Thursday, November 10, 2011

Aku dan Jadul Waktu Mengajar Tahun 2012

Sebagai seorang pendidik, lumrah pada hujung tahun adalah mendapat senarai jadual waktu baru untuk persediaan tahun berikutnya. Jika sebelum tahun 2005, guru-guru hanya mendapat senarai kelas dan matapelajaran yang bakal diajar pada tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, kekusutan dan beban mengatur jadual waktu pada masa cuti sekolah seorang setiausaha jadual waktu dapat diatasi dengan jayanya di beberapa buah sekolah seperti yang berlaku di sekolah aku pada penghujung tahun 2011 ini. Memang aku tak nafikan kepakaran dan skill yang dimiliki oleh setiausaha jadual waktu sekolah aku yang tekun menghabiskan masa dalam beberapa hari di sekolah untuk menyiapkan jadual waktu untuk tahun 2012 dan hasilnya boleh dilihat di bawah selepas aku edit ke dalam bentuk softcopy simpanan sendiri (maklumlah aku ne jenis suka lupa di mana aku letak barang-barang, jadi simpanan dalam bentuk softcopy adalah penting seperti berikut:


1
2
3
4

5
6
7
8
9
10
Masa
0740
0810
0810
0840
0840
0910
0910
0940
0940
1000
1000
1035
1035
1110
1110
1145
1145
1220
1220
1255
1255
0130
ISNIN
GEO-3I



R






Masa
0700
0740
0740
0820
0820
0900
0900
0940
0940
1000
1000
1035
1035
1110
1110
1145
1145
1220
1220
1255
1255
0130
SELASA


PM-3E
E
GEO-5A
GEO-5E


RABU




H
SEJ-3O


PSK-3A

KHAMIS


PM-3E
A
GEO-5A
GEO-5E
PSK-5E


Masa
0700
0730
0730
0800
0800
0830
0830
0900
0900
0930
0930
1000
1000
1030
1030
1100
1130
1200
1200
1230
1230
0100
JUMAAT
SEJ-3O


T
GEO-3I





Apa yang aku heran dengan jadual aku di atas? Takda yang aku heran kerana dah hampir 10 tahun aku jadi guru di sekolah menengah dan setakat ini ada 4 buah sekolah aku berkhidmat dan tahun ini kali pertama dalam sejarah aku dapat jadual penuh 2 minggu sebelum cuti sekolah bermula. Bukan aku seorang yang dapat... semua guru-guru di SMK Tun Fuad Stephens yang dapat (kira-kira 119 orang guru). Hanya guru-guru sahaja yang faham betapa peningnya nak buat jadual waktu pembelajaran dan pengajaran di sekolah sebelum tahun 2005 kerana pada masa itu paling bagus pun mesti guna perisian 50% dan manual 50%. Banyak setiausaha jadual waktu yang tension semasa cuti persekolahan menyiapkan jadual ini. Okay untuk tahun hadapan aku ada 20 waktu mengajar (5 matapelajaran berbeza)... jadi kena buat 5 rancangan pengajaran tahunan, 12 rancangan pengajaran harian setiap minggu, hampir 30 set soalan peperiksaan (sediakan + semak + set markah), lebih 4 analisis pencapaian ujian penggal, hampir beribu latihan harian, hampir beribu lagi latihan untuk di semak. Belum masuk lagi...

Masalah disiplin pelajar... latihan tak buat, tak nak ikut arahan masa sukan, belum lagi yang mulut kurang ajar...sombong (kecik2 dah rasa sombong...sekarang tgk bekas pelajar aku yang dah habis SPM beberapa tahun lepas...entahlah, jadi apa yang gagal SPM dan aku ajar sejarah sahaja ye)

Buku Kehadiran Pelajar 
- Sekurang-kurang 200 hari / kalau pelajar ada 40 orang aku terpaksa tick kehadiran sebanyak  
  8000 kali
- Kalau ada masalah, kena urus lagi surat amaran

Urusan Kokurikulum
- Unit Beruniform (Perkhemahan wajib setahun 2x)
- Sukan permainan (wajib perjumpaan 24x setahun)

Kursus-kursus (Kursus di Sekolah)

Sukan Tahunan + Larian rentas desa (larian 1 Malaysia / KPM) + Latihan sukan + Urus sukan tahunan...

Latihan dalam Perkhidmatan

Perhimpunan


Kadangkala... aku terfikir sampai bila aku akan jadi seorang guru??? Entahlah... bosan


1 comment:

  1. aku pun dh dpt jadual 2012.ternganga skjp tgk jadual waktu ari jumaat time bdk rest ja aku rest.sbb perisian then tak ditouch up manual.cabaran selama 1thn la.yeh...org slalu ingat keja cigu senang sbb keja 1/2 hari.dorg tak tau kita keja kena tahan mental.byk tekanan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...