Monday, November 14, 2011

Bolehkah Aku Kerja 9 Jam Sehari

Sebenarnya isu masa bekerja guru-guru adalah sudah lama dibincangkan dalam sehari dua ini... mungkin sekitar 12 November lepas... adehhh, lambat lak update ne blog sebab kekangan tugasan yang melampau sampai takde idea nak mengarang di blog ne. Kalau tak silap dalam 2 3 hari ne heboh isu guru-guru bakal bertugas 9 jam sehari dan kerajaan memperkenalkan isu ini bermula di empat buah negeri di Sarawak (Wah! ne negeri aku ne, malas lah nak pindah kalau macam ne-nanti dapat sekolah yang kerja 9 jam wakakakakakakakakaka...ayat pemalas), Pahang, Melaka dan Johor. Isu ne dah jadi perbincangan dalam kalangan guru-guru di kantin, warung-warung, jaringan sosial (facebook, twitter, dan blog-blog macam blog sampah aku ne). Malahan isu ne dah dibahasakan di Harakah daily, The Malaysia Insider, dan beberapa blog guru-guru mahupun blog-blog lain yang prihatin kot dengan isu ne. Jadi sebagai seorang guru yang sudah berkhidmat hampir 10 tahun dalam perkembangan sistem pendidikan negara khususnya di Sabah, aku dengan ikhlas jawab...gila ah, tak mampu lah aku nak kerja 9 jam sehari kalau dengan jumlah waktu mengajar sekarang yang mencecah 20 waktu seminggu. 

Sebenarnya ikut data-data yang aku tahu, kiranya perkataan data tu semua dah fahamlah kan (kan dah ada degree...mesti faham kan)... keadaan sekolah adalah berbeza-beza. Kalau dibandingkan dengan 9996 buah sekolah di Malaysia, boleh aku simpulkan bahawa ada 9996 situasi yang berbeza. Ini kerana ada 7714 orang guru besar dan 2282 orang pengetua yang mentadbir dan perbezaan infrastruktur yang bagai langit dengan bumi. Malahan sekolah tempat aku berkhidmat sekarang sangat jauh kemudahan infrastrukturnya dengan sekolah aku sebelum ini dan bagi aku sekiranya dilaksanakan isu 9 jam bekerja ini di kedua-dua buah sekolah, maka hasilnya akan jauh berbeza. Siapa yang mengajar di kedua-dua buah sekolah ini sahaja yang mampu menjawab dengan tepat... kerana masalah yang aku jelaskan sebelum ini. Malahan sering dinyatakan denga jelas bahawa tugas utama guru adalah mengajar dan terlalu banyak lagi tugas dan beban lain. Jadi kalau jadi 9 jam aku harap jumlah masa mengajar 20 seminggu dikurangkan ke 8 waktu seminggu... wakakakakakaka (dapat kah?) memang susah tu, ramai akan cakap kerja cikgu ne senang...senang kan kerja cikgu ne, kerja setengah hari, lepas tu cuti panjang (hehehehehehe, minggu depan cuti setahun lah)....yahoooooooooooooooooooooooooooooooooooooo....cuti-cuti Malaysia!

Memang lah aku nak buat entri ne santai, jadi tak perlu lah bagi fakta dan bukti tentang betapa jauh bezanya kerja guru dengan kerjaya di bidang lain ne... kalau guru mengajar sahaja alangkah indahnya hidup ini. Bukan aku bantah tu isu 9 jam... tapi perlulah ada timbal balasnya... kurangkan jumlah waktu mengajar kepada 8 waktu seminggu, kerja 9 jam okaylah lepas tu. Sebab jaga anak orang yang beratus dan beribu orang di sekolah ne payah bagi aku sebab ada orang yang ada anak 4 atau 1 orang pun dah pening nak jaga. Ini ikut pengalaman aku sendiri dalam tempoh hampir 10 tahun ini... aku bagi beberapa contoh mudah, pelajar tingkatan 4 yang lari dari rumah selama 3 hari dan tidur di pekan dan rumah kawan... bapanya datang jumpa aku sebagai guru kelas, tu pun tak boleh nak handle ka? Tampar ja... kan anak sendiri, nak minta aku guru kelas handle? Apa kuasa aku.... ingat guru kelas punya power macam power rangers ka? Pengetua pun takda power lahhhh nak handle masalah tu. Kemudian pernah seorang ibu berbincang pasal masalah anak gadisnya tingkatan 4 yang kerap dating dan tak fokus dalam pelajaran... minta aku guru kelas bagi nasihat, kalau anak buah aku bolehlah... sebab kalau aku bagi nasihat budak tu menjawab nanti aku nak buat apa? Nak terajang, tampar, atau marahkannn... mana boleh... anak orang tu, kena saman nanti.Belum lagi isu guru sekolah rendah macam kat gambar sebelah tu naaaaa...

Isu berurusan dengan manusia adalah isu yang memeningkan kepala sikit ye, bukan berhadapan dengan mesin... memang aku akui kerja sebagai pekerja swasta tu letih, penat, dan memeningkan. Kalau jurutera, doktor, peguam, pengurus bank... boleh lah komplen dengan kerja guru sebab mereka layak jadi guru... ada bukti pun sebab boleh apply KPLI atau PLI. Kalau yang takda degree tu... tak yah lah bising, korang cakap guru-guru macam aku ne sombong lak nanti. Jadi kerja 9 jam ne aku setuju ke tak... memang jawapan aku mudah, kurangkan jumlah waktu mengajar tu... boleh lah kerjam jam 7.30 - 4.30pm. Kemudian aku nak pemantauan berterusan juga untuk kakitangan awam lain... supaya aku tak berbaris bayar bil di jabatan air, jabatan elektrik... kemudian jarang putus bekalan air, jarang putus bekalan elektrik... takda iklan penerangan macam pemalas di TV dan banyak lagi lah... paling penting kakitangan awam faham status 1, 7, 9, 17, 29, 32, 34, 38, 41, 44, 48, 52... takkan orang gred 29-32 boleh power macam sial dengan guru yang gred 41 macam gambar kad sebelah tuuu... lawakkkkkkkkkk...sebab orang fikir senang ja kerja mengajar macam cikgu ne. Kalau senang mengajar, buat apa hantar anak pergi sekolah... ajar sendiri kan lebih afdal...

Nah.. cikgu juga ka nak selesaikan masalah macam kesan pengagihan laptop 1Malaysia ne. Banyak ibu bapa mengeluh di sekolah-sekolah dengan keadaan anak mereka yang leka bermain facebook dan kurang mengulangkaji pelajaran. Laaa...... kerajaan dah bagi percuma, mak bapak lah handle sendiri.... TERINGAT AKU BILA: Ada ibu bapa yang tanya, kenapa cikgu biarkan sahaja budak tu merokok kat depan cikgu, aku tersengih jakkkkk... nak jawab karang gaduh lak. Tapi jawab dalam hati je lah, kat luar sekolah pun tak faham ne pakcik... jangankan kat Pekan macam ne... kat luar pagar tu pun guru-guru ta boleh nak buat apa-apa. Kemudian kalau kat sekolah paling teruk pun kena gantung sekolah... kalau anak buah aku, aku sumbat terus mulut tu dengan puntung2 tu sekali. Ne anak siapa pun aku tak kenal.....
Nota:
(1) Gambar diambil dari blog lain dan facebook kumpulan Guru Malaysia.
(2) Ramai yang tak puas hati dengan guru-guru ne adalah orang yang kurang profesional
(3) Tugas utama guru mengajar... kemudian berlambak lagi tugas-tugas lain
(4) Aku tak setuju kalau kerja 9 jam... kalau 9 jam, mesti (8 waktu sahaja mengajar seminggu)


1 comment:

  1. Sy setuju juga kalau kerja 9 jam tp waktu mengajar kena 8 - 10 seperti yg tulis d cni. Tp, klu tidak, mmg sgt x setuju kerana banyak kesannya nti kepada semua terutama guru2. Harap sekolah aku x kena sekolah rintis utk percubaan sekolah 9 jam ni. Mengarut je.. hahahahaha......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...