Thursday, November 17, 2011

Aku dan Perkataan TERATAK

Aku bukan guru bahasa, bukan pakar bahasa, bukan juga meminati bahasa, sebab tu aku cuma tahu dua bahasa sahaja di dunia ini. Bahasa Malaysia sebab saya warganegara Malaysia dan Bahasa Melanau sebab saya bangsa Melanau (bukan bangsa Iban, bukan Bidayuh, bukan Kayan, bukan Melayu, bukan Cina, bukan India, bukan dusun, bukan bajau, hatta bukan kelabit). Malaysia penuh dengan suku dan bangsa... Sarawak ada 23 bangsanya dan Sabah ada 32, tetapi rumpun bangsa Melayu yang terdiri daripada banyak suku-suku pun aku tak tahu... lantak, masa tingkatan 6 dulu bukan aku suka nak tahu pasal linguistik ne sangat. Aku lebih suka tido... tido lebih seronok daripada mengetahui tentang linguistik hinggalah pasal bangsa dan suku-suku di Malaysia. Tapi aku tahu juga serba sedikit tentang bangsa-bangsa di Malaysia khususnya bangsa kawan-kawan aku, kalau kawan-kawan aku tak tahu aku bangsa Melanau, lantaklah... bukan aku peduli, yang penting aku tahu aku bangsa Melanau. 

Perkataan "teratak" mengikut apa yang aku faham ialah rumah kecil atau pondok yang banyak dibina oleh masyarakat kawasan luar bandar di sawah padi ataupun kebun-kebun kecil. Malahan kadangkala perkataan tersebut jarang digunakan seperti kewujudannya di kawasan bandar...cuma perkataan yang sering digunakan ialah dangau, gubuk, sulap... dan entahlah. Kadangkala bila terdengar atau terbaca perkataan ini aku akan terbayang pondok kecil yang dijadikan sebagai tempat berteduh golongan petani atau pemburu di tanah tumpah kelahiran ku Sarawak Bumi Kenyalang. Tetapi bila aku taip di google imej... memang celaka, gambar kat bawah ne yang banyak muncul:






Gambar yang pertama tu memang sudah nak cari... gambar ketiga jauh lari maksud dia... kemudian gambar ketiga pun lari sebab tu ialah chalet untuk pelancongan dan gambar keempat lagilah jauh maksud kalau mengikut kontek bahasa. Kenapa aku ulas pasal bahasa lak ne... lantak, aku tak tahu nak tulis apa sementara menunggu perlawanan bola sepak sukan SEA Malaysia vs Indonesia. Kemudian Teratak jika dibuat dalam struktur ayat seperti ini... silalah singgah di teratak hamba ini... comfirm kena ketawa kalau buat secara pratikal... tu ayat zaman to nenek P. Ramlee, kalau sekarang layak digunakan dalam bidang sastera sahaja... cuma betul pada fikiran aku, orang timur memang penuh dengan nilai dan keindahan budi bahasa, sebab tu ayat digunakan untuk merendah diri... tapi kalau rumah dah macam gambar no 4 macamana? macamana? Kemudian kalau perkataan teratak digabungkan dengan perkataan usang pula macamana? Teratak Usang... jadi dalam kepala aku yang no 1 ialah tido terus blurrrrr... "pondok buruk buruk" wakakakakakakaka


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...