Friday, November 18, 2011

Bila Aku Boring

Templates 18 / Nov / 2011
Apabila aku boring di depan komputer, aku sering menyibukkan diri dengan melayari laman blog orang lain ataupun mencari maklumat yang berkaitan dengan bahan-bahan tugasan. Sejak mula aktif dengan penggunaan internet selepas terlibat dalam bidang pendidikan negara, aku jarang sekali membaca suratkhabar ataupun majalah (kecuali solusi dan majalah ilmiah komputer + kamera kalau berkesempatan).

Jadi salah satu ialah aku suka tukar2 templates macam ini... tapi aku rasa ini takkan lama, saja aku hilangkan kepedihan mata mengadap komputer sementara menyiapkan bahan pembentangan untuk kelas esok. Apabila melihat templates ini, teringat aku zaman tingakatan 6 dahulu apabila aku aktif melibatkan diri dengan kelab mural sekolah dan banyak mural yang kami siapkan di hampir 60 peratus bangunan SMK Meradong, Bintangor Sarawak. Macamana dengan mural-mural tu sekarang? Entahlah... mungkin sudah hilang ditelan perkembangan sekolah dan semenjak aku menghabiskan hari terakhir peperiksaan STPM dalam tahun 1997, aku tidak pernah menjejakan kaki lagi ke sana. Malahan ramai dalam kalangan guru-guru aku yang mengajar pada masa itu hanya berhubung melalui laman facebook dan kebanyakkannya bukan pengguna internet yang tegar dan ada yang hanya membuka akaun facebook mereka sekali sekala.

Kemudian ada yang sudah menjadi pengetua, pensyarah dan ada yang masih berkhidmat di sekolah lama. Kemudian aku semasa di Tingkatan 6 bukanlah dalam kalangan pelajar yang berdisiplin tinggi dan apabila aku melayari laman facebok atau pun laman web SMK Meradong, memang aku akui banyak perubahan yang sudah berlaku di sana. Malahan pengetua yang menerajui pentadbiran sekolah semasa tahun 1997 pun sudah menjadi ketua sektor di JPN Sarawak dan ramai guru-guru tingkatan 6 aku pada masa itu sudah menjadi generasi senior dalam bidang pendidikan negara. Bayangkan aku sudah berkhidmat hampir sedekad dan guru-guru aku sudah berkhidmat hampir 3 dekad sebagai seorang pendidik... sempena cuti sekolah ini, aku mendoakan kesejahteraan guru-guru aku pada masa itu dan berharap mempunyai kesempatan untuk bertemu semula dengan mereka pada suatu hari nanti... insyaallah...



2 comments:

  1. ahaha same lah kite xbca paper dah....tp Solusi pun tetap bace...majlah yg bgus tue :)


    20 Tone / Attitude Words

    ReplyDelete
  2. Aha... Solusi aku selalu beli dari member sama2 mengajar (orang perak + kelantan). Paper boring lah belek2 memanjang... kemudian berita pun memanjang tipu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...