Wednesday, November 16, 2011

Aku, Politik, dan Politikus

Apabila membaca isu-isu tentang politik negara, kepala aku pening hatta pada masa senang duduk melepak minum teh tarik bersama-sama rakan-rakan. Memang bagi aku politik ini adalah sesuatu yang zahir dan batinnya adalah sukar aku nak sentuh atau terima... tapi politik adalah sebahagian kecil daripada agama. Selagi orang itu mengaku Islam, politik itu adalah tidak boleh ditolak mentah-mentah. Sejarah perjuangan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW di Kota Madinah melalui penggubalan Sahifah Madinah lebih 1432 tahun yang lampau adalah bukti kukuh politik adalah sebahagian daripada agama. Tapi aku rasakan politik Malaysia ada seperti satu dasar yang berteraskan ideologi "Realpolitik" Machiavelli yang menghalalkan apa sahaja demi sedikit pencapaian di dunia. Politik adakah sama dengan politikus? Terus aku teringat ketika mengajar sejarah Tamadun Dunia Sehingga Tahun 1800 beberapa tahun yang lepas apabila pelajar aku bertanya maksud perkataan politikus kepada rakannya yang membentang tajuk Pentadbiran Zaman Muawiyah. Pembentang tidak mampu menjawab dan jelas soalan itu adalah soalan yang lari dari garis panduan yang aku selalu tekankan denga pelajar... Sejarah ini adalah bidang ilmu yang ada ciri ilmiahnya tersendiri, jadi bukan semua benda boleh tanya seperti: "Semasa Tunku Abdul Rahman menandatangani perjanjian kemerdekaan negara, apakah jenama pen yang digunakan, adakah bapa kemerdekaan negara kita sudah makan makanan kegemarannya pada masa itu..." Kemudian, semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, berapa orangkah tentera Jepun yang suka makan ubi kayu?... Jadi soalan tentang perkataan politikus itu aku jawab dengan selamba... Sebenarnya perkataan ini berasal dari 2 perkataan asas iaitu "politik" dan "tikus". Oleh itu, politikus bermaksud seorang ahli politik yang suka memelihara tikus. Ada soalan lain?

Semua pelajar ketawa dan aku rasa mungkin ada guru atau sesiapa sahaja akan mempertikaikan cara dan jawapan yang aku ajukan dengan pelajar tersebut. Tapi memang aku akui tentang betapa bengangnya aku dengan isu politik negara... jika kita rajin menjelajah dalam arena blog negara, banyak berita yang membuat manusia yang berakal untuk berfikir, berfikir menggunakan akal ataupun berfikir macam orang hilang akal. Malahan aku dah jelaskan hampir setiap kali kepada pelajar aku pada masa itu, soalan biarlah setaraf dengan level tingkatan 6, bukannya setaraf dengan manusia tidak pandai menggunakan akal. Gunakan 2 billion sel yang dianugerahkan oleh ilahi untuk berbincang sambil mengukuhkan pemahaman dan daya ingatan terhadap satu-satu fakta sejarah itu. Kalau pelajar SPM soalan yang bertanya maksud politikus itu aku boleh terima... tapi pelajar tingkatan 6 adalah sesuatu yang kurang ajar bertanya soalan yang sudah sedia dijelaskan... begitu juga pelajar di peringkat IPT. Politik negara, politik kampung, politik pejabat, politik bilik guru, politik kedai kopi, dan sekarang isu politik menjadi satu yang global dan menjana banyak manusia yang hati dan mindanya yang terbuka untuk berfikir dengan akal dan iman, bukannya jadi manusia seperti kerbau dicucukan hidungnya. Tapi... politik pejabat (sekolah) dan politik bilik guru adalah sesuatu yang teramat keji bagi aku... keji bak pengulas laman Sokernet .blogspot.com utarakan kepala bana.. memang kepala bana... apa lagi poltik bilik guru. Memang Kepala Bana!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...