Tuesday, November 8, 2011

Aku dan Kenangan Budak Sekolah Menengah

Semasa masih tingkatan 6 dalam tahun 2007 dahulu di SMK Meradong, Bintangor Sarawak, aku mengambil matapelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai salah satu kertas pilihan daripada 5 matapelajaran pada masa itu. (Kertas 1-Cikgu Let Ali, Kertas 3-???, Kertas 5-Cikgu Ismail). Banyak rupanya nama guru-guru yang aku dah lupa nama-nama mereka dan guru yang aku lupa nama tu berasal dari Semenanjung Malaysia dan antara guru tingkatan 6 yang aku respek pada masa itu. Cuma raut wajah mereka yang aku masih ingat dalam lipatan memori aku yang semakin hari semakin penuh (pelik kan... memori manusia tidak pernah penuh dengan kapasiti 2 billion sel untuk manusia sihat berbanding aku yang merupakan antara perokok tegar-celaka menyesal aku merokok masa sekolah dulu). Siapa suruh aku merokok dulu ah??? Hahahahahahaha... tu ayat nak cari siapa yang perlu dipersalahkan.

Apa kaitan matapelajaran Kesusasteraan Melayu ah? Entahlah... yang aku tahu dalam matapelajaran Kesusasteraan Melayu lah jumpa apa yang dipanggil pantun ini. Kononnya masyarakat Melayu zaman lalu ne jenis pemalu dan suka berpantun untuk menjelaskan maksud hati... tapi bagi aku, saja nak habiskan malam yang penuh membosankan di Kota Belud ini sementara menunggu untuk ke sekolah esok dan sementara menunggu cuti sekolah yang bakal menjelma 2 minggu dari sekarang. Cuti sekolahlah tempat aku berjumpa rakan-rakan sekampung khususnya yang duduk menjadi penghulu kampung (kerja kampung dan 99% jadi tukang rumah yang sudah expert gila sekarang). Kemudian masa cuti inilah kami sering mengimbau kisah-kisah lama semasa bergelar pelajar dan masing-masing akan berkongsi cerita sambil lepak layan teh tarik di warung mahupun minum teh o di rumah-rumah terpilih kecuali rumah aku sebab rumah aku jauh di hujung kampung. Hahahahahahahahahahaha. 
Pantun Melanau Malam - Sibuk tak mau tidur
Okay berbalik pada cerita asal... sebenarnya aku pelik dengan budaya masyarakat tempat aku dari dahulu hinggalah ke hari ini. tak kiralah masyarakat Melanau dari Matu, Daro, Igan, Dalat, Oya, Mukah, Balingian, Rajang, Belawai, Geligeh, Muara Lebaan, Pulau Bruit, dan Paloh hinggalah ke Melanau Bintulu yang betul-betul terasing. Apa yang pelik ialah budaya bergendang yang aku rasa kadangkala sakit telinga aku dengar, kadang-kadang okay jugalah... kemudian semua arena gendang semasa majlis perkahwinan sering diwarnai dengan pantun yang menggunakan bahasa Melayu walaupun dalam majlis yang 100% melanau. Kemudian orang-orang tua yang buta huruf dan langsung tidak menerima pendidikan pun faham maksud pantun tu. Sebab tu kadangkala muncul istilah yang aku kuran setuju khususnya semasa musim pilihanraya iaitu istilah "Melayu Melanau" yang pernah jadi isu dalam kalangan rakan facebook bila aku utarakan dulu. Dulu aku dengan kawan-kawan selalu mengulas..."kenapa tak guna pantun melanau ja terus, barulah rare". Jadi korang boleh check pantun Melanau yang aku dengan rakan lama aku bantai ikut sedap tangan menaip di gambar-gambar yang aku selitkan dalam entri ini. korang layanlah... faham ke tak lantaklah... tu kisah-kisah kenangan zaman sekolah menengah dulu yang penuh dengan memori...
Pecah juga kepala otak sejarah aku cari rima ab ab...celaka!
Kemudian yang menariknya... hanya aku dengan rakan baik yang langsung tak berapa berminat dengan budaya bergendang ini yang sibuk dan menyibukkan diri malam-malam buta sama-sama menggamit memori ini walaupun jarang dapat lepak bersama beliau semasa sama-sama bergelar pelajar. Tapi apa yang kami buat ini sekadar menggapai memori silam yang sudah lebih sedekad berlalu dan budaya bergendang ini masih diamalkan di kampung aku. Apa lagi semasa musim-musim perayaan kerana masa rayalah ramai majlis perkahwinan yang dilaksanakan di samping semasa musim cuti sekolah yang bakal menjelma tidak lama lagi. Maklumlah, masa sekarang ni kampung aku masih sunyi lagi walaupun dengan kapasiti hampir 4070 orang penduduk.
Ada kawan sekolah yang bagi sokongan gila...hahahaha

7 comments:

  1. Hahahahahahhaa... kan dah cakap pantun Melanau. cuai ko ne bro, baca entri dia ja lah

    ReplyDelete
  2. hahaha.. idu marak. penarep ko mak, ko mei malap sastera usi.

    ReplyDelete
  3. Sastera may sastera may hal... nuan wang subjek Bahasa Malaysia duh geng. Hahahahahhahaha

    ReplyDelete
  4. ih marak.. begendang versi internet tanpa musicnya.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Jiak geng, ikah malap satera lebih agk pantun iduh...

    ReplyDelete
  6. Metal2 juga Black/// tapi lu suruh saya pantun saya pantun. Lu suruh saya bergendang jangan harap... kena suruh dangdut... tu gitar aku hempuk kat kepala... arrrgggggggggghhhhh... kalau black lagi dahsyat punya tu Metal.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...