Wednesday, November 30, 2011

Liga Cakoi Cuai SMK Lawas : Aku Ulas Guna 2 Kepala Lutut

Sebelum ini aku dah ulas tentang LCCSL dengan memfokuskan kepada kedudukan pasukan yang mendahului takhta liga dan faktor-faktor pemangkin kepada kedudukan tersebut. Kalau anda belum membacanya... baca di sini. Pada masa tu aku ulas menggunakan kepala lutut dan kali ini aku ulas dengan 2 kepala lutut sempena memperingati pahit getir geng-geng Cakoi menawan puncak Gunung Kinabalu beberapa minggu yang lepas. Boleh usha kat sini, sini, sini, sini, dan sini (adoiiii... banyaknya perkataan sini, hahahahahaha) tentang cabaran pendakian ini. Pahit getir tersebut menyebabkan banyak perubahan dalam perkembangan arena LCCSL pada minggu ini dan kedudukan terkini liga boleh dilihat seperti berikut:

Kedudukan terkini LCCSL dan pasukan aku masih menduduki
tangga ke 10 dengan wildcard belum digunakan

Berdasarkan kedudukan masih tidak berubah dengan VAYOH FC masih sukar digugat dan pengurus LOT508 pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sepatutnya membuat pendakian bersama ke puncak Kinabalu sempena tuah yang dialami oleh pasukan Suleiman Akhlaken. Malahan pengurus Suleiman Akhlaken juga menidakkan pendapat aku untuk menggunakan hantu galah supaya kedudukan pendahulu liga dapat dijolok dan ada dalam kalangan pengurus LCCSL bersetuju. Tapi pengurus VAYOH FC tetap dengan pendapat beliau yang sekarang zaman dah moden, hantu-hantu dan ilmu-ilmu tak boleh pakai (aku fikir betul sangat-sangat sebab pasukan Harimau Muda menang emas sukan SEA 2011 walaupun ada bomoh Indonesia di Stadium Bung Karno beraksi, hahahaha). Kemudian pasukan Payung Limbang menukar nama kepada Baka Ngumar (masa aku cari maksud nama ne... aku tersasul lak baca ne buku, try lah baca ye...bagus untuk mengasah minda) dan PPKI FC menukar nama kepada LoMpaT Adik LoMpAt seperti yang telah dilakukan oleh pengurus Sulaiman Akhlaken suatu masa dulu. Apakah mereka akan mendapat kedudukan yang lebih baik selepas ini? Sama-samalah kita nantikan pada perlawanan minggu yang ke 14 ini nanti melalui jadual perlawanan berikut:

Jadual perlawanan minggu ke-14 yang jelas memberi kelebihan
kepada pasukan seperti Arsenal, Liverpool, Man Utd, dan Man City.

Selepas mengaplikasikan strategi samba Brazil yang aku rasa memang bangang tahap Majin Buu dalam komik Dragon Ball, aku mengubah strategi mengikut logik komputer. Dengan jumlah perpindahan pemain sebanyak 15 dan kehilangan mata yang teruk, aku masih berkeras untuk tidak menggunakan 'Wild Card" kerana percaturan super komputer aku meletakkan kedudukan terbaik pemain disebabkan jadual perlawanan yang akan memihak kepada banyak pemain penyerang yang mLANau FC (aku terfikir nak ubah ejaan ne nanti) pilih terutamanya Defeo yang baru beraksi cemerlang pada perlawan minggu ke-13, Van Persie yang dianggap lebih hebat daripada Batman oleh penyokong Gunner (Batman & Robin = Lebih baik Robin Van Persie kan?) dan bintang muda Uruguay yang cemerlang diperingkat antarabangsa Luis Suarez (Betul ka dia ne Racist?) walaupun bagi pengurus Suleiman Akhlaken dan pengurus lain yang lebih terarah kepada Adebayor (budak gunner ne dulu beb) dan Demba Ba selaku penyerang Newcastle yang berada di prestasi terbaik dan harga murah (murah  macam pengurus VAYOH FC selaku cakap dan senang nak beli baru nanti). Berikut merupakan percaturan mLANau FC untuk perlawanan minggu ini:



Selepas lama tidak berada di depan komputer, aku terkejut dengan reka letak antara muka baru BPL dan FPL yang makin awesome ataupun boleh menjejaskan tumpuan pengurus LCCSL untuk mengatur pemain dan seterusnya mengubah kedudukan liga. Perubahan ini tidak menjejaskan percaturan mLANau FC untuk minggu ke-14 ini dan diharap pada perlawanan minggu ini, banyak perubahan dalam kedudukan LCCSL akan berlaku.

Muka Depan Baru BPL

Muka Depan Baru FPL

Nota:
1. Perubahan penting untuk terus bersaing
2. Semoga Samir Nasri akan diturunkan pada perlawan minggu ke-14 ini
3. Prediction Kepala Lutut:
~Arsenal 4  Wigan 2 (3 jaringan Van Persie dan 1 Alex Song)
~Liverpool 4  Fulham 1 (4 Jaringan Luis Suarez seperti perlawanan Uruguay vs Chile)
~Man City 1  Norwich 0 (Jaringan tidak sengaja Joe Hart macam ne ah)


Kampung Aku dan Warganya Yang Mengecapi Arus Pemodenan Negara

KLCC... Aku tak pernah sampai pun, maklumlah anak kampung
Persekutuan Tanah Melayu merdeka dalam tahun 1957, kemudiannya pembentukan Persekutuan Malaysia dalam tahun 1963 telah memberi ruang kepada Sarawak bumi kenyalang yang sememangnya antara negeri yang terbesar dalam persekutuan Malaysia mengecapi kemerdekaan secara aman walaupun terdapat sedikit penentangan daripada warga tempatan. Lupakan tentang penentangan, lupakan tentang kemerdekaan, lupakan tentang segalanya... Sarawak adalah negeri yang kaya dengan sumber dan aku akui pembahagian hasil negara adalah mengikut jumlah penduduk dan penduduk sarawak masih lagi sedikit berbanding kawasan Lembah Klang yang jauh lebih maju dan gah dengan bangunan pencakar langit. Tapi kenapa ada warga kampung aku masih jauh dari kemajuan ini? Kenpa? Kenapa? Tidak berpeluang untuk mengecapi kemajuan mahupun kesenangan dunia.

Mercu Tanda Kemegahan Bangsa Malaysia

Apa yang aku merapu ini, entahlah... bila tengok rumah yang dahulunya aku biasa lihat semasa sekolah tadika hampir 3 dekad yang lalu. Selepas merantau jauh hampir sedekad, aku rasa seperti terharu apabila melihat gambar ini, tak berubah langsung selepas 3 dekad dengan pembangunan dalam daerah aku semakin hari semakin menghilangkan identiti kampung yang pada satu ketika dahulu adalah sesuatu yang menjadi kemegahan warganya. Kampung aku yang jauh daripada hiruk pikuk kota memang sesuatu yang mendamaikan, tetapi gambar ini bukan mendamaikan, bukan menjijikkan, bukan mengharukan, bukan mengejutkan, bukan... bukan... bukannnnnnnnnnn. Kenapa aku tak boleh dapat istilah untuk gambar ini, fikiran aku kosong ka disebabkan terlalu sibuk dengan urusan dunia?

Sekadar Berkongsi Rasa dan Pandangan Kosong
Anak kampung Tian yang dibesarkan di kampung, apakah ada rasa dengan gambar ini? Aku bukan nak mengata, bukan nak menyalahkan sesiapa, bukan nak buang masa, bukan nak mengada-ngada. Aku pun pernah merasakan apa yang dimaksudkan dengan kesusahan dan keperitan hidup, aku bukan anak orang kaya tapi cukup untuk bekalan bonda mengecapi erti hidup di dunia. KECEWA... ya baru aku jumpa perkataan celaka yang aku rasa untuk gambar ini. Kenapa aku kecewa? Kenapa? Entahlah... aku tahu negara sudah jauh mengecapi arus pemodenan, hasil negara berbillion-billion dah... kenapa rumah ini masih sama seperti aku lihat 3 dekad yang lalu. Kenapa?

Rumah banglo macam ne banyak dijual di mudah, aku tak mampu nak beli.
Mungkin tunggu peruntukan macam kot nak buat rumah untukrumah kat
kampung aku... hahahahahahahahha

Nota Merapu:
1. PPRT merupakan antara usaha kerajaan untuk mengagihkan kemajuan demi semua lapisan masyarakat. Tak layakah isi rumah tersebut nak dapat PPRT?
2. Makluman rakan facebook, anak kepada pemilik rumah dah dapat PPRT, maknya rumah dah usang... tak payah PPRT, bantulah untuk membaiki rumah sedia ada... emmmm, aku tak mampu nak mengubah... iman yang lemah.


Friday, November 25, 2011

Aku dan Tugasan Semester 3 : Facebook Alat Untuk Meniru Semasa Peperiksaan

Para Pelakon Sedih Tak Dapat Balik Bercuti Sebab Ada Kelas
Masa semester 1 tahun 2010, tajuk assigment yang aku pilih untuk tugasan individu adalah berkaitan dengan kepentingan dan sumbangan rangkaian sosial yang menggunakan teknologi web 2.0 kepada pelajar sekolah. Pada masa tu rangkaian sosial yang aku bincangkan lebih berfokus kepada facebook, twitter, dan flickr. Tapi yang paling menonjol ialah facebook dan assignment untuk kursus lain pada semester 1 pada masa itu pun berkaitan dengan facebook. Malahan pada semester 2 lepas, banyak assignment yang berkaitan dengan facebook. Kemudian sementara aku sibuk buat proposal disertasi dan UMS sibuk dengan perjalanan Tamu Gadang sempena majlis konvokesyen kali ke-13, aku dan rakan-rakan akan sekali lagi mengikuti kuliah untuk semester 3 dengan rasa berat hati. Hahahahahahahaha... kenapa berat? Pertama, cohort kami dah dua kali terlibat dengan kuliah dan ramai tak berkesempatan untuk balik kampung bercuti dek penangan kuliah dan kesibukan semester 3. Malahan kami turut terlibat dengan kuliah semasa majlis konvokesyen UMS kali ke-12 yang lepas. Apa boleh buat, tinggal 2 semester termasuk semester ini sahaja lagi.

Kemudian sempena kelas dan pembentangan, sekali lagi kumpulan aku terlibat dalam aplikasi facebook ini. Aku pun dah rasa muak sebab asyik-asyik semua tugasan berkaitan dengan rangkaian sosial ne... jadi aku bagi gambaran tentang bagaimana pelajar boleh menipu semasa peperiksaan menggunakan aplikasi facebook ini melalui gambar kat sebelah. Malahan dalam kajian di Kanada oleh Sharples, Graber, dan Logan (2008), pelajar yang mahir dengan aplikasi rangkaian sosial boleh terlibat dengan penipuan dalam proses pembelajaran dan penilaian di sekolah. Bila difikirkan, kelajuan sambungan internet Kanada sepantas 7Mbps memang boleh menjadi pemangkin kepada permasalah tersebut berbanding kelajuan maksimum sambungan internet terkini di Malaysia sekitar 4Mbps dan liputan yang amat terhad... Kota Belud tempat aku sekarang ne pun hanya mampu 1Mbps dan kadangkala performance jatuh 50% yang menyebabkan ramai dalam kalangan kawan-kawan aku merungut bila online...hehehe - aku pun sama dan aku sering terfikir kenapa sambungan internet di Malaysia jauh ketinggalan? Sepatutnya sambungan internet kita sudah lebih laju kerana Malaysia adalah negara pertama menjalankan konsep Sekolah Bestari selepas Kanada memperkenalkan konsep tersebut dan sekarang Korea Selatan jadi negera no.1 dunia dalam konsep Sekolah Bestari. Apa yang mengejutkan? Korea Selatan menggunakan acuan asal yang diperolehi dari Malaysia dan kenapa Korea Selatan lebih berjaya? Sebab kelajuan sambungan internet kat sana adalah 44Mbps (laju siot) dan tidak mustahil di ceruk rantau paling mundur pun kelajuan 10Mbps.

Kemudian apa yang mengejutkan dari kajian Li (2006), Reid (2009), serta Sharples, Graber, dan Logan (2008), masalah pembuli cyber dalam kalangan pelajar di Kanada mencecah nisbah 1 daripada 4 pelajar adalah pembuli cyber...emmm masalah disiplin memang payah. Jadi aku yang bosan pun buatlah gambar macam kat bawah ne untuk pembentangan... harap-harap takda yang merajuk lak dengan gurauan ne... hehehehehehehe.

Sebahagian daripada slaid pembentangan untuk teknologi web 2.0 (Rangkaian Sosial Facebook - 26/11/11)

Memang aku tak nafikan kewujudan banyak permasalahan kesan daripada penggunaan rangkaian sosial facebook kerana jumlah pengguna adalah mencecah 500 juta di seluruh dunia dalam tahun 2011 dan 21 peratus adalah pelajar sekolah menengah, bayangkan jumlah tersebut. Dah lah facebook adalah paling diminati oleh rakyat Malaysia... tengoklah sehingg 25 Oktober 2011 ne di sini apabila facebook mengalahkan banyak laman web lain seperti google hatta hinggalah laman maybank Malaysia. Hahahahahahahaha... sebab ramai budak sekolah guna ne aku rasa.

Klik untuk sumber infografik


Nota:
1. Kelajuan sambungan internet berdasarkan data 2007, tengok sini
2. Tugasan paling sempoi pernah aku buat dalam 8 jam sebab buat + tgk tv (bola) + brfacebook + update blog.
3. Jangan ikut tips untuk meniru di atas.
4. 10 peratus daripada assignment + - edit jadi update entri blog..


Antara Bahan Rujukan Tugasan - Dari Sem 1 (wakakakakaka)

Peluchette, J. and Karl, K. (2008). Social Networking Profiles: An Examination of Student Attitudes Regarding Use and Appropriateness of Content. CyberPsychology & Behavior, 11 (6). Retrieved 31 July 2010, from EBSCOhost Research Databases.

Reid, K. (2009). The Rise of Social Networking Sites. Education Journal, 119. Retreived 15 August 2010, from EBSCOhost Research Database

Rozinah Jamaludin. (2009). Internet Dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Sharples, M., Graber, R., Harrison, C., and Logan, K. (2009). E-safety and Web 2.0 for Children aged 11-16. Journal of Computer Assisted Learning, 25. 70-84. Retrieved 15 August 2010, from EBSCOhost Research Databases.

Wednesday, November 23, 2011

Musim Banjir - Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Klik Untuk Sumber Gambar
Mengikut istilah geografi berdasarkan pemahaman aku, banjir merujuk kepada paras air sungai yang naik dan telah melimpah ke tebing sungai apabila sungai tidak mampu menampung kapasiti air yang memasukinya. Sumber air ini berpunca dari kawasan hulu yang mengalami hujan lebat dan menyebabkan limpahan air ke kawasan hilir sungai dan hujan lebat yang berlaku di kawasan yang mengalami banjir (hilir @ muara sungai). Pada penghujung tahun macam ne memang kerap berlaku banjir, malahan Thailand sekarang masih dilanda banjir antara yang teruk dalam sejarah negara. Banyak kereta toyota sangkut tak dapat dihantar ke Sabah Sarawak (hahahahahaha), harga hardisk naik RM90 walaupun kilang Western Digital ada kat penang.... buat aku panas. Kemudian negeri-negeri pantai Timur seperti Terangganu dan Kelantan sekarang sudah menampakkan tanda-tanda akan berlaku banjir sekali lagi. (aku heran, kenapa negara dah maju - terusan seperti terusan Wan Mat Saman di Kedah kerajaan tak dapat nak buat di kawasan yang kerap dilanda banjir, politik oh politik). Takkan lah takda cara nak selesaikan masalah banjir, dunia dah maju, teknologi dah sampai ke bulan.

Lupakan masalah negara, politik, dan sekeliling... musim banjir memang indah bagi aku sejak zaman kanak-kanak. Malahan ada rakan aku yang menyelam masa musim banjir ini tak timbul-timbul sampai sekarang (fuh power punya nafas). Layan gambar lama masa banjir di kampung aku... hahahahahahaaaaa:



Budak Kampung Aku Tak Pandai Begini Memang Kira Tahap Bangang

Nah... Pemandangan dari Udara Kampung Aku. Ada Ahli Group
Facebook Aku Upload... Tu Group Closer For Anak-Anak Kampung Sahaja

Nah... Jambatan Utama Yang Menghubungkan Kampung Aku.
Semua Sudut Kampung Aku dah Usha... Lepak Punya Pasal

Nota:
1. Kalau tak pandai pandai berenang... (member aku dan aku semua pandai berenang) hahahahaha... kena cop bangang masa zaman aku kanak-kanak



Motivasi "Tomato" dan Aku Langsung Tak Menikmati Masa Cuti

PHOTO BLIP.COM
Musim cuti sekolah seperti ini memang amat membosankan apabila tidak dapat balik kampung dan berjumpa dengan keluarga dan rakan-rakan sekampung yang sudah lama aku tinggalkan semenjak hari raya tahun 2011 ini. Kadangkala aku terfikir untuk berpindah balik dan bertugas di Bumi Kenyalang (tanah tumpah kelahiran sendiri) dan kebosanan apabila masa cuti di tempat sendiri, masa bekerja di tempat sendiri, dan tiada istilah balik kampung itulah yang sering menghalang aku untuk mengisi e-tukar guru. Bukan sekali dua aku berfikir untuk mengisi perpindahan antara negeri... berkali-kali, tetapi setiap kali terlintas untuk mengisinya, aku sering membatalkan hasrat kerana banyak lagi yang perlu aku capai dan menimba pengalaman di tempat orang. Sebab itu apabila aku melihat gambar disebelah, aku sering tersenyum memikirkan situasi tersebut. Hanya beberapa kerat sahaja yang memahami gambar itu dan memang aku akui hanya beberapa kerat sahaja masyarakat di daerah aku akan faham dengan terjemahannya disebabkan faktor usia dan gaya pemikiran yang berbeza-beza.

Hampir seminggu dah cuti sekolah berlalu, aku masih tidak dapat menyiapkan proposal yang bakal aku bentangkan dalam pengajian semester 3 ini dan barang yang aku kemas-kemas untuk berpindah rumah pun belum selesai. Banyak betul benda nak buat dalam tempoh yang singkat dan aku sendiri mengakui perkara ini apabila rakan-rakan sekelas sering mengeluh dengan kekangan masa dan beban tugasan yang masih mencengkam walaupun cuti sekolah sudah bermula. Memang aku memasang tekad untuk meneruskan pengajian tanpa menangguh walaupun apa sahaja yang bakal menimpa, oleh sebab itu gambar di atas memang memberi motivasi yang tinggi untuk aku meneruskan usaha dan berharap menjelang tahun 2013, aku akan melepaskan beban dan tanggungjawab di sekolah tanpa menjejaskan mana-mana pihak. Memang sukar untuk mengerti dan menyerap tekanan di tempat orang, segala-galanya berbeza dan perbezaan itulah yang membentuk perkembangan dan motivasi diri sesiapa. Kadangkala masa cuti sekolah seperti ini aku rasakan seperti lebih sibuk daripada semasa sesi persekolahan kerana inilah kali pertama cuti sekolah aku harungi dengan kesibukan belajar sendiri. Tapi memang masa belajar adalah yang paling menyeronokan... tak dapat ditandingi oleh zaman kita membentuk dan mengukuhkan kerjaya...



Tuesday, November 22, 2011

Aku dan Karektor : Uji Minda Anda

Selepas melayari banyak laman blog antarabangsa... aku terjumpa gambar ne yang menarik minat aku untuk berkongsi. Cuba cari 4 perkataan yang anda nampak... mungkin betul perkataan tersebut boleh menjelaskan karekter individu yang melihat gambar ini... entahlah. Tapi bagus untuk digunakan dalam usha menajamkan akal dan pemikiran kanak-kanak ne.


PHOTO BLIP.COM


Nota:
Aku jumpa perkataan caring, dramatic, secure, dan full... anda bagaimana?




Malaysia Menang Bola Sepak Sukan SEA 2011

Klik Untuk Sumber Gambar
Saat yang sungguh mendebarkan apabila perlawanan bola sepak sukan SEA ditentukan melalui tendangan penalti. Memang tidak dinafikan kemahiran pasukan Malaysia aku lihat terlalu rendah jika dibandingkan dengan pasukan Indonesia... tapi lumrah manusia, sokongan berbentuk nepotisme (termasuk negara ne) adalah lumrah. Malahan aku lepak bersama rakan-rakan menjerit2 sampai sakit tekak dan aku rasakan permainan yang berat sebelah akhirnya dimenangi oleh pasukan Harimau Muda. Rasa seperti terlepas semua beban dan masalah sekejap apabila sama-sama menjerit walaupun semua tahu bukannya pemain di Stadium Gelora Bung Karno dengar. Hahahhahahahahahaha... tapi ikhlas cakap, skill individu pemain Indonesia memang superb berbanding pemain Malaysia dan semangat berpasukan Malaysia lebih menonjol hingga membawa kemenangan. TAHNIAH!!! TAHNIAH!!! Pasukan Harimau Muda walaupun pemain Indonesia lebih berkualiti... Malaysia menang melalui tendangan penalti selepas terikat 1 sama hingga ke masa tambahan.

Nota:
1. Macam tak percaya dengan kejayaan yang diperolehi oleh pasukan Harimau Muda.
2. Semua pelanggan tunggu sehingga ke majlis penyampaian pingat dan sama-sama menyanyi lagu negaraku.
3. Ramai penyokong Indonesia menangis dan balik sejurus keputusan diperolehi.
4. Pengadil dari Jepun bijak memanipulasi keadaan... tahniah, bimbang juga aku kalau penyokong Indonesia serbu padang (EMO)

Sunday, November 20, 2011

Ledakan Teknologi Web 2.0

Ledakan Teknologi Web 2.0 - Platform Rangkaian Sosial Hari Ini
Ledakan teknologi web 2.0 yang membawa bersama-samanya platform rangkaian sosial seperti twitter, facebook, youtube, friendster (ada lagi ka ne? ntah...malas mau check), hai 5, dan banyak lagi sampai tak terkira kerana banyak perisian terkini yang boleh membangunkan rangkaian sosial seperti facebook. Contohnya Jcow yang baru melancarkan versi 6.0 merupakan antara perisian berbayar yang boleh digunakan untuk membangunkan rangkaian sosial sendiri seperti salingsapa.com yang pernah menjadi pertikaian di laman blog beberapa ketika dahulu.

Tadi aku plan ingin keluar lepak tengok perlawanan yang paling dinantikan oleh geng-geng LCCSL pada malam ini... iaitu perlawanan minggu ke-13 BPL antara Chelsea dan Liverpool di Stamford Bridge, tetapi perlawanan "Super Sunday" hanya akan bermula sekitar 11 malam nanti. Setiap malam walaupun bukan musim cuti sekolah seperti ini, aku suka lepak di luar dan akan balik menjelang subuh nanti... hahahahahahaha, gaya tak berubah semenjak zaman sekolah menengah. Sebenarnya aku tertarik dengan ucapan PM dalam buletin utama (aku tak suka langsung ne buletin utama dan takda apa yang telus sangat) sekejap tadi tentang taktik BN nak lantik calon yang mempunyai performance yang tinggi dalam penglibatan termasuk terkenal di laman sosial. Erkkk... setahu aku 100% ahli politik Malaysia ialah "Digital Immigrant" termasuklah siapa-siapa yang lahir sebelum tahun 1990-an. Memang lah penting untuk ahli politik mengekalkan kredibiliti dan keterkenalan melalui jaringan sosial... tapi macam aku rasa dah ketinggalan lak dasar tu. Apa boleh buat, aku bukannya suka politik dan memang aku tak nafikan golongan "Digital Immigrant' ada juga yang pakar dalam bidang ICT. Lagipun antara prinsip utama teknologi ini ialah perkongsian ilmu... jadi perkongsian amat penting untuk mengukuhkan kedudukan politik dalam kalangan anak-anak muda. Kalau kat Malaysia... memang rangkaian facebook menduduki ranking tertinggi dalam kalangan pengguna web 2.0 dan aku rasa kesan daripada facebook terhadap rakyat Malaysia memang meliputi semua aspek. Lepas ini, semua ahli politik akan pakat-pakat buka blog, facebook, dan twitter... hahahahahahahhahaha

Nota:
1. Ledakan web 1.0 ke 2.0 membawa 4 platform penting dan yang paling super saiya ialah rangkaian sosial.
2. Teringat aku dengan assignment pertama untuk kursus pendidikan berasaskan rekabentuk web dan multimedia.
3. Facebook paling tak laku di Jepun walaupun facebook ada versi bahasa Jepun kenapa? Fikirkan sendiri
4. Aku nak keluar makan... Suarez skor 3 dan enrique 2, tapi chelsea memang 6 - 5... hahahaha Arsenal Juara Liga...

Talian Internet Pada Ketinggian 4000 Meter Dari Aras Laut

Semasa cuti hujung minggu ini aku rasa bosan kerana kelas dibatalkan, ada rakan aku yang sibuk mendaki Gunung Kinabalu dan aku yang tak dapat ikut perancangan tersebut kerana kekangan jadual kuliah terpaksa duduk bosan mengadap komputer dan kelas mengikut jadual asal dibatalkan kerana masa pensyarah tidak diambil kira oleh pembuat jadual. Kadangkala terfikir kenapa jadual tak mementingkan masa pensyarah kalau tiada pensyarah takkan la pihak universiti nak turun mengajar : mode buat aku bengang bila benda mudah jadi susah dan pensyarah nak cover sampai 2 kelas sehari memang tak boleh sebab mereka pun memerlukan masa rehat:bukan mesin:kelas dari jam 8am - 5pm. 


Semasa aku mula mendaki Gunung Kinabalu hampir sedekad lalu, talian internet seperti belum sampai ke puncak dan talian telefon bimbit belum mendapat liputan penuh. Apa lagi sekitar tahun 1990-an dan semasa cuaca kurang mengizinkan, keadaan akan menjadi lebih sukar untuk perkhidmatan telefon bimbit. Pada hari ini, perkembangan dalam bidang telekomunikasi negara telah memberi peluang kepada kita untuk berkomunikasi tanpa mengira jarak dan lokasi seperti yang berlaku sebelum aku menaip entri ini. Gambar disebelah adalah print screen di akaun facebook aku dan founder LCCSL telah menjadi orang pertama menyampaikan berita dari Laban Rata.

Pada hari rakan-rakan aku mendaki Gunung Kinabalu hari ini (19 November 2011), belum sampai lewat petang, salah seorang rakan aku dah sibuk berfacebook dari kawasan rehat sebelum mendaki ke puncak pada pukul 2.00 pagi 20 November. Malahan beliau sempat mengambil kisah pasal LCCSL (Fantasy Football) kerana mata pasukan beliau hanya 12 pada hari pertama perlawanan minggu ke-12 (hahahahahaha mata 12 : 12 kali perlawanan BPL). Gambar di atas jelas menunjukkan kerunsingan beliau dengan prestasi pasukan fantasynya. Tetapi apabila aku terkenang balik misi aku menawan puncak Gunung Kinabalu hampir sedekad lalu, takda yang menarik berlaku... macam biasa, aku bangun 8 pagi semasa rakan-rakan turun dari puncak ke kawasan rehat Laban Rata... emmmmm, aku akui... syok tu tido sejuk dalam selimut, malas nak bangun 2 pagi untuk mendaki ke puncak gunung tertinggi di Malaysia... Kalau ada masa aku akan tunaikan misi ini nanti!

Nota:
1. Aku sempat wakilkan kepada rakan terbabit untuk sampai ke puncak... selesai misi aku
2. Sedikit maklumat tentang Gunung Kinabalu di sini



Bahan Pembentangan Keselamatan ICT di Sekolah

KESELAMATAN ICT DI SEKOLAH
(SK Rangalau Kota Belud)

Oleh

Junaidi Mohamed - PT20107040C
Roy Bonie Bernard - PT20107045C



1.0    PENDAHULUAN
Selepas konsep sekolah bestari diperkenalkan, keperluan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai antara pemangkin utama dalam mengukuhkan perkembangan sekolah semakin menjadi agenda penting. Secara langsung, menjelang awal abad ke-20 penggunaan teknologi berasaskan ICT di sekolah-sekolah semakin menjadi pemangkin penting kepada pembentukan modal insan yang berketerampilan dan mampu bersaing dalam arena global selaras dengan perkembangan teknologi ICT yang semakin pesat. Sekiranya perkembangan dalam aspek ICT sebagai pemangkin ini dapat diperkasaskan, sistem pendidikan negara akan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Walau bagaimanapun, isu keselamatan ICT di sekolah-sekolah perlu dijadikan sebagai satu aspek penting yang perlu ditangani dengan cara yang berkesan. Ini adalah sebagai satu entiti penting dalam proses memperkasakan aspek ICT di sekolah melalui usaha meningkatkan kompetensi guru dan warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terhadap penggunaan ICT untuk keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Sekiranya aspek yang berkaitan dengan keselamatan ICT tidak dianggap penting, usaha KPM melalui pembinaan makmal pengkomputeran dan penyediaan rangkaian jalur lebar di sekolah-sekolah akan gagal melahirkan golongan pelajar yang menepati kriteria modal insan yang diimpikan oleh rakyat Malaysia. Pembinaan infrastruktur ini hanya akan menjadi satu pemangkin dalam memperkasakan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah tanpa mampu membentuk jatidiri yang bermakna dalam kalangan pelajar.

Keselamatan ICT di sekolah perlu diberi keutamaan sebagai asas penting membangunkan infrastruktur dan kemudahan ICT di sekolah. Ini dapat mewujudkan satu proses pembentukan modal insan yang berguna dan mampu bersaing dengan cara yang sihat. Konsep keselamatan ICT ini perlu diketahui oleh seluruh warga KPM secara khususnya dalam kalangan para guru yang berhadapan terus dengan golongan pelajar. Ini kerana golongan pelajar pada hari ini adalah golongan “Natif Digital” berbanding warga KPM yang majoritinya adalah golongan “Digital Immigrant”.

2.0    KESELAMATAN DAN ANCAMAN ICT
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) merupakan agensi pusat yang bertanggungjawab terhadap keselamatan ICT kerajaan di Malaysia. Malahan isu keselamatan ICT menjadi agenda penting MAMPU apabila Pekeliling Am Bilangan 3/2000 telah dikeluarkan pada 1 Oktober 2000. Pekeliling ini telah menjadi asas kepada pembangunan dasar keselamatan ICT sektor-sektor awam di Malaysia termasuklah Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertanggungjawab terhadap isu keselamatan ICT di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun, pekeliling-pekeliling khusus yang dikeluarkan oleh KPM seterusnya menjadi panduan sekolah-sekolah untuk mengurus tadbir keselamatan ICT di peringkat sekolah.

2.1    Kemudahan ICT di Sekolah
Sekolah Kebangsaan Rangalau, Kota Belud yang ditubuhkan dalam tahun 1965 merupakan antara sekolah kawasan luar bandar yang turut menerima limpahan kemajuan ICT negara walaupun berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM). Dengan kemudahan infrastruktur yang terbatas, pihak sekolah telah berjaya membangunkan sebuah bilik darjah sebagai bilik ICT yang mampu diakses oleh guru dan para pelajar. Bilik ICT yang terdiri daripada 9 buah komputer meja (desktop) dan 7 buah komputer riba (laptop) untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran dan urusan mengurus tadbir sekolah.
                 

Gambar 2.1 : Bangunan Sekolah           Gambar 2.2 : Makmal Sekolah
Makmal komputer yang diwujudkan melalui inisiatif pihak sekolah ini memberi kemudahan kepada para guru dan pelajar untuk mendapatkan akses internet. Walau bagaimanapun, konsep keselamatan ICT turut menjadi kriteria utama sebagai pemangkin kepada perkembangan kompentesi para guru dan pelajar supaya tidak ketinggalan dalam arus perkembangan sistem pendidikan negara yang semakin diwarnai dengan perkembangan teknologi komputer dan akses internet.

2.2    Keselamatan dan Ancaman ICT 
Secara umumnya isu keselamatan ICT di sekolah meliputi beberapa aspek yang perlu diberi penekanan dalam usaha mengurus tadbir makmal komputer dan kemudahan ICT. Antara aspek-aspek yang berkaitan dengan keselamatan ini ialah tanggungjawab, keselamatan fizikal, keselamatan sistem, dan keselamatan data ICT. Setiap aspek ini saling berhubung kait antara satu sama lain dan kerjasama daripada semua warga sekolah amat penting bagi menjamin keselamatan ICT dapat dipertingkatkan.

Sebagai sebuah organisasi, semua warga sekolah mempunyai tanggungjawab dan integriti terhadap keselamatan ICT sekolah. Pihak pentadbir, para guru, kakitangan sokongan dan seterusnya pelajar perlu diberi kesedaran tentang tanggungjawab dan peranan mereka mengawasi dan menjaga peralatan ICT yang dibekalkan kepada pihak sekolah. Oleh yang demikian, usaha mengurus aspek keselamatan dan ancaman fizikal ICT dapat dipertingkatkan dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkan konflik dalaman. Guru yang menjadi penyelaras makmal komputer bertanggungjawab mengawal dan mengurus jadual penggunaan makmal serta memantau kerosakan yang berlaku terhadap perlatan komputer yang dibekalkan. Malahan dengan kesedaran tentang tanggungjawab dan integriti, para guru, pelajar dan kakitangan sekolah akan berusaha menggunakan peralatan makmal secara berhemah. 

Seterusnya, keselamatan sistem turut berkait rapat dan ramai dalam kalangan pengguna ICT kurang mengambil berat dalam isu ini. Keadaan ini adalah disebabkan warga sekolah yang kurang terdedah dengan pengguna ICT di samping kemudahan infrastruktur sekolah yang masih terhad. Akhir sekali, ancaman terhadap keselamatan data juga merupakan antara aspek penting yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya dalam usaha mengurus dan mentadbir kemudahan ICT di sekolah.

   
2.3    Ancaman ICT di Sekolah Kebangsaan Rangalau
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, kemudahan ICT Sekolah Kebangsaan Rangalau adalah terhad dan masih mempunyai pelbagai kekurangan jika dibandingkan dengan kewujudan makmal-makmal komputer yang lebih canggih dan kompleks khususnya di sekolah-sekolah kawasan bandar. Walau bagaimanapun, jadual berikut menunjukkan wujudnya isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan ancaman ICT terhadap kemudahan makmal komputer SK Rangalau, Kota Belud: 

2.3.1    Ancaman Berbentuk Fizikal
Ancaman berbentuk fizikal merupakan antara aspek yang sukar untuk diatasi secara keseluruhannya kerana ia bergantung kepada kemudahan psarana yang ada di sekolah. Secara khususnya ancaman fizikal yang wujud di makmal ICT SK Rangalau adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2.1 berikut:

Jadual 2.1 : Ancaman ICT Berbentuk Fizikal Terhadap Makmal Komputer SK Rangalau
Bil.
Jenis-Jenis Ancaman
Faktor Berlaku
Bagaimana Berlaku
Langkah Mengatasi
01
Kecurian / rompakan
Makmal Tidak dipasang jeriji besi
Pecah masuk orang luar
Pasang Jeriji Besi
02
Kecurian oleh pelajar
Kurang kawalan
Pelajar mencuri mouse, keyboard, speaker
Peraturan makmal diselaraskan dengan disiplin sekolah
03
Panas
Cahaya matahari
Masa panas pagi
Pasang tabir yang lebih tebal
04
Air Hujan
Bumbung lama
Tempias masa hujan lebat
Baiki bumbung dan dindin
05
Kerosakan peralatan elektrik
Sistem pendawaian yang lama
Sukar diagak (litar pintas)
Membuat penyelenggaraan pendawaian
06
Kebakaran
Sistem pendawaian yang lama
Sukar diagak (litar pintas)
Membuat penyelenggaraan pendawaian
07
Kerosakan peralatan komputer
Kurang penyelenggaraan
Peralatan lama
Baik pulih (pembelian baru)
08
Vandalisme
Sikap dan kurang kawalan
Naluri semulajadi manusia
Urusan disiplin diperketatkan
09
Serangan binatang
Kebersihan
Tikus dan lipas merosakkan pendawaian dan litar. Burung bersarang
Penggunaan racun, ganti perabot, jaring dipasang
10
Proses penyimpanan / inventori
Perubahan guru penyelaras
Rekod tidak dikemaskini
Rekod dan sistem dipantau oleh pentadbir / pentadbir terlibat dalam inventori


2.3.2    Ancaman Terhadap Sistem Komputer
Terdapat 16 buah komputer di makmal SK Rangalau dan sistem operasi microsoft window XP digunakan. Ancaman terhadap keselamatan sistem komputer yang wujud di makmal ICT SK Rangalau adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2.1 berikut:

Jadual 2.2 : Ancaman Terhadap Sistem Komputer di Makmal Komputer SK Rangalau
Bil.
Jenis-Jenis Ancaman
Faktor Berlaku
Bagaimana Berlaku
Langkah Mengatasi
01
Serangan Virus
Masalah perisian
antivirus
Serangan terhadap fail operasi window
Perisian antivirus yang aktif dan dikemaskini
02
Scam
Pengetahuan
Firewall Window
Antivirus
Chatroom, email, social networking
Peraturan penggunaan internet diwujudkan
03
Pishing
Pengetahuan
Firewall Window
Antivirus
Chatroom, email, social networking
Peraturan penggunaan internet diwujudkan
 04
Ancaman Pencerobohan (Hack Threat)
Kecuaian guru (email) dan pelajar bermain permainan dalam talian / pengetahuan
Email dan permainan dalam talian
Firewall window diaktifkan (penyelenggaraan)

2.3.3    Ancaman Terhadap Keselamatan Data
Keselamatan data-data yang disimpan dalam komputer perlu dijaga kerahsiaannya bagi mengelak berlakunya pencerobohan terhadap data-data peribadi guru dan kewangan sekolah daripada pihak luar. Ancaman terhadap keselamatan data yang wujud di makmal ICT SK Rangalau adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2.3 berikut:

Jadual 2.3 : Ancaman Terhadap Keselamatan Data Makmal Komputer SK Rangalau
Bil.
Jenis-Jenis Ancaman
Faktor Berlaku
Bagaimana Berlaku
Langkah Mengatasi
01
Kecurian Data
Penyimpanan yang mudah dikesan (folder di dekstop)
Tidak peka dengan isu keselamatan / terancang dan tidak terancang
Password untuk setiap komputer
02
Gangguan
(harassment)
Pengetahuan dan kemahiran yang sedikit
Penghantaran email, gambar, video berbentuk ugutan
Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan
03
Kehilangan data
Serangan Virus, OS (format)
fail
Sistem backup yang kemaskini
04
Kerosakan data
Serangan virus
“Bulubebek”
“TrojanHorse”
Serangan terhadap fail khas (words, power point, dll)
Kemaskini antivirus
05
Kerosakan perkakasan komputer
Litar pintas / masalah bekalan elektrik
Perkakasan rosak
Backup data secara berjadual untuk data penting

3.0    PROSES PENYELENGGARAAN BILIK ICT
Pentadbir dan penyelaras ICT sekolah bertanggungjawab untuk menubuh, mengurus dan melaksana dan mengekalkan keselamatan bilik ICT di sekolah menurut Perintah Am Kerajaan Malaysia. Juruteknik komputer perlu dihantar juga kesekolah rendah dan guru-guru didedahkan dengan konsep keselamatan ICT. 

4.0    PENUTUP
Dalam usaha untuk mengurus tadbir makmal komputer sekolah, kerjasama daripada semua warga sekolah berkenaan adalah amat penting. Kesedaran tentang tanggungjawab dan integriti dalam diri setiap individu mampu untuk meningkatkan tahap keselamatan kemudahan ICT sekolah. Peranan seorang penyelaras ICT untuk memastikan pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan ICT secara beretika boleh dikongsi bersama-sama dengan warga sekolah. Ini kerana sekolah semakin hari semakin bergantung kepada kemudahan dan keperluan yang berasaskan teknologi khususnya ICT untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran dalam memperkasakan sekolah. Oleh yang demikian usaha mengatasi ancaman terhadap kemudahan ICT sekolah amat penting supaya sekolah dapat bersaing dan mengekalkan prestasi semasa demi kebaikan golongan pelajar dan warga sekolah.




6.0    RUJUKAN
Hamirul’ Aini Hambali dan Hazaruddin Harun. (2002). Sistem Penapisan untuk Mengatasi Ancaman Internet dalam Pendidikan. Dibentangkan dalam SeminarTeknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL 2002. Kedah :Universiti Utara Malaysia. Muat turun atas talian pada 13 November 2011 dihttp://www.ipbl.edu.my/Bm/penyelidikan/2002/hamirul.PDF 

Jabatan Perdana Menteri Malaysia. (2000). Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000:Rangka Dasar Keselematan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan. KualaLumpur: MAMPU. Muat turun atas talian pada 10 November 2011 dihttp://gcert.mampu.gov.my/SPA_bil3_2000.pdf

Mustapha Haji Mat. (2009). Menangani Jenayah Siber Melalui Pendekatan Audit danKeberkesanannya. Putrajaya: Unit Keselamatan Data Sektor Awam, MAMPU.Muat turun atas talian pada 13 November 2011 di http://apps.intan.my/psimr/vol3no2/Menangani%20Jenayah%20Siber.pdf

Pusat Keselamatan dan Tindakbalas Kecemasan ICT Kebangsaan (NISER). (2003). Ancaman Siber: Mitos atau Realiti. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia. Muat turunatas talian pada 13 November 2011 dihttp://www.cybersecurity.my/data/content_files/13/130.pdf

Sektor Perkhidmatan ICT. (2007). Buku Panduan Pengurusan Keselamatan ICT. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. DiMuat turun atas talian pada 10 November 2011 dihttp://www.box.com/shared/1fz88sxojgqz7lqtatpi


Nota: 
1. Ini adalah bahan pembentangan pada 18 November 2011 (edited sikit) bersama rakan
2. Share...Copy + Paste + Edit = Enjoy, semoga bahan bermanfaat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...