Sunday, November 20, 2011

Bahan Pembentangan Keselamatan ICT di Sekolah

KESELAMATAN ICT DI SEKOLAH
(SK Rangalau Kota Belud)

Oleh

Junaidi Mohamed - PT20107040C
Roy Bonie Bernard - PT20107045C



1.0    PENDAHULUAN
Selepas konsep sekolah bestari diperkenalkan, keperluan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai antara pemangkin utama dalam mengukuhkan perkembangan sekolah semakin menjadi agenda penting. Secara langsung, menjelang awal abad ke-20 penggunaan teknologi berasaskan ICT di sekolah-sekolah semakin menjadi pemangkin penting kepada pembentukan modal insan yang berketerampilan dan mampu bersaing dalam arena global selaras dengan perkembangan teknologi ICT yang semakin pesat. Sekiranya perkembangan dalam aspek ICT sebagai pemangkin ini dapat diperkasaskan, sistem pendidikan negara akan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Walau bagaimanapun, isu keselamatan ICT di sekolah-sekolah perlu dijadikan sebagai satu aspek penting yang perlu ditangani dengan cara yang berkesan. Ini adalah sebagai satu entiti penting dalam proses memperkasakan aspek ICT di sekolah melalui usaha meningkatkan kompetensi guru dan warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terhadap penggunaan ICT untuk keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Sekiranya aspek yang berkaitan dengan keselamatan ICT tidak dianggap penting, usaha KPM melalui pembinaan makmal pengkomputeran dan penyediaan rangkaian jalur lebar di sekolah-sekolah akan gagal melahirkan golongan pelajar yang menepati kriteria modal insan yang diimpikan oleh rakyat Malaysia. Pembinaan infrastruktur ini hanya akan menjadi satu pemangkin dalam memperkasakan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah tanpa mampu membentuk jatidiri yang bermakna dalam kalangan pelajar.

Keselamatan ICT di sekolah perlu diberi keutamaan sebagai asas penting membangunkan infrastruktur dan kemudahan ICT di sekolah. Ini dapat mewujudkan satu proses pembentukan modal insan yang berguna dan mampu bersaing dengan cara yang sihat. Konsep keselamatan ICT ini perlu diketahui oleh seluruh warga KPM secara khususnya dalam kalangan para guru yang berhadapan terus dengan golongan pelajar. Ini kerana golongan pelajar pada hari ini adalah golongan “Natif Digital” berbanding warga KPM yang majoritinya adalah golongan “Digital Immigrant”.

2.0    KESELAMATAN DAN ANCAMAN ICT
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) merupakan agensi pusat yang bertanggungjawab terhadap keselamatan ICT kerajaan di Malaysia. Malahan isu keselamatan ICT menjadi agenda penting MAMPU apabila Pekeliling Am Bilangan 3/2000 telah dikeluarkan pada 1 Oktober 2000. Pekeliling ini telah menjadi asas kepada pembangunan dasar keselamatan ICT sektor-sektor awam di Malaysia termasuklah Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertanggungjawab terhadap isu keselamatan ICT di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun, pekeliling-pekeliling khusus yang dikeluarkan oleh KPM seterusnya menjadi panduan sekolah-sekolah untuk mengurus tadbir keselamatan ICT di peringkat sekolah.

2.1    Kemudahan ICT di Sekolah
Sekolah Kebangsaan Rangalau, Kota Belud yang ditubuhkan dalam tahun 1965 merupakan antara sekolah kawasan luar bandar yang turut menerima limpahan kemajuan ICT negara walaupun berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM). Dengan kemudahan infrastruktur yang terbatas, pihak sekolah telah berjaya membangunkan sebuah bilik darjah sebagai bilik ICT yang mampu diakses oleh guru dan para pelajar. Bilik ICT yang terdiri daripada 9 buah komputer meja (desktop) dan 7 buah komputer riba (laptop) untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran dan urusan mengurus tadbir sekolah.
                 

Gambar 2.1 : Bangunan Sekolah           Gambar 2.2 : Makmal Sekolah
Makmal komputer yang diwujudkan melalui inisiatif pihak sekolah ini memberi kemudahan kepada para guru dan pelajar untuk mendapatkan akses internet. Walau bagaimanapun, konsep keselamatan ICT turut menjadi kriteria utama sebagai pemangkin kepada perkembangan kompentesi para guru dan pelajar supaya tidak ketinggalan dalam arus perkembangan sistem pendidikan negara yang semakin diwarnai dengan perkembangan teknologi komputer dan akses internet.

2.2    Keselamatan dan Ancaman ICT 
Secara umumnya isu keselamatan ICT di sekolah meliputi beberapa aspek yang perlu diberi penekanan dalam usaha mengurus tadbir makmal komputer dan kemudahan ICT. Antara aspek-aspek yang berkaitan dengan keselamatan ini ialah tanggungjawab, keselamatan fizikal, keselamatan sistem, dan keselamatan data ICT. Setiap aspek ini saling berhubung kait antara satu sama lain dan kerjasama daripada semua warga sekolah amat penting bagi menjamin keselamatan ICT dapat dipertingkatkan.

Sebagai sebuah organisasi, semua warga sekolah mempunyai tanggungjawab dan integriti terhadap keselamatan ICT sekolah. Pihak pentadbir, para guru, kakitangan sokongan dan seterusnya pelajar perlu diberi kesedaran tentang tanggungjawab dan peranan mereka mengawasi dan menjaga peralatan ICT yang dibekalkan kepada pihak sekolah. Oleh yang demikian, usaha mengurus aspek keselamatan dan ancaman fizikal ICT dapat dipertingkatkan dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkan konflik dalaman. Guru yang menjadi penyelaras makmal komputer bertanggungjawab mengawal dan mengurus jadual penggunaan makmal serta memantau kerosakan yang berlaku terhadap perlatan komputer yang dibekalkan. Malahan dengan kesedaran tentang tanggungjawab dan integriti, para guru, pelajar dan kakitangan sekolah akan berusaha menggunakan peralatan makmal secara berhemah. 

Seterusnya, keselamatan sistem turut berkait rapat dan ramai dalam kalangan pengguna ICT kurang mengambil berat dalam isu ini. Keadaan ini adalah disebabkan warga sekolah yang kurang terdedah dengan pengguna ICT di samping kemudahan infrastruktur sekolah yang masih terhad. Akhir sekali, ancaman terhadap keselamatan data juga merupakan antara aspek penting yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya dalam usaha mengurus dan mentadbir kemudahan ICT di sekolah.

   
2.3    Ancaman ICT di Sekolah Kebangsaan Rangalau
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, kemudahan ICT Sekolah Kebangsaan Rangalau adalah terhad dan masih mempunyai pelbagai kekurangan jika dibandingkan dengan kewujudan makmal-makmal komputer yang lebih canggih dan kompleks khususnya di sekolah-sekolah kawasan bandar. Walau bagaimanapun, jadual berikut menunjukkan wujudnya isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan ancaman ICT terhadap kemudahan makmal komputer SK Rangalau, Kota Belud: 

2.3.1    Ancaman Berbentuk Fizikal
Ancaman berbentuk fizikal merupakan antara aspek yang sukar untuk diatasi secara keseluruhannya kerana ia bergantung kepada kemudahan psarana yang ada di sekolah. Secara khususnya ancaman fizikal yang wujud di makmal ICT SK Rangalau adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2.1 berikut:

Jadual 2.1 : Ancaman ICT Berbentuk Fizikal Terhadap Makmal Komputer SK Rangalau
Bil.
Jenis-Jenis Ancaman
Faktor Berlaku
Bagaimana Berlaku
Langkah Mengatasi
01
Kecurian / rompakan
Makmal Tidak dipasang jeriji besi
Pecah masuk orang luar
Pasang Jeriji Besi
02
Kecurian oleh pelajar
Kurang kawalan
Pelajar mencuri mouse, keyboard, speaker
Peraturan makmal diselaraskan dengan disiplin sekolah
03
Panas
Cahaya matahari
Masa panas pagi
Pasang tabir yang lebih tebal
04
Air Hujan
Bumbung lama
Tempias masa hujan lebat
Baiki bumbung dan dindin
05
Kerosakan peralatan elektrik
Sistem pendawaian yang lama
Sukar diagak (litar pintas)
Membuat penyelenggaraan pendawaian
06
Kebakaran
Sistem pendawaian yang lama
Sukar diagak (litar pintas)
Membuat penyelenggaraan pendawaian
07
Kerosakan peralatan komputer
Kurang penyelenggaraan
Peralatan lama
Baik pulih (pembelian baru)
08
Vandalisme
Sikap dan kurang kawalan
Naluri semulajadi manusia
Urusan disiplin diperketatkan
09
Serangan binatang
Kebersihan
Tikus dan lipas merosakkan pendawaian dan litar. Burung bersarang
Penggunaan racun, ganti perabot, jaring dipasang
10
Proses penyimpanan / inventori
Perubahan guru penyelaras
Rekod tidak dikemaskini
Rekod dan sistem dipantau oleh pentadbir / pentadbir terlibat dalam inventori


2.3.2    Ancaman Terhadap Sistem Komputer
Terdapat 16 buah komputer di makmal SK Rangalau dan sistem operasi microsoft window XP digunakan. Ancaman terhadap keselamatan sistem komputer yang wujud di makmal ICT SK Rangalau adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2.1 berikut:

Jadual 2.2 : Ancaman Terhadap Sistem Komputer di Makmal Komputer SK Rangalau
Bil.
Jenis-Jenis Ancaman
Faktor Berlaku
Bagaimana Berlaku
Langkah Mengatasi
01
Serangan Virus
Masalah perisian
antivirus
Serangan terhadap fail operasi window
Perisian antivirus yang aktif dan dikemaskini
02
Scam
Pengetahuan
Firewall Window
Antivirus
Chatroom, email, social networking
Peraturan penggunaan internet diwujudkan
03
Pishing
Pengetahuan
Firewall Window
Antivirus
Chatroom, email, social networking
Peraturan penggunaan internet diwujudkan
 04
Ancaman Pencerobohan (Hack Threat)
Kecuaian guru (email) dan pelajar bermain permainan dalam talian / pengetahuan
Email dan permainan dalam talian
Firewall window diaktifkan (penyelenggaraan)

2.3.3    Ancaman Terhadap Keselamatan Data
Keselamatan data-data yang disimpan dalam komputer perlu dijaga kerahsiaannya bagi mengelak berlakunya pencerobohan terhadap data-data peribadi guru dan kewangan sekolah daripada pihak luar. Ancaman terhadap keselamatan data yang wujud di makmal ICT SK Rangalau adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2.3 berikut:

Jadual 2.3 : Ancaman Terhadap Keselamatan Data Makmal Komputer SK Rangalau
Bil.
Jenis-Jenis Ancaman
Faktor Berlaku
Bagaimana Berlaku
Langkah Mengatasi
01
Kecurian Data
Penyimpanan yang mudah dikesan (folder di dekstop)
Tidak peka dengan isu keselamatan / terancang dan tidak terancang
Password untuk setiap komputer
02
Gangguan
(harassment)
Pengetahuan dan kemahiran yang sedikit
Penghantaran email, gambar, video berbentuk ugutan
Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan
03
Kehilangan data
Serangan Virus, OS (format)
fail
Sistem backup yang kemaskini
04
Kerosakan data
Serangan virus
“Bulubebek”
“TrojanHorse”
Serangan terhadap fail khas (words, power point, dll)
Kemaskini antivirus
05
Kerosakan perkakasan komputer
Litar pintas / masalah bekalan elektrik
Perkakasan rosak
Backup data secara berjadual untuk data penting

3.0    PROSES PENYELENGGARAAN BILIK ICT
Pentadbir dan penyelaras ICT sekolah bertanggungjawab untuk menubuh, mengurus dan melaksana dan mengekalkan keselamatan bilik ICT di sekolah menurut Perintah Am Kerajaan Malaysia. Juruteknik komputer perlu dihantar juga kesekolah rendah dan guru-guru didedahkan dengan konsep keselamatan ICT. 

4.0    PENUTUP
Dalam usaha untuk mengurus tadbir makmal komputer sekolah, kerjasama daripada semua warga sekolah berkenaan adalah amat penting. Kesedaran tentang tanggungjawab dan integriti dalam diri setiap individu mampu untuk meningkatkan tahap keselamatan kemudahan ICT sekolah. Peranan seorang penyelaras ICT untuk memastikan pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan ICT secara beretika boleh dikongsi bersama-sama dengan warga sekolah. Ini kerana sekolah semakin hari semakin bergantung kepada kemudahan dan keperluan yang berasaskan teknologi khususnya ICT untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran dalam memperkasakan sekolah. Oleh yang demikian usaha mengatasi ancaman terhadap kemudahan ICT sekolah amat penting supaya sekolah dapat bersaing dan mengekalkan prestasi semasa demi kebaikan golongan pelajar dan warga sekolah.




6.0    RUJUKAN
Hamirul’ Aini Hambali dan Hazaruddin Harun. (2002). Sistem Penapisan untuk Mengatasi Ancaman Internet dalam Pendidikan. Dibentangkan dalam SeminarTeknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL 2002. Kedah :Universiti Utara Malaysia. Muat turun atas talian pada 13 November 2011 dihttp://www.ipbl.edu.my/Bm/penyelidikan/2002/hamirul.PDF 

Jabatan Perdana Menteri Malaysia. (2000). Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000:Rangka Dasar Keselematan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan. KualaLumpur: MAMPU. Muat turun atas talian pada 10 November 2011 dihttp://gcert.mampu.gov.my/SPA_bil3_2000.pdf

Mustapha Haji Mat. (2009). Menangani Jenayah Siber Melalui Pendekatan Audit danKeberkesanannya. Putrajaya: Unit Keselamatan Data Sektor Awam, MAMPU.Muat turun atas talian pada 13 November 2011 di http://apps.intan.my/psimr/vol3no2/Menangani%20Jenayah%20Siber.pdf

Pusat Keselamatan dan Tindakbalas Kecemasan ICT Kebangsaan (NISER). (2003). Ancaman Siber: Mitos atau Realiti. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia. Muat turunatas talian pada 13 November 2011 dihttp://www.cybersecurity.my/data/content_files/13/130.pdf

Sektor Perkhidmatan ICT. (2007). Buku Panduan Pengurusan Keselamatan ICT. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. DiMuat turun atas talian pada 10 November 2011 dihttp://www.box.com/shared/1fz88sxojgqz7lqtatpi


Nota: 
1. Ini adalah bahan pembentangan pada 18 November 2011 (edited sikit) bersama rakan
2. Share...Copy + Paste + Edit = Enjoy, semoga bahan bermanfaat


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...