Wednesday, November 9, 2011

Aku dan 2DayBlogger.Com

Semenjak mula berblog sekitar tahun 2009, aku seakan-akan hilang mood selepas beberapa lama apabila komuniti blogger suka main copy and paste memanjang berita-berita sensasi dan apa sahaja yang boleh menaikkan rating blog mereka. Malahan banyak juga blog yang seperti diari yang diconteng setiap hari tanpa tujuan dan apa yang menyedihkan ialah semua bagai nak rak letak ruangan iklan dan mengharapkan mereka jadi blogger yang menjana duit sambil berblog. Banyak entri-entri aku yang berkaitan dengan teknik menjawab esei sejarah Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800 jadi sampah... ayat celaka cikgu sejarah yang sudah biasa. Kenapa aku asyik cerita pasa esei tu? Kenapa? Kenapa? Itulah ayat rakan-rakan aku utarakan... sebenarnya aku kisah sangat-sangat sebab banyak potongan ayat suci al-Quran dan hadis Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang aku kisah dan aku selitkan dalam set jawapan bahagian B (aku bukan ustaz erk), takut lak set tu jadi pembungkus nasi lemak... kalau jadi pembungkus binatang tak boleh tengok langit (lagi haru). Nah boleh tahu apa binatang tu dengan click link yang aku bagi, itu ialah blog yang baru aku usha dalam seminggu ini dan banyak entri menarik kat sana.


Rekaletak Muka Depan 2DayBlogger.COM yang santai
2DayBlogger.Com adalah blog yang menarik dan antara blogger yang mempunyai misi dan visi tersendiri dalam usaha berblog ini. Beliau anak muda yang boleh dijadikan sandaran oleh remaja-remaja yang bercita-cita tinggi (aku bengang bila budak nak jadi artis memanjang-pengaruh AF dulu ne, cubalah cakap nak jadi jurutera, doktor, guru, askar, polis-aku dulu masa sekolah...cita-cita sempit sangat...tetapi cita-cita adalah hak individu, jarang jumpa budak-budak sekolah kawasan luar bandar nak jadi perekagrafik, webdesign, dan lain-lain kerjaya zaman IT sekarang ne). Banyak blogger yang mempunyai matlamat dalam berblog ini seperti aku yang... suka untuk mengekalkan skil aku mengarang di samping berkongsi cerita berfaedah dengan rakan-rakan sekampung aku yang sekarang sudah disimbahi dengan kemajuan dunia IT. Memang ledakan web 2.0 (bukan cerita nasi lemak 2.0 - tu lain tu, sangat lain) sangat pantas semenjak blog diperkenalkan dan letusannya semakin gah selepas Jaringan Sosial (Facebook, Twitter, Youtube, Friendster...) menjadi medan remaja bersosial selain melompat macam gila bershuffle dulu. Jadi untuk rakan-rakan aku silalah layan laman blog tersebut untuk aktiviti santai dan menimba ilmu berfaedah dihujung minggu anda selepas penat bermain futsal, bertukang, layan karenah facebook dan aktiviti lain.


Post Awal 2DayBlooger.Com
Aku dan 2DayBlogger.Com secara relatifnya adalah rakan blogger yang tidaklah begitu aktif di samping aku selalu usha blog beliau dan kadangkala menyampuk cerita di "Facebook Page" blog tersebut yang sememangnya mengekalkan objektif beliau untuk berblog dengan berkongsi maklumat, pandangan, dan sebagainya dunia blog ini. Pernah rakan aku tanya... apa yang best tentang blog beliau??? Hahahahhaha... jawapan aku soalan macam ne, okay-okay... nak jawab ikut aspek mana? (Rakan aku pilih yang mudah difahami oleh manusia normal-bukan blogger atau pengguna internet tegar)...jawapan aku mudah, kalau blog aku rating sama macam 2DayBlogger.com aku pasang tinted hitam habis kat kereta aku + beli kereta baru (spesis lori-Toyota Vigo 3.0) untuk angkut sayur dan buah-buahan ke kedai makan cabuk aku di Kota Kinabalu dan pasar-pasar tani mingguan yang berdekatan. Hahahahahahaha... kawan aku ketawa, memang jawapan bernas dia cakap, difahami oleh seorang guru bahasa Melayu yang dah 18 tahun berkhidmat (aku lak...baru lagi and still a novice at end of the day). Bukan orang berblog untuk RM semata-mata ye... begitu juga saudara Faisal Abdullah yang memiliki laman blog 2DayBlogger.com ini yang aku lihat suka berkongsi ilmu pengetahuan dan berbincang tentang dunia blogging. Jadi nak tahu lebih lanjut boleh lah usha blog beliau yang ada 9 aspek penting (cuma tab Cari Kerja je yang belum aktif - maklumlah blog adalah seni yang tidak akan siap sampai bila-bila...banyak perubahan terutamanya "upgrade" dilakukan)


Tengok Post Menyampuk Aku 5 Dari Atas
Berbalik dengan cerita aku dengan saudara Faisal Abdullah merangkap pemilik blog yang berinformasi ne... sebenarnya selepas menyampuk di "Facebook Page" beliau tentang kewujudan blog-blog baru, aku terfikir nak buat entri ini dan belum siap print screen disebabkan aku ne jenis mau gambar, kedudukan ayat, huruf, warna, margin, dan segalanya perfect bagi aku, beliau dah update entri di blog beliau (Nah..bukti) dan sempat juga aku tinggalkan komen di sana... Terima Kasih Bro sebab tinggalkan link blog aku di entri tersebut. Bila berbincang pasal blog ini, sebenarnya tidak lari dari rating dan aku tahu pasal blog beliau ini melalui rating ini... entahlah aku dah lupa macamana aku boleh sampai ke blog tersebut dan memang aku akui banyak maklumat yang menarik di sana... bagi aku yang suka berjongging di dunia maya ne (sebab tu kasut bola dan bad ping pong aku dah macam hidup segan mati tak mahu - sekejap aku baca blog, berita, facebook, email, cari bahan assgment dan apa sahaja yang aku terfikir depan komputer ini). Memang blog beliau mempunyai maklumat yang berfaedah dan boleh dikongsi oleh para blogger mahupun pengguna internet secara relatifnya. Kemudian kat bawah ne ada dua lagi print screen yang aku dapat... selepas aku dimentionkan (erk...perkataan Bahasa Inggeris ditambah imbuhan bahasa Malaysia??? lantaklah...ini kan entri santai, hahahahahahahahaha) di facebook aku terus tengok traffik dan hasilnya selepas melayari beberapa blog milik beberapa blogger yang sama turut serta, memang aku yakin ruangan aku kotakkan hijau untuk gambar kedua dibawah ialah 2DayBlogger.Com walaupun aku tahu beliau berasal dari Terengganu Darul Iman.

 
Komen 2DayBlogger.Com Selepas Singgah
Visitor From Kampar Perak, erk... 2DayBlogger?



4 comments:

  1. 1st,terima kasih sbb entri yg pjg lebar ini...huhu...seperti yg dgtaw sblm ni,gaya penulisan cukup baik dan bersahaja...blh pergi jauh lagi ni..insya-Allah..

    2nd..pasal cari kerja tu,blog itu tpksa dibuang kerana database terlalu bsr smsa nk tukar hosting ke serverfreak...=)

    3rd..Blog adalah tmpt utk kita berkongsi apa yg kita fikirkan,apa yg kita mahukan dan apa yg kita inginkan..jadi kita berblog disebabkan perkara ini,kita akan rasa enjoy dan penulis yg bgus adalah org yg penulis apa-apa sahaja dgn variasi dan idea yg menarik...

    keep it up....

    ReplyDelete
  2. TQ 4 2DayBlogger.com ...sebab sudi singgah dan meninggalkan jejak.

    Database terlalu besar... fuh! dah banyak entri yang ditulis...memang dah agak sebab tu tab Cari Kerja belum ada link aktif.

    Terima kasih sekali lagi...

    ReplyDelete
  3. menang agak besar sbb dah ada seribu lebih entri tidak termasuk entri2 di subdomain or blog2 lain yg dibawah 2dayblogger..

    ReplyDelete
  4. Emmm... memang begitulah lumrah blog2 yang sudah banyak entri dan komen2 pembaca. Harap dengan server dan theme baru akan lebih menyerlah 2DayBlogger.

    Oh ya, maksud aku di perenggan pertama sebenarnya tentang blogger dulu2 ialah main copy paste dan tak bagi kredit langsung... sekarang pun masih berlaku, tapi syukurlah... ramai yang dah sedar tentang isu ini. kredit penting untuk menghidupkan budaya berblog yang awesome dan berhemah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...