Monday, November 7, 2011

Aku dan Warisan Bangsa - Kalendar Melanau

Sewaktu berumur dalam lingkungan 7-10 tahun, dunia ini bagi aku adalah sangat sempit dengan kengkawan adalah dari ahli keluarga dan adik beradik sendiri. Bertumbuk dengan abang dan adik lelaki aku adalah lumrah dan apabila memerhati keadaan masyarakat sekeliling yang kadangkala menimbulkan sedikit persoalan dalam kepala aku... apa yang aku persoalkan ialah percakapan generasi tua yang kadangkala jauh dari konsep yang ustaz (sorry ah, aku lupa nama ustaz aku dulu sebab sibuk main di sekolah) aku ajar di sekolah. Apabila menjejakkan kaki ke sekolah menengah... barulah aku mula kenal dunia dan perbezaan loghat dan budaya masyarakat dalam lingkungan satu daerah dengan aku mulai dirasai. Apa yang paling ketara adalah dari segi sebutan dan gaya percakapan yang kadangkala melucukan bagi aku dan rakan-rakan, malahan budaya olok-mengolok masih lumrah pada ketika itu sehinggalah aku masuk ke tingkatan 4. Kewujudan jalan raya berturap terus memudarkan identiti setiap kanak-kanak dalam daerah aku yang sama-sama menuntut ilmu di SMK Matu pada masa itu. Sekarang selepas lebih sedekad (16 tahun) aku meninggalkan sekolah tersebut dan tidak pernah menjejakkan kaki walaupun sekali ke sana, barulah aku faham bahawa sejarah dan kebudayaan bangsa aku sebenarnya amat sedikit aku ketahui... Bayangkan, sehingga entri ini ditulis... aku baru mengetahui tidak sampai beberapa jam bahawa bangsaku turut memiliki struktur kalendar sendiri.

Click Untuk Sumber Gambar
Nah gambar di sebelah adalah struktur asas dalam pengiraan kalendar yang digunakan dalam kehidupan harian masyarakat seperti menangkap ikan, aktiviti pertanian, musim menuai, pembinaan rumah, dan majlis perkahwinan. Kalendar ini berasaskan kedudukan bintang, semangat alam dan mistik masyarakat Melanau zaman pagan. Malahan pengiraan kalendar ini bermula pada bulan Mac dan setiap bulan memiliki 30 hari. Mengikut kepercayaan zaman pagan ini, alam semesta berasaskan satu lapisan dan keseimbangan setiap struktur (wilayah) perlu diseimbangkan dan aktiviti manusia perlu selaras dengan perubahan cuaca, angin, pasang surut air laut, dan kedudukan bintang mengikut burujnya. Oleh yang demikian... bagi aku kalendar ini jelas membuktikan bahawa alam turut memainkan peranan penting dalam masyarakat Melanau zaman pagan. Bila membuat entri ini, aku terus terfikir tentang kalendar masihi yang relatifnya mendominasi kehidupan masyarakat di seluruh dunia yang bilangan hari setiap bulannya begitu mudah dimanipulasi oleh pemerintah zaman keagungan Tamdun Rom sehingga jumlah hari adalah sekitar 28-31 hari. Kemudian siapa yang lahir pada 29 Februari...silap-silap sambut harilahir 4 tahun sekali dan kalendar Masihi (Gregorian) ini berasaskan peredaran bumi mengelilingi matahari. Manakala perkiraan kalendar Hijrah pula berasaskan peredaran bulan mengelilingi bumi yang diwujudkan semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dan kalendar masyarakat Cina berasaskan pasang surut sungai Hwang Ho semasa keagungan Tamadun Hwang Ho.

Tentang kalendar Melanau ini, aku tak pasti dan memang jauh sekali mengalami keadaan yang berkaitan dengannya kecuali Pesta Kaul di daerah Mukah yang pernah aku kunjungi sekali sehingga ke hari ini. Tetapi apabila aku terfikir balik apa yang sering bercanggah bagi aku dulu dibuat oleh generasi tua memang berkait rapat dengan perkiraan kalendar ini, entahlah. Kemudian struktur bulan dalam Kalendar Melanau ini aku ambil terus dari blog rakan di Learn Melanau dan boleh dilihat seperti berikut.
Bulan Masihi
(Kalendar Gregorian)
Bulan Melanau
(Kalendar Melanau)
Mac
Pengejin ( The Month of the Spirits)
April
Pengelawah Umik
(The Month of the Lesser Clear Water)
Mei
Pengelawah Ayeng
(The month of the Greater Clear Water)
Jun
Paka Umik
(The Month of the Rise of the Lesser Stars)
Julai
Paka Ayeng
(The Month of the Rise of the Greater Stars)
Ogos
Pelepa’
(Month of Plentiful)
September
Pegalan
(Month of the North Star)
Oktober
Suwah
(The Month of the Waves)
November
Pidai
(The Month of the Discoloured Skies)
Disember
Penangaih
(The Month of Revival)
Januari
Pemalei
(The Month of Taboo)
Februari
Pengesiseng
(The Month of the Gills)

Nota: Korang boleh usha blog-blog berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang "Kalendar Melanau" ini di:
i.  Learn Melanau Blogspot.com
ii. Johan1960 Blogspot.com

Sebagai seorang yang sudah mengetahui serba sedikit tentang kebolehpercayaan dan isu-isu picisan dalam penulisan ilmiah, kewujudan kalendar ini adalah sesuatu yang baru bagi aku dan penulisan yang berkaitan dengan entri ini adalah data-data yang perlu untuk diteliti sendiri oleh anak-anak bangsa melanau yang menjejakkan kaki di menara gading pada hari ini khususnya yang mengikuti pengajian dalam bidang kemasyarakatan seperti Sejarah, Sosiologi dan Antropologi, Komunikasi, dan bidang-bidang lain yang berkaitan. Banyak catatan dan sumber primer yang boleh dijadikan sandaran untuk melengkapkan kajian anda semua. Sebelum generasi tua meninggalkan kita, adalah lebih baik segala bentuk budaya bangsa dikaji dan diangkat keperingkat yang lebih tinggi berbanding cerita dari mulut ke mulut mahupun perkongsian di laman-laman web 2.0 seperti blog ini.


3 comments:

  1. Baru aku ingat la... sebijik macam kalendar Hijrah lak tahu. Nanti aku nak bandingkan kalendar ini dengan kalendar hijrah untuk entri-entri seterusnya. Hehehehhehe

    ReplyDelete
  2. oo...silap skit kalendar dusun pn ada kali ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...