Friday, November 18, 2011

Aku dan Cuti Sekolah

Kenangan semasa sekolah rendah apabila tiba musim cuti sekolah dah terhakis dalam kepala otak aku, memang aku tak ingat langsung apa yang aku buat masa cuti sekolah ketika berada di zaman sekolah rendah. Kenapa boleh lupa??? entahlah... mungkin budak2 kampung ne banyak sangat aktiviti yang berulang-ulang dilakukan dari mandi sungai, pergi ke kebun, pasang jerat, main layang-layang, lastik burung, hinggalah perkara-perkara yang budak kampung je pernah alami. Budak di kawasan bandar lainlah... Kemudian semasa sekolah menengah, aku habiskan masa cuti sekolah dengan benda yang sama seperti sekolah rendah. Cuma masa ini lebih terarah kepada aktiviti mencari kerja dan melepak... 80 peratus pada masa itu adalah melepak dan mencari upah daripada sesiapa sahaja yang memerlukan pekerja sambilan yang pemalas macam aku dan rakan-rakan masa tu.

Sumber Gambar
Kemudian apabila menjejakkan kaki di Universiti Malaysia Sabah dalam tahun 2000, aku menghabiskan masa cuti penghujung tahun selama 3 bulan di kampung dengan melepak dan melepak dan melepak. Masa tu apa yang aku tahu ialah makan, minum, tido dan melepak dengan rakan-rakan yang setia menjadi ketua kampung walaupun 99% daripada mereka bekerja kampung pada waktu pagi hinggalah petang. Jadi jadual tidur aku diubah ke 4am-12.30pm untuk menjayakan misi menghabiskan cuti dengan jayanya pada waktu itu. Selain daripada lepak, aku tak tahu nak buat apa... memang aku tak tahu nak buat apa pun masa tu, kalau setakat pergi kebun dan tolong-tolong orang angkat barang dan lain-lain tu takyah cerita lah... cuma fokus utama ialah lepak. Kemudian semasa zaman inilah aku dapat memerhatikan sikap manusia yang pelbagai di kampung aku... daripada yang berfikiran lurus macam kawan-kawan aku hinggalah putar alam seperti kaum kerabat jin. Semuanya aku tak kisah sehinggalah sekarang aku sudah hampir 12 tahun bergelumang dalam bidang pendidikan negara.

Memang aku tak kisah dengan apa sahaja yang berlaku di sekeliling hatta kemalangan maut yang berlaku di hadapan taman tempat aku tinggal selagi tidak ada kaitan denga aku. Malahan benda itu terbawa-bawa dalam alam kerjaya aku...memang aku tak kisah siapa-siapa pun selagi urusan aku selesai. Hahahahahahahah, celaka! Aku akan tension bila nama atau apa sahaja dengan aku terbabit sama... kalau emak aku terbabit... entahlah. Sekarang cuti dah bermula, segala kenangan zaman cuti sekolah dari sekolah rendah hinggalah tahun 2010 yang lepas aku tak dapat buat. Memang terasa sungguh-sungguh bila melepak dan ramai rakan-rakan terutamanya dari Semenanjung (Kelantan dan Terengganu - memang rakan aku di Kota Belud 70% dari 2 negeri ini) yang bertanya bila balik kampung... soalan mengguris jiwa dan raga. Celaka... kenapalah tarikh kuliah semua IPT di Malaysia diselaraskan semasa aku masih belajar? Kalau tahun 2013 tak lah aku merasa seksa jiwa dan raga tak balik bercuti. Hampir 2 bulan cuti sekolah tahun ini, aku hanya mampu merenung proposal disertasi aku yang belum aku selesaikan... takpalah... nanti aku nak ponteng kelas sekali dua supaya dapat balik kampung meneruskan tradisi sejak 2 dekad yang lampau di samping jumpa mak aku... Selamat Bercuti semua guru-guru Malaysia.


 

2 comments:

  1. kenangan yg lalu mmbuatkan kita ingin kembali ke zaman dulu :)

    ReplyDelete
  2. Kazen... kenangan zaman kanak-kanak paling indah dan kenangan yang lalu takkan dapat diulangi selalu. Hehehehehehehe, tapi ia tetap segar dan menggamit sejuta senyuman.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...