Gadang sempena majlis konvokesyen kali ke-13, aku dan rakan-rakan akan sekali lagi mengikuti kuliah untuk semester 3 dengan rasa berat hati. Hahahahahahahaha... kenapa berat? Pertama, cohort kami dah dua kali terlibat dengan kuliah dan ramai tak berkesempatan untuk balik kampung bercuti dek penangan kuliah dan kesibukan semester 3. Malahan kami turut terlibat dengan kuliah semasa majlis konvokesyen UMS kali ke-12 yang lepas. Apa boleh buat, tinggal 2 semester termasuk semester ini sahaja lagi.

Kemudian sempena kelas dan pembentangan, sekali lagi kumpulan aku terlibat dalam aplikasi facebook ini. Aku pun dah rasa muak sebab asyik-asyik semua tugasan berkaitan dengan rangkaian sosial ne... jadi aku bagi gambaran tentang bagaimana pelajar boleh menipu semasa peperiksaan menggunakan aplikasi facebook ini melalui gambar kat sebelah. Malahan dalam kajian di Kanada oleh Sharples, Graber, dan Logan (2008), pelajar yang mahir dengan aplikasi rangkaian sosial boleh terlibat dengan penipuan dalam proses pembelajaran dan penilaian di sekolah. Bila difikirkan, kelajuan sambungan internet Kanada sepantas 7Mbps memang boleh menjadi pemangkin kepada permasalah tersebut berbanding kelajuan maksimum sambungan internet terkini di Malaysia sekitar 4Mbps dan liputan yang amat terhad... Kota Belud tempat aku sekarang ne pun hanya mampu 1Mbps dan kadangkala performance jatuh 50% yang menyebabkan ramai dalam kalangan kawan-kawan aku merungut bila online...hehehe - aku pun sama dan aku sering terfikir kenapa sambungan internet di Malaysia jauh ketinggalan? Sepatutnya sambungan internet kita sudah lebih laju kerana Malaysia adalah negara pertama menjalankan konsep Sekolah Bestari selepas Kanada memperkenalkan konsep tersebut dan sekarang Korea Selatan jadi negera no.1 dunia dalam konsep Sekolah Bestari. Apa yang mengejutkan? Korea Selatan menggunakan acuan asal yang diperolehi dari Malaysia dan kenapa Korea Selatan lebih berjaya? Sebab kelajuan sambungan internet kat sana adalah 44Mbps (laju siot) dan tidak mustahil di ceruk rantau paling mundur pun kelajuan 10Mbps.

Kemudian apa yang mengejutkan dari kajian Li (2006), Reid (2009), serta Sharples, Graber, dan Logan (2008), masalah pembuli cyber dalam kalangan pelajar di Kanada mencecah nisbah 1 daripada 4 pelajar adalah pembuli cyber...emmm masalah disiplin memang payah. Jadi aku yang bosan pun buatlah gambar macam kat bawah ne untuk pembentangan... harap-harap takda yang merajuk lak dengan gurauan ne... hehehehehehehe.

Sebahagian daripada slaid pembentangan untuk teknologi web 2.0 (Rangkaian Sosial Facebook - 26/11/11)

Memang aku tak nafikan kewujudan banyak permasalahan kesan daripada penggunaan rangkaian sosial facebook kerana jumlah pengguna adalah mencecah 500 juta di seluruh dunia dalam tahun 2011 dan 21 peratus adalah pelajar sekolah menengah, bayangkan jumlah tersebut. Dah lah facebook adalah paling diminati oleh rakyat Malaysia... tengoklah sehingg 25 Oktober 2011 ne di sini apabila facebook mengalahkan banyak laman web lain seperti google hatta hinggalah laman maybank Malaysia. Hahahahahahahaha... sebab ramai budak sekolah guna ne aku rasa.

Klik untuk sumber infografik


Nota:
1. Kelajuan sambungan internet berdasarkan data 2007, tengok sini
2. Tugasan paling sempoi pernah aku buat dalam 8 jam sebab buat + tgk tv (bola) + brfacebook + update blog.
3. Jangan ikut tips untuk meniru di atas.
4. 10 peratus daripada assignment + - edit jadi update entri blog..


Antara Bahan Rujukan Tugasan - Dari Sem 1 (wakakakakaka)

Peluchette, J. and Karl, K. (2008). Social Networking Profiles: An Examination of Student Attitudes Regarding Use and Appropriateness of Content. CyberPsychology & Behavior, 11 (6). Retrieved 31 July 2010, from EBSCOhost Research Databases.

Reid, K. (2009). The Rise of Social Networking Sites. Education Journal, 119. Retreived 15 August 2010, from EBSCOhost Research Database

Rozinah Jamaludin. (2009). Internet Dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Sharples, M., Graber, R., Harrison, C., and Logan, K. (2009). E-safety and Web 2.0 for Children aged 11-16. Journal of Computer Assisted Learning, 25. 70-84. Retrieved 15 August 2010, from EBSCOhost Research Databases.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...