Saturday, November 19, 2011

Aku dan Tugasan Pembentangan

Bila aku membuat tugasan pada saat-saat akhir, selalunya mesti ada power tambahan seperti perlawanan masa tambahan yang melibatkan pasukan Arsenal. Aku pun tak tahu kenapa aku suka buat kerja "last minutes" walaupun tidak semuanya. Sudah berkali-kali aku berazam untuk menyiapkan semua tugasan dengan cepat dan boleh melayari internet dengan bebas tanpa memikirkan beban kerja yang perlu disiapkan pada keesokan harinya. Tapi lumrah manusia, manusia adalah makhluk Allah SWT yang lemah dan akan sentiasa lemah dalam banyak aspek dan aku masih lagi lemah dalam pengurusan masa untuk menyiapkan pelbagai tugasan. Oleh sebab yang demikian, sekiranya diberi pilihan aku lebih berminat untuk bertugas dalam aspek yang berulang-ulang tanpa membuat perancangan yang berubah-ubah sepanjang tahun mahupun setiap hari. Sebagai seorang tukang mengajar di sekolah menengah, aspek membuat rancangan yang berubah-ubah setiap hari, minggu, bulan, dan tahun inilah yang paling membosankan aku. 

Klik Untuk Sumber Gambar
Alangkah bagusnya kalau aku terlibat dalam bidang pekerjaan yang hanya mengikut perancangan orang lain dan aku tak perlu membuat perancangan langsung dan aku tidak perlu berhadapan dengan manusia. Hahahahahahaha... indah hidup sepanjang masa, tapi adakah kerjaya yang seperti itu... jadi lebih baik aku menyiapkan sisa-sisa tugasan untuk semester ini yang memerlukan fokus dan tidak ada bayaran yang aku dapat kecuali markah... dan untuk tugasan kali ini, cuma 5 markah dan kenapa aku letak gambar di atas sebagai hubungkaitnya??? Gambar tersebut berkait rapat dengan inovasi dalam ICT dari kaca mata syarikat Ventura Gate dalam bentuk iklan mudah di laman web mereka. Manakala tugasan yang akan saya lengkapkan daripada sedikit lagi untuk pembentangan secara marathon minggu ini ialah Keselamatan ICT dalam konteks sebuah sekolah... emmmm...


2 comments:

  1. mesti ada crita arsenal hahahaha cuai!!!

    ReplyDelete
  2. Hahahahahahahaha... takkan nak cerita pasal Liverpool lak. kalau tak pun citer setan merah... mana boleh bro... Arsenal la aku citer. wakakakaaka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...