Sunday, November 13, 2011

Aku dan Lompat Tikam

Kali pertama aku mengenali orang dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ialah dalam tahun 2004 semasa aku masih lagi seorang budak sekolah menengah yang kepala masuk air. Pada masa tu aku yang duduk di kerusi belakang sekali di kelas yang tak sampai 20% pelajar lelaki dari 23 orang pelajar. Tidak banyak masalah bila guru-guru masuk ke kelas dan aku tak banyak karenah walaupun akulah paling malas nak buat apa sahaja kerja yang guru suruh... bawa buku teks pun tak pernah ke kelas (sebab tu aku sekarang buat derk je kalau budak-budak tak siapkan kerja rumah dan bagi aku pelajar jawab 3 soalan dari 10 soalan sudah cukup baik). Baiklah... apa yang aku nak cerita ialah guru sejarah aku yang berasal dari Kelantan pada masa tu, cikgu ne memang super saiya punya kategori dalam pelbagai keadaan sebab aku dan rakan-rakan sekelas dahulu je yang tahu. Apa yang aku hairan ialah, dalam tahun 2007 kali pertama aku nampak kuih kat sebelah tu ah... nama dia LOMPAT TIKAM dan adalah kuih tradisional dari Kelantan. Masa aku beli di bazaar Ramadhan yang tak rupa bazaar di Kota Belud pada masa tu aku tak tahu ne kuih tradisional Kelantan dan aku beli sebab seperti kuih yang biasa mak aku buat dengan pulut masa aku sekolah rendah dulu. Tapi masa kali pertama aku makan kuih ne... aku terfikir guru sejarah ku tu dulu... hahahahahahaha, laaaa kuih ne dari Kelantan rupanya. Emmmm sedap la jugak dan kalau ada nasi pulut lagi kat bawah dia lagi sedap la... Tapi kuih mak aku buat lagi sedap... wakakakakakakakakakaaa. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...