Sunday, November 13, 2011

Aku dan Assignment

Selepas berhempas pulas menyiapkan assignment dan tugasan sampingan (orang lain punya assigment) aku berjaya merehatkan pada tarikh 13 November ini dan mampu mengupdate blog cikai ini demi memenuhi tuntutan aku untuk mengarang dan terus mengarang mengikut mood dan kerajinan aku. Memang tidak dinafikan sejak berpindah ke SMK Pekan Kota Belud II (sekolah aku sebelum ini), lumrah dan bebanan tugasan di sekolah aku warnai dengan membuat assignment dan bila bergelar pelajar balik itulah apa yang akan dilakukan. Walau bagaimanapun, kadangkala berlaku sesuatu yang di luar perancangan dan aku terpaksa membuat assignment dengan keadaan seperti bebudak Jepun yang mengikat kepala dengan kain demi menyiapkan tugasan. Bezanya, aku akan menyediakan segelas dua nescafe dan rokok yang berbungkus-bungkus (arggggghhhhh... rokok aku habis lak pepagi cam ni). Hilang mood aku nak menulis (menaip) blog ne... jadi layan je lah salah satu watak dalam game Resident Evil 4 kat atas tu, Ada Wong yang cute dan berjaya menyiapkan assignmentnya dengan mencari sample parasit (virus) Las Plagas di sebuah pulau... boleh usha game ne yang pernah aku main setengah mampus dulu-dulu di Resident Evil Wikipedia dan sekarang aku dan insaf dah... main futsal je lagi sekarang ne. Hahahahahhahahahahaha...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...