Sunday, October 30, 2011

Perlawanan Penuh Dramatik Arsenal di Stamford Bridge

Hujung minggu yang amat sibuk dengan tugasan dan assignment yang masih berlambak dan aku pening nak habiskan semuanya sekali serentak dan hampir setiap tugasan tu siap 40 % sahaja. Aku masih pening dengan dan apabila berpindah ke sekolah baru yang beban tugas berkurangan, fokus aku pun berkurangan dan seperti yang aku jelaskan kepada pensyarah semasa semester 1 apabila ditanya faktor utama sambung belajar, jawapan aku mudah sahaja... kalau aku tak sambung belajar ne, aku boleh gila sebab tekanan dengan beban tugas di sekolah yang jauh lebih berat daripada sekolah-sekolah disekitarnya di samping aku bukan minta pindah ke sana ("dipindahkan"). Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana SMK Pekan Kota Belud II, Kota Belud banyak mengajar aku tentang pelbagai aspek hitam putih arena pendidikan negara di samping kerana bertugas di sana jugalah aku berada dalam semester 3 pengajian pascasiswazah pada hari ini.

Keputusan Penuh Perlawanan di Stamford Bridge pada 291011
Hujung minggu aku memang diwarnai dengan perlawan langsung bola sepak BPL apabila melibatkan perlawanan pasukan Gunner semenjak di bangku sekolah lagi. Bayangkan semasa tingkatan 6, ramai dalam kalangan kami pelajar asrama akan panjat syiling bangunan untuk masuk ke pusat sumber sekolah semata-mata menyaksikan perlawanan yang melibatkan gunner dan ia menjadi rahsia antara kami penyokong tegar di SMK Meradong sekitar tahun 1990-an dahulu. Tak kisah lah kalau gunner kena belasah ataupun berada di kedudukan yang kurang memberangsangkan di takhta BPL di samping perubahan pemain sejak tahun 1990-an dahulu, aku terus memberi sokongan. Selepas kemenangan yang penuh dramatik malam tadi, banyak yang berlaku secara relatifnya kerana Chelsea semakin sukar untuk menyaingi pendahulu dan Gunner kembali ke prestasi yang memuaskan penyakong fanatiknya. Bukan aku nak ulas perlawanan atau pretasi kedua-dua pasukan, tetapi aku sahaja nak provok rakan-rakan rapat aku yang menjadi penyokong tegar "The Blues" yang sama-sama menerima kekalahan tanpa ada keraguan. Cukuplah gambar di atas untuk menunjukkan perlawanan malam tadi...

Kemudian di sebelah adalah gambar pasukan Fantasy Premier League aku yang sudah mengumpul 46 mata pada minggu ini walaupun kedudukan di tangga ke 3 paling bawah Liga Cakoi Cuai SMK Lawas anjuran rakan aku si Cikgu Fadhil yang memang kaki bola dan penyokong tegar Liverpool. Korang boleh add akaun facebook beliau di nama yang aku sertakan link kat atas tu dan boleh juga baca blog menarik tentang beliau di adikpekan.blogspot.com. Beliau adalah pemain bola sepak aktif di samping komentatr tegar di Group Liga Cakoi Cuai kami dengan kadar post berbelas-belas kali seminggu. hehehehehe! Padhil... betul ka ne? Pada perlawanan minggu ke 10 ini aku harap pasukan aku akan naik disebabkan prestasi Van Persie dan Luis Suarez yang amat mengancam. Sehingga post ini dibuat ada 4 pemain aku belum mendapat mata perlawanan dan aku yakin boleh naik satu anak tangga... hahahaha



Saturday, October 29, 2011

Aku dan Tamu Besar Kota Belud

Masyarakat bumiputera di Malaysia memang tidak boleh lari dari aspek ekonomi melalui perniagaan dan ia dibuktikan melalui kronologi sejarah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah era pasca kolonial pada hari ini. Tengoklah pada hujung-hujung minggu apabila tamu minggu diadakan di sesetengah daerah walaupun kadangkala diadakan pada hari lain seperti hari selasa di Pekan Kiulu iaitu pekan yang hanya 0.2 km sahaja dari sekolah tempat aku bertugas. Semenjak aku menjejakkan kaki di Negeri di Bawah Bayu pada tahun 1994 (masa tu aku ikut majlis pertukaran pelajar anjuran Kementerian Pelajaran + Kementerian Perpaduan + MAS) hinggalah tahun 2011 ini, hanya sekali aku datang dan menyelusuri suasana sambutan Tamu Besar Kota Belud ini dengan erti kata yang sebenarnya. Ia berlaku dalam tahun pertama pengajian aku di Universiti Malaysia Sabah, aku datang ke Kota Belud bersama-sama rakan sekolej datang pada pukul 8 pagi dan kami hanya balik ke kolej sekitar pukul 5 petang. Kenangan yang tak dapat dilupakan ialah aku dan seorang member tertido di tepi padang dalam kelompok kami pelajar UMS sekitar 8 orang sampai tak dapat nak menyaksikan pertandingan lumba kerbau... hahahahaha! (memang kaki tido, kat tepi padang bola di dalam keriuhan suasana Tamu Besar Kota Belud tu pun sempat lena).

Takda gambar yang dapat aku simpan pada tahun kali pertama dan terakhir aku datang ke Tamu Besar Kota Belud dan apabila aku datang untuk kali kedua sebagai seorang pendidik pada tahun 2003 di SMK Narinang, Kota Belud... aku tak pernah datang atau singgah lagi ke acara tahunan yang dianggap gah di Negeri di Bawah Bayu ini hingga masuk ke kalendar utama Pelancongan Sabah. Kenapa aku tak pernah datang lagi? Sebenarnya acara tahunan ini memang meriah dan kadangkala masalah kesesakan jalan raya di sekitar Pekan Kota Belud akan berlaku setiap tahun semasa acara ini berlangsung... sesak sehingga berjam-jam dan orang datang seawal pukul 4 pagi (maklumat yang aku dengar je la) untuk menghadiri acara tahunan ini. Pelancong datang dari segenap ceruk rantau hinggalah pelancong dari negara luar pun singgah kecuali aku yang duduk bertugas di Kota Belud Hampir 8 tahun tak pernah-pernah singgah. Hahahahahaha... aku malas kalau bersesak-sesak dalam keompok manusia yang ramai seperti masa musim Tamu Besar ini sebenarnya dan aku malas nak tengok karenah anak-anak muda belia yang kadangkala tak masuk akal aku. Jadi sempena memperingati tahun ke 10 aku tak singgah di Tamu Besar ini walaupun bertugas di Kota Belud, aku buat post kali ini bersumberkan bahan-bahan dari blog lain yang boleh dilayari oleh pembaca.

Click Untuk Sumber Tentang Gambar
Nah kat sebelah tu adalah gambar biasa yang akan diihat dan ramai dalam kalangan persatuan-persatuan di Kota Belud terutamanya persatuan yang berasaskan kebudayaan akan melibatkan diri. Dalam gambar adalah pemakaian tradisi masyarakat Irranum di Kota Belud dan kalau di google untuk mencari imej dengan kata kunci Tamu Besar Kota Belud, banyak gambar-gambar begini akan dijumpai. Walau bagaimanapun, masyarakat Irranum boleh dikatakan sebagai antara suku yang kurang jumlahnya berbanding populasi masyarakat Bajau dan Dusun di Daerah Kota Belud ini. Semasa tahun pertama pengajian aku di universiti, aku ada membuat kajian kes tentang budaya masyarakat Irranum di Kota Belud untuk kursus Lukisan dan Catan. Sayangnya, kajian kes tersebut aku tak tahu di mana kesudahannya selepas dihantar kepada pensyarah dan banyak bahan yang aku perolehi melalui kajian perpustakaan di samping mengambil gambar dan temubual secara tidak langsung dengan rakan-rakan yang berbangsa Irranum di Kolej. Malahan disebabkan tugasan ini jugalah aku datang menyaksikan acara Tamu Besar seperti yang aku jelaskan sebelum ini. Walau bagaimanapun, disebabkan tidak memiliki komputer sendiri dan data-data yang disimpan dalam cakera liut (Disket) sahaja pada masa itu, kajian aku tu hilang begitu sahaja dari simpanan (rasa rugi sangat-sangat apabila terkenangkan balik).

Tamu Besar Kota Belud memang aku akui banyak pemandangan indah dan menarik yang boleh dirakamkan oleh peminat fotografi dan kalau ikut perancangan awal aku hendak turun dan shoot beberapa gambar. Tetapi selepas membuat pertimbangan, aku pilih untuk tidak turun ke Pekan Kota Belud dan mengambil keputusan meneruskan usaha aku menyiapkan tugasan dan gambar tentang Tamu Besar untuk entri blog aku ne boleh diperolehi dari blog-blog lain selagi aku memberikan kredit kepada pemiliknya. Jadi layan gambar-gambar yang aku dapat dibawah ini:

Click Untuk Sumber Tentang Gambar


Pemandangan yang wajib dan hanya dapat dilihat semasa temasya tahunan Tamu Besar dan kerana kemahiran menunggang kuda inilah masyarakat Kota Belud mendapat jolokan "Koboi of Borneo". Apa yang aku ketahui ialah majoriti daripada penunggang kuda ini adalah berketurunan Bajau dan hanya segelintir masyarakat Irranun. Tetapi aku tak berani juga nak menyatakan tidak ada bangsa lain seperti Dusun dalam acara tunggangan kuda ini disebabkan bukan dapat cam pun semasa majlis tunggangan kuda beramai-ramai ini. Cuma ramai anak-anak muda yang jadi jokie lumba kuda di Kota Kinabalu sahaja yang menyedihkan aku kesan daripada kemahiran ini.


Click Untuk Sumber Tentang Gambar
Kemudian... gambar yang kadangkala akan di lihat semasa hari tamu biasa di beberapa kawasan tamu mingguan di Kota Belud ialah tentang kraftangan masyarakat tempatan ini. Penglibatan hampir semua masyarakat tempatan dapat dijelaskan melalui gambar ini kerana ianya dihasilakan secara relatifnya oleh golongan dewasa dan orang-orang tua di kawasan kampung. Apa yang masih menggusarkan aku sehingga ke hari ini ialah produk kraftangan masyarakat tempatan di Sabah kurang mendapat sambutan berbanding produk kraftangan buatan masyarakat Filipina yang berhijrah dan mendapat perlindungan suaka politik di Sabah. Maklumat tentang kraftangan masyarakat pendatang ini yang lebih mewarnai perkembangan hasil kraftangan negeri di Bawah Bayu.


Click Untuk Sumber Tentang Gambar
Kemudian gambar terkahir ini memang sesuatu yang unik dan menarik di daerah Kota Belud. Walau bagaimanapun, semasa Tamu Besar inilah medan pembuat parang bajau untuk mendapatkan hasil jualan yang lumayan kerana ramai pelancong asing datang dan ingin mendapatkan buah tangan dan cenderamata untuk kenang-kenangan mereka. Pelancong dari Negara Brunei adalah antara peminat tegar parang bajau ini dan mereka mudah untuk mendapat parang terbaik disebabkan nilai matawang semasa yang meletakkan kuasa beli mereka adalah jauh lebih tinggi berbanding kuasa beli pelancong-pelancong tempatan. Walau bagaimanapun, konsep utama parang bajau ini adalah untuk hiasan, jadi kalau inginkan kriteria tambahan untuk peminat parang macam aku, bolehlah melayari laman blog rakan aku yang menjual parang bajau yang bermutu di Blog Cikgu Helmi. Apa yang aku ingin tekankan ialah beliau pun peminat parang juga dan korang boleh membuat tempahan terus melalui blog beliau tersebut. Parang yang dijual adalah bermutu dan beliau sendiri berurusan dengan pembuat parang bajau yang berpengalaman di Kampung Siasai Kota Belud... (promosi blog kawan sekejap haha). Akhir sekali, aku harap suatu hari nanti akan berkesempatan berkunjung ke Tamu Besar Kota Belud lagi dan  jangan lupa order produk tempatan yang bermutu...

Setiap Satu Benda Mempunyai Nilai

Aku mula melibatkan diri dalam dunia blog sejak Ogos 2009 dan banyak sudah blog yang buat dan delete... secara peribadinya kadang aku buat blog untuk seseorang dan ada blog yang masih bertapak di persada dunia maya dan ada yang masih tak berubah selepas aku serahkan blog kepada pemiliknya. Sebenarnya aku memang gila membaca blog sejak menjadi seorang pendidik dalam tahun 2003 dan banyak ilmu yang kita boleh dapat sekiranya meneliti dan melihat dunia ini dari sudut seorang blogger dan carilah blog yang penuh informasi dan menjadikan kita lebih berilmu (malahan, kiranya Emak aku boleh membaca dalam erti kata seorang yang berpendidikan... banyak blog yang aku cadangkan dengan beliau. LOVE MY EMAK)

Nilai Blog Aku (050611-291011)
Tengok gambar kat sebelah... selepas post pertama aku pada 5 Jun 2011, nilai untuk blog aku ini cuma RM1,092.1 sahaja. Hahahahaha! Kira macam kurang bernilai jika dibandingkan dengan nilai-nilai blog lain yang jauh lebih lama bertapak dan mempunyai nilai-nilai ilmu dan maklumat yang penuh berinformasi dan santai seperti Aidid Muaddib dan Blogserius yang sering aku baca dan ikuti setiap post mereka. Ikutkan hati, nak juga aku post link blog tu kat web dalam gambar... tapi tak pa lah sebab memang aku agak nilai 2 blog tersebut pasti jauh lebih tinggi dan aku penuh keyakinan berdasarkan maklumat entri yang penuh informasi dan merehatkan otak aku semasa aku melayari laman blog tersebut. Malahan pengunjung blog aku ini bolehlah singgah di sana dan click nama blog yang aku bagi link kat atas nama yang berwarna oren tu (Hitam dan Oren - 2 warna kegemaranku)

Click Untuk Lihat Senarai Semasa Nilai W
Kemudian cuba tengok pula gambar kat sebelah pula yang menunjukkan lamanweb yang mempunyai nilai mencecah jutaan ringgit dan nilai itu menunjukkan kadar trafik yang sering melayari laman-laman tersebut. Memang tidak dinafikan nilai goole menduduki ranking yang tertinggi, walau bagaimanapun... kedudukan dua buah laman yang kurang menarik bagi aku iaitu berita harian dan utusan pun mencecah jutaan ringgit. Banyak juga masyarakat yang masih membaca dan mendapatkan maklumat dari sana walaupun kadang-kadang maklumat yang terdapat dalam laman-laman tersebut menjengkelkan aku. Hahahahahaha!

Berbalik kepada tajuk entri kali ini... apa yang ingin aku tegaskan pada hujung minggu yang sibuk ini ialah tak kiralah benda itu dalam alam nyata atau alam maya, setiap satu itu mempunyai nilai tersendiri. Oleh itu pengguna jaringan sosial terutamanya perlu peka dan jangan meletakkan maklumat atau gambar sewenang-wenangnya kerana ia boleh dimanipulasi oleh sesiapa sahaja atau ia akan kekal dalam laman maya sehinggalah teknologi komputer dan internet ini tamat (bila tu? sesiapa pun takkan dapat bagi tarikh dan masa yang tepat kecuali ALLAH SWT). Akhir sekali, sempena hujung minggu yang sibuk dengan 4 assignment yang masih lagi aku ligat menaipnya di samping mengemaskini entri di blog ini...

Selamat berhujung minggu dan Selamat Datang Ke Tamu Besar Kota Belud.

Friday, October 28, 2011

Permainan Futsal untuk Mengisi Masa Lapang

Click Untuk Maklumat Lanjut
Sebenarnya sejarah permainan futsal dalam kronologi hidup aku boleh dikira sangat sedikit dan hanya terlibat dalam permainan futsal yang sebenar selepas berpindah ke sekolah baru pada pertengahan tahun 2011 ini. Sebelum ini hanya bermain bola sepak secara sambilan dan lebih senang untuk duduk di rumah dan terperap di depan komputer. Walau bagaimanapun, aku lebih selesa untuk menglibatkan diri dalam aktiviti sekolah yang bagi aku selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara rakan-rakan di samping menyihatkan badan. Banyak perkara yang berkaitan dengan permainan futsal bila di google kan dan sejarah tentang permainan ini boleh dibaca dengan lebih lanjut di Laman Rasmi FIFA dan Laman Rasmi Pengasas permainan iaitu uncle Juan Carlos Ceriani yang telah memperkenalkan sukan futsal dalam pertandingan belia di Montevideo, Uruguay dalam tahun 1930. Selepas itu banyak persatuan futsal ditubuhkan hinggakan ke secara ceruk dan Komuniti Futsal Malaysia menjadi medan golongan peminat futsal tanahair berkumonikasi. 

Aku biasa bermain permainan ala-ala futsal ini semasa belajar di Universiti Malaysia Sabah dalam tahun pertama dan kedua pengajian dan pada masa itu dimainkan di kawasan parking kereta kolej dan belum wujud lagi gelanggang futsal di sekitar Kota Kinabalu. Perbezaan yang paling ketara ialah penggunaan selipar jepun atau bata untuk dijadikan tiang gol tanpa penjaga gol (aku rasa lebih selesa panggil pengawal gol sebab ada budak bingung yang asyik berdiri depan selipar atau bata tu sepanjang masa, macamana nak skor sebab objektif bukan menjaringkan gol tetapi memastikan bola tu terkena selipar atau bata). Walau bagaimanapun, tidak boleh aku nafikan semenjak aku bergelar remaja sehingga ke hari ini dan melibatkan diri dalam permainan futsal ini, kesimpulan yang aku buat ialah, manusia ini lemah dan banyak sikap menarik akan dapat diperhatikan jika dibuat pemerhatian dan menyusun data-data tentang sikap manusia.

Kasut Idaman Aku
Aku ada pasang angan-angan nak beli si kawan sebelah ne selepas pindah ke rumah sewa di Tamparuli dalam masa terdekat. Kaler hitam dan mudah disimpan di rak atau di mana-mana yang aku mudah untuk cari. Apa lagi yang mudah ialah, aku tak payah cuci dan simpan sahaja di bawah pancaran matahari untuk kesihatan kasut ini nanti. Hahahahaha! (Ayat Pemalas).

Bola Futsal
Kemudian... bola futsal pun aku nak beli juga kalau ada baki duit untuk bayar yuran pengajian dan kalau takda masalah semasa aku main ne sepanjang masa bertugas di SMK Tun Fuad Stephens Kiulu ini nanti. Sebab tu gambar bola berkelip-kelip dan tidak mantain macam gambar kasut kat atas kerana kalau ada... kalau takda... dan kalau ada masalah... tak lah aku beli bola tu. Hahahaha! Apa yang paling menarik minat aku ialah adanya meja Ping Pong dan hanya memerlukan sewa RM5 sejam di pusat futsal yang kami selalu pergi. Lagipun aku ada set yang lengkap untuk permainan Ping Pong ini dan semasa kunjungan ketiga ke pusat futsal Tambalugu di Berungis Tamparuli aku main dengan rakan setugas dalam tempoh masa hampir 30 minit, cukup untuk tambah peluh dan menunggu masa untuk aksi futsal seterusnya. Lagipun dalam siri 2 perlawanan anjuran staff sekolah aku ne, terdapat 3 pasukan beraksi (korang tahulah kan macam aku cakap sebelum ini, banyak aksi berlaku dan secara relatifnya aksi kali ini kurang bergetah kerana kehadiran hanya melibatkan 70% guru-guru lelaki disebabkan kekangan masa dan tugas masing-masing). 

Walau bagaimanapun, kalau ada 30 orang cukuplah untuk kami bermain dalam tempoh masa 8-10 malam tanpa henti kerana sekolah aku sekarang memang dipenuhi dengan guru-guru dan staff lelaki. Bagi aku, apa yang lebih penting ialah dapat meningkatkan semula kecergasan dan mengukuhkan hubungan silaturrahim bersama-sama...betul ka???

Thursday, October 27, 2011

Keindahan Kampung Aku Dari Lensa Kamera

Header Baru Blog Aku Mulai (271011 to Unknown)
Ramai daripada rakyat Malaysia khususnya masyarakat peribumi (Bumiputera) adalah berasal dari satu sudut daerah yang nun jauh di ceruk rantau yang mungkin sukar dihubungi atau telah mengecapi kemajuan negara sejak pasca merdeka. Apa yang baru tentang blog aku inilah yang ingin aku kongsikan di samping kampung halaman ku nun jauh di tengah bumi kenyalang yang sememangnya indah dan penuh dengan budaya bangsa. Selepas mendapat kebenaran daripada rakan facebook aku Asyril Ismail, aku kongsikan keindahan kampung halaman yang sememangnya aku sering tinggalkan kerana tanggungjawab dan tugas sebagai seorang pendidik (dulu aku bercita-cita nak jadi peguam atau pun pegawai tentera - sekarang aku jadi cikgu cabukkk dan aku tetap bersyukur dengan rezeki Allah SWT kurniakan). Selepas tak tahu nak buat apa, aku buat "header blog" aku berlatarkan sebahagian panorama indah kampung aku dari lensa kamera dan rakan yang aku maksudkan memang mempunyai kemahiran dalam aspek "photography".

Banyak pemandangan yang menarik sebenarnya boleh dirakamkan melalui lensa kamera sesiapa yang berkemahiran dan tidak semestinya di kawasan kampung sahaja. Walau bagaimanapun, jelas bagi aku keindahan kampung halaman aku ne melalui gambar-gambar yang rakan facebook aku ambil beberapa hari yang lepas. Gambar ini merupakan antara yang menarik dan aku jadikan header untuk blog aku sehinggalah aku tukar sekiranya aku mempunyai masa dan idea dalam aspek ini nanti. Walaupun aku sukakan aspek-aspek grafik dan multimedia, tapi takkanlah nak asyik tukar header kan. Hahahahahahahahahaha...

Kemudian gambar seterusnya aku ingin kongsikan dan memang tidak dinafikan struktur sungai yang terletak di tengah-tengah gambar ini merupakan gelanggang pertarungan aku dan rakan-rakan semasa zaman kanak-kanak dahulu. Walaupun kampung sudah mengecapi kemudahan air paip dan elektrik semenjak tahun 1970-an, sungai inilah yang menjadi tempat kanak-kanak sebaya aku pada masa itu untuk mandi dan berenang hingga mata merah macam burung gagak. Banyak jenis permainan yang sering dimainkan dan banyak yang dah aku lupakan sejak menjejak kaki ke alam remaja. Apa yang mak aku sering marahkan semasa zaman kanak-kanak aku di sungai ini menjadi kenyataan apabila aku sering buktikan otak aku masuk air semasa zaman sekolah menengah, hahahahahha... buktinya korang boleh baca post aku di sini. Walau bagaimanapun, keindahan sungai yang menjadi laluan perhubungan utama masyarakat di daerah aku kini sepi seperti gambar di sebelah selepas jalan raya berturap menghubungi semua kampung di daerah aku hingga ke bandar Mukah dan Sibu mulai tahun 2003. Sungai yang menjadi kebanggaan kami anak-anak kampung semenjak itu semakin dilupakan dan ianya hanya menjadi gelanggang kanak-kanak zaman sekarang semasa musim banjir kerana semakin hari sungai ini semakin cetek disebabkan jalan raya berturap menjadi tumpuan berbanding penggunaan sampan bermotor yang pada hari ini hampir tidak wujud ditelan kemajuan.


Gambar terakhir anda akan nampak identiti utama kampung halaman aku... dan dengan bilangan penduduk melebihi 4200 orang, penggunaan jambatan adalah identiti utama selain kewujudan jalan raya berturap dan bersimen. Jambatan ini menghubungkan hampir 70% kawasan kampung dan apabila tiba musim banjir, hanya kampung aku sahaja yang mampu bertahan walaupun sejak 40 dekad sudah berlalu, isu pemindahan mangsa banjir hanyalah isu pinggiran di daerah Matu ini. Gambar yang rakan aku ambil ini memang menarik dan apa yang lebih menarik ialah aku pun tak kenal (tak pernah jumpa, apalagi bercakap) dengan saudara Asyril Ismail ini. Pelik kan? Hahahahaha, beza umur dan kawasan membesar itu yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Kampung aku seorang penghulu dan 6 orang ketua kaum, mana nak jumpa kecuali hari raya. Kemudian kalau berbeza umur tu memang confirm lah tak kenal sangat. Maklumat tentang kampung aku boleh rujuk di sini dan ketua kaum kawasan aku masih kosong? Ya ke? bila laman tu nak di update?

Walau bagaimanapun, terima kasih kepada saudara Asyril Ismail kerana sanggup berkongsi keindahan gambar kampung aku yang jauh di Sarawak. Pembaca boleh usha akaun facebook beliau dengan menekan nama beliau tu, bolehlah korang jadi facebook friend... Terima Kasih!

Wednesday, October 26, 2011

Tips Mudah Untuk Pelajar Mempelajari Sejarah (002)

Sebagai seorang guru yang sudah bergelumang dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah menengah khususnya matapelajaran sejarah, tips-tips untuk memahami dan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap matapelajaran sejarah ini adalah data-data daripada pemerhatian dan pengalaman saya sendiri. Tips pertama, sila rujuk di Belajar Dengan Serius sebelum ini yang mana aspek sikap semasa belajar penting untuk memahami asas dalam satu-satu bab mahupun tajuk yang dibincangkan ataupun bab serta tajuk yang ingin diulangkaji oleh pelajar. 

Click Untuk Sumber Gambar
Selepas tips pertama dapat difahami, pelajar boleh meneruskan ulangkaji mereka dengan berasaskan tips kedua ini. Tips kedua ini dalam bahasa yang mudah ialah Bijak Menyusun dan Memilih Fakta Penting. Apa yang berkaitan dengan tips ini berkait rapat dengan isu-isu yang mewarnai kronologi sejarah dan gambar kulit buku disebelah boleh dijadi renungan. Adalah tidak mustahil penulis buku disebelah meletakkan fakta sejarah mengikut kepentingan utama yang mendasari penulisan beliau. Jika dikaitkan dengan peristiwa sejarah, contoh yang mudah ialah bagaimana masyarakat pada hari ini melihat perjuangan Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Salleh, dan Rentap sebagai satu perjuangan yang luhur daripada anak watan yang tidak mahu bersekongkol dengan penjajah. Walau bagaimanapun, bagi penulis Barat sebelum era pasca merdeka, mereka dikategorikan sebagai penjenayah yang menentang pentadbiran negara.

Oleh yang demikian, isu fakta mana yang pelajar ingin fokuskan semasa mengulangkaji adalah penting. Susun dan pilih fakta-fakta yang dibaca melalui catatan ringkas dan renungkan kepentingannya dalam keseluruhan bab yang dipelajari. Secara ringkasnya, fakta-fakta penting ini sering dijelaskan secara berulang-ulang oleh guru di kelas semada proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Pelajar yang bijak akan dapat menelaah terlebih dahulu fakta-fakta tersebut sebelum guru menjelaskannya di kelas. Apabila pelajar dapat menyusun dan memilih fakta yang mereka fikirkan penting dalam mana-mana bab atau tajuk... itulah yang dimaksudkan oleh penulis buku di atas iaitu "Thinking Through History" bagi pendapat saya iaitu penting untuk pelajar menyusun dan memilih fakta dari setiap bab atau buku rujuka yang mereka baca. 

Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa melalui tips pertama iaitu Belajar dengan Serius pelajar akan bersedia untuk menyusun dan memilih fakta yang penting ini. Apabila pembelajaran dalam kumpulan dipratikkan, sikap yang tidak serius dan sering bercerita benda yang tidak berfaedah akan menjadikan tips kedua ini sebagai satu aspek yang kosong dan tidak bermakna. Apa yang perlu ditegaskan ialah pembelajaran yang berterusan dan kemahiran pelajar untuk memilih dan menyusun fakta pada peringkat awal akan kelihatan sukar... Ingat pepatah lama ada menjelaskan "Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya". Jadi pelajar yang seringkali belajar dengan serius mudah untuk memilih dan menyusun fakta penting apabila sering diamalkan. 

SELAMAT MENCUBA!!!

Zaman Prasejarah (Paleolitik, Mesolitik, Neolitik)

Apakah maskud zaman ne? Mudahnya, zaman Paleolitik, Mesolitik, dan Neolitik ini sering dikaitkan dengan zaman tidak mempunyai sistem tulisan...susah lah nak jelas dengan perkataan kalau kira dari aspek kepercayaan dan keagamaan... memang konsep zaman ne bagi aku lari jauh dari aspek keagamaan dan semasa mengajar tingkatan 6 dahulu, aku sering tanya dengan pelajar... Anda semua percaya dengan fakta sains ini atau agama korang? (Jawapan dia aku sendiri jawap... aku percaya agama aku 100000%, ne fakta bangangggg, tapi apa boleh buat... dah ada dalam sukatan, nanti aku jadi menteri pelajaran ataupun sejarawan terkenal... taklah anak cucu aku belajar tajuk bengap ne). Hahahahahahaha, apa korang buat kalau cikgu sejarah korang cakap macam tu? Ok post kali ini atas permintaan salah seorang rakan blogger yang tak tahu maksud PALEOLITIK selepas baca post sebelum ini... Layan lah contoh jawapan esei sejarah yang aku bagi pelajar aku satu masa dulu, setiap perenggan ada isi utama yang perlu diberi perhatian dengan SERIUS sebagai tips pertama mempelajari sejarah!


Sebelum wujudnya sebuah masyarakat yang bertamadun atau mempunyai peradaban yang tinggi, sudah wujud satu zaman yang dikenali sebagai zaman prasejarah. Ini dapat dibuktikan melalui fakta sains tentang pembentukan bumi sejak 4 600 juta tahun yang lampau dengan kehidupan di dasar laut bermula 1000 juta tahun lampau dan darat 600 juta tahun kemudiannya. Perubahan umum dalam perkembangan pensejarahan manusia boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu zaman batu yang sering dikaitkan dengan zaman prasejarah dan zaman logam yang dikaitkan dengan zaman sejarah. Malahan zaman prasejarah mempunyai pengertian dan ciri-ciri masyarakat yang tersendiri sebelum wujudnya zaman sejarah dan tamadun awal manusia.

Istilah prasejarah tidaklah wujud sejak era kegemilangan ahli falsafah Yunani yang dikenali sebagai bapa sejarah seperti Herodutus. Ia hanya muncul secara tidak langsung dalam abad ke 18 apabila seorang kurator muzium di Perancis iaitu Tournal telah mempelopori penggunaan istilah prasejarah dalam usahanya untuk mencatat perkembangan manusia sebelum wujudnya sistem tulisan. Walau bagaimanapun istilah prasejarah hanya diketengahkan dalam aspek penulisan sejarah dalam tahun 1851 oleh seorang penulis Scotland iaitu Daniel Wilson dalam artikelnya bertajuk “The Archeology of Prehistorie Annals of Scotland”. Semenjak itulah istilah prasejarah mula mendapat tempat dalam bidang penulisan ilmiah dan ianya terus menjadi rujukan sebagai satu zaman yang wujud sebelum era sejarah lagi. Malahan Frank Hole dan Robert F. Heizer mentakrifkan prasejarah sebagai sebahagian daripada masa silam manusia yang tidak dicatatkan.

Kemunculan zaman prasejarah tidak dapat dipastikan dan titik permulaan dikatakan berlaku sejak 3 juta tahun yang lampau di benua Afrika apabila muncul beberapa kumpulan primat yang mempunyai ciri-ciri manusia. Walaupun begitu, apa yang dapat dipastikan ialah permulaan zaman prasejarah adalah berbeza-beza mengikut kawasan dan bukti yang jelas ialah kewujudan zaman prasejarah di benua Amerika hanya berlaku sekitar 20 000 tahun yang lampau. Disebabkan belum wujudnya sistem tulisan, secara langsung kelompok manusia pada masa itu tidak mempunyai kebolehan untuk merekod dan mencatat segala bentuk aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Para sejarawan hanya dapat membuat interpretasi terhadap bukti-bukti arkeologi yang ditinggalkan oleh masyarakat prasejarah seperti ekofak, artifak, feature dan fosil. Oleh yang demikian zaman prasejarah merupakan zaman yang berlaku sebelum wujudnya sistem tulisan dan kemunculannya adalah berbeza-beza mengikut kawasan dan tempat.
   
Antara ciri-ciri utama masyarakat prasejarah ialah kewujudan beberapa kumpulan atau spesis manusia yang tertentu. Walau pun kewujudan kelompok manusia sudah bermula sebelum zaman prasejarah, tetapi ciri-ciri kelompok manusia prasejarah adalah lebih dekat dengan ciri-ciri manusia moden. Manusia prasejarah berasal dari kumpulan Hominids yang terbahagi kepada tiga kelompok utama iaitu Homoerectus atau “upright man”, Homo Neanderthalis, dan Homo Sapiens atau “thinking man”. Setiap kelompok mempunyai ciri yang berbeza dan lokasi kewujudan yang berbeza-beza. Contohnya ialah kewujudan golongan Homoerectus di Jawa, China, dan Tanzania sekitar 500 000 SM yang lampau. Manakala golongan Homo Neanderthalis terdapat di Jerman dan golongan Homo Sapiens yang dikatakan sebagai manusia moden sepenuhnya terdapat di Afrika, Eropah, Australia, Asia, dan Amerika Syarikat.

Secara keseluruhannya, peralatan utama yang digunakan oleh masyarakat prasejarah adalah berasakan kepada batu. Setiap daripada zaman prasejarah menunjukkan penggunaan peralatan yang berbeza dan berlaku peningkatan yang jelas dalam  penghasilan peralatan batu dari aspek fungsi dan nilai estetika yang diterapkan dalam setiap zaman. Apa yang paling ketara ialah peralatan batu digunakan untuk aktiviti berburu dan pada zaman Mesolitik, penciptaan anak panah adalah bukti menunjukkan kepentingan peralatan dalam kegiatan pemburuan masyarakat. Walau pun begitu, peralatan lain terutamanya tembikar turut digunakan oleh masyarakat prasejarah. Ini adalah kesinambungan daripada pengetahuan tentang api pada zaman Paleolitik dan tembikar digunakan untuk memasak dan menyimpan makanan serta air.

Kegiatan ekonomi pula adalah berubah-ubah mengikut tahap dan ia berkait rapat dengan ciri-ciri lain yang digambarkan dalam masyarakat prasejarah. Masyarakat prasejarah awal iaitu zaman Paleolitik dan Mesolitik adalah berasaskan kepada aktiviti pemungutan hasil hutan dan laut, pemburuan binatang, dan kegiatan menangkap ikan. Kegiatan ekonomi yang berkonsepkan sara diri ini kemudiannya melalui perubahan yang amat ketara pada zaman Neolitik. Ini adalah disebabkan oleh berlakunya revolusi dalam kegiatan ekonomi di mana masyarakat zaman Neolitik mula melibatkan diri dalam bidang pertanian dan penternakan binatang. Penanaman ubi dan bijirin berlaku dengan pesat disamping penternakan lembu, kambing, ayam, dan itik. Apabila berlaku lebihan dalam pengeluaran bahan makanan kegiatan perdagangan turut berlaku secara tidak langsung  apabila terciptanya teknologi-teknologi yang berkaitan.
   
Selain itu, ciri-ciri masyarakat prasejarah turut melibatkan aspek corak kehidupan seharian mereka yang berbeza-beza mengikut zaman yang telah dijelaskan. Manusia prasejarah sejak awal lagi sering berpindah randah dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain untuk mendapatkan sumber makanan dan air. Pada zaman Paleolitik dan Mesolitik manusia tinggal dalam kelompok yang kecil di kawasan-kawasan tepi sungai, tepi tasik, di dalam gua, dan pondok yang diperbuat daripada kayu. Konsep petempatan kekal hanya wujud pada zaman Neolitik selaras dengan kewujudan kampung-kampung pertanian yang didiami oleh kelompok manusia yang lebih kompleks. Dengan pengurusan yang lebih terancang, petempatan petempatan zaman Neolitik telah berubah menjadi kota seperti Catal Huyuk di Turki, Jarmo di Iraq, dan Jericho di Palestin.
Apabila kehidupan semakin meningkat dan kompleks, penciptaan teknologi dan kemahiran baru dalam zaman prasejarah turut berlaku. Pada zaman Paleolitik, pencapaian masyarakat hanya terhad kepada aktiviti melukis di dinding-dinding gua yang bermotifkan binatang dan patung wanita. Walau bagaimanapun, penciptaan lampu adalah sebagai unsur penting dalam penghasilan lukisan masyarakat Paleolitik. Teknologi dan peralatan yang lebih baik dan merangkumi aspek yang lebih luas dicipta pada zaman Mesolitik yang dikenali sebagai mikrolit seperti penciptaan harpon, mata kail, jala, dan sampan. Apabila kehidupan masyarakat menjadi semakin kompleks pada zaman Neolitik, teknologi dan peralatan yang lebih baik tercipta seperti pakaian yang lebih bermutu melalui alat tenunan, roda, terusan, dan empangan.

Seterusnya aktiviti yang berkaitan dengan konsep agama dan kepercayaan turut wujud dalam kehidupan masyarakat prasejarah. Walau bagaimanapun ia lebih melibatkan aspek kepercayaan dalam masyarakat seperti tradisi mengebumikan mayat bersama-sama barang keperluan untuk dibawa bersama ke alam yang wujud selepas mati  sudah dilakukan sejak zaman Paleolitik lagi. Perubahan yang jelas hanya berlaku pada zaman Neolitik apabila unsur-unsur ghaib dan magis mula mendapat perhatian dalam masyarakat seperti tanah yang dilambangkan sebagai wanita yang subur dan benih ditanam dengan harapan dapat menghasilkan pulangan yang banyak. Malahan masyarakat Neolitik turut membina rumah-rumah penyembahan sebagai tempat mereka untuk menjalankan ritual seperti yang dilakukan oleh masyarakat di Catal Huyuk Turki.

Oleh yang demikian, masyarakat pada zaman prasejarah jelas mempunyai pelbagai ciri yang berbeza-beza mengikut tahap dan perubahan tertentu. Evolusi yang berterusan dalam pelbagai aspek kehidupan secara langsung telah memberi kehidupan yang lebih baik dalam masyarakatnya. Malahan ciri-ciri masyarakat prasejarah yang telah dijelaskan terus berubah sehingga ke hari ini dan mereka boleh dikatakan sebagai perintis kepada pembentukan tamadun dalam sejarah peradaban manusia.

Bagaimana dengan sebahagian skop perbincangan soalan setaraf STPM di atas yang aku selalu kongsi dan jelaskan kepada pelajar semasa menerajui kelas tingkatan 6 di SMK Narinang, Kota Belud dari tahun 2003 hinggalah aku dipindahkan ke SMK Pekan Kota Belud II pada tahun 2009. Kini tahun 2011 aku berpindah dengan rela hati ke SMK Tun Fuad Stephens Kiulu dan semua aspek yang berkaitan dengan sejarah semakin jauh dari apa yang aku fikirkan... Apa yang penting ialah kita pernah dijajah pada satu masa dulu... tak kira Semenanjung Malaysia hinggalah ke Kepulauan Borneo. Mengaku kita pernah dijajah tidak meletakkan kita dalam kelompok manusia yang rugi selagi kita mengambil iktibar dari peristiwa Sejarah...

Tuesday, October 25, 2011

Bila Buta IT (Buat Kenyataan SUPER PALEOLITIK)

Buta mata tak nampak jalan di dunia. Kerana tidak nampak cahaya. Tidak tahu kemana hendak di tuju. Kehilir atau ke hulu. Selamatlah di dunia fana ini. Bila mana mata tidak buta. Melalui pengalamaan diri. Kerana jalan itu sudah biasa. Nah! tu ialah lirik lagu nasyid yang aku selalu dengar masa sekolah menengah sekitar tahun 1991-1995 dahulu. Apa yang paling aku ingat masa itu ialah bila aku paksa semua budak tingkatan 1 (Asrama Hang Tuah SMK Matu, Matu, Sarawak) menyanyi lirik nasyid tu berulang-ulang seorang sekali... Kalau nak tahu lirik penuh korang tengok di lirik nasyid yang aku rujuk sebelum buat post ini...Apa yang buat aku paksa bebudak tingkatan 1 nyanyi masa tu? Entahlah, ada juga member-member yang tahu aku ne jenis otak masuk air malas nak tanya dan dok sama-sama ketawa terkekeh-kekeh tengok budak-budak ulang-ulang nyanyi kalau lupa lirik. Mana tak budak-budak tu panas dan kenal aku sampai sekarang, silap kena penampar, sekali silap kena sekali penampar dan bayangkan ada budak kena sampai 20 dassss (gila punya pelupa). Kemudian yang aku rasa menyesal juga ialah budak-budak tu kena kejut tengah-tengah malam buta, mana nak ingat lirik... hahahahahahaha (kenangan zaman aku budak sekolah menengah).

Akaun Facebook Auntie Maria Virginia Semana
Apa kaitan dengan lirik tu? Masa tu aku dok syok dengar ayat buta mata tu je... jadi takda kerja aku buat kerja yang best kat asrama. Hahahahahahahaha! Gila punya otak masuk air teh dewan makan (Member aku cakap dalam bahasa Melanau ngan aku masa tu). Jadi post aku ne ada kaitan dengan lirik lagu tu lah secara relatifnya... Sebagai seorang guru yang lama berkhidmat dalam arena pendidikan negara, memang banyak yang aku dengar tentang kerjaya seorang guru ini dari sudut pandangan penjawat awam lain. Isu utama ialah bila Auntie Maria Virginia Semana yang telah menimbulkan kontroversi terhadap kenyataannya dalam laman facebook sebulan yang lepas. Kalau korang click nama dia kat atas tu... banyak dah perubahan yang dia buat (sorrylah Auntie, ko ubah status pun apa... link tu tetap tak hilang selagi ko tak deactive akaun tu). Walaupun beliau dah tukar nama dan hiddenkan banyak aspek dalam akaun beliau, sebenarnya banyak yang dah tahu tentang ko... termasuklah aku ne kan Auntie kan? Nanti payah lah nak pergi ke Hospital Likas di bahagian emergency tau, jumpa lak ngan Aunti tu. 
Akaun i-Neighbour Auntie Maria Virginia Semana

Buta IT adalah alasan yang paling aku rasa logik untuk tindakan bangang Auntie tu... dia ingat dia dah selamat dari kenyataan super Paleolitik yang dia buat, tapi korang masih boleh tengok betapa teruknya kesan daripada kebangangan (BUTA IT) beliau di sini:
(7) Dll forum, blog, web kalau korang cari
KENYATAAN SUPER PALEOLITIK... Aku rasa auntie ne seangkatan dengan Perak Man, Peking Man, dan Jawa Man lah kalau dari sudut sejarah. Hahahahahahahaha... Bila dah buta IT ne, banyak benda bangang orang buat. Apa yang aku buat ini bukan untuk melepaskan mengeruhkan lagi kedudukan beliau yang sudah nampak tekanan (dengar-dengar kena tindakan disiplin-kesian juga aku dengar kalau betul, dah nak pencen tu) atau nak heboh-hebohkan aib orang lain. Apa yang aku nak fokus di sini ialah kesan yang akan timbul sekiranya seseorang yang buta IT melepaskan kegeramannya di laman jaringan sosial ataupun teknologi web 2.0 pada zaman ini. Benda inilah yang aku sering utarakan kepada anak-anak buah aku dan si dia yang aku sayang sepenuh hati... hahahahahaha, nasib mak aku tak men facebook. Kalau tak teruk juga aku nak sound mak aku kan (MAK AKU MAK YANG TERBAIK DI DUNIA)... hehehehehehehe. 


Tips Mudah Untuk Pelajar Mempelajari Sejarah (001)

Apabila berbincang tentang matapelajaran sejarah sebagai satu daripada matapelajaran teras di Peringkat PMR, SPM, dan STPM... adalah sesuatu yang menarik bagi saya semenjak menceburi bidang pendidikan sejak tahun 1998. Malahan apabila saya menamatkan pengajian sarjanamuda dalam tahun 2003, saya menjadi seorang guru sejarah tingkatan 6 (Sejarah Kertas 1 : Tamadun Dunia Sehingga Tahun 1800) sehinggalah saya dipindahkan ke sekolah lain tanpa hujung pangkal dan saya terus mengajar matapelajaran ICTL, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik, dan Sejarah Tingkatan 1. Pada masa itu, baru saya sedar... bidang pendidikan tidak meletakkan kedudukan seorang cikgu di tempat yang sepatutnya, tetapi cikgu yang sepatutnya meletakkan dirinya sendiri di tempat yang sepatutnya. Hahahahahaha, entahlah... sejarah percaturan kerjaya seorang guru adalah berbeza dan apa yang berlaku dari sudut pandangan saya tidak semestinya sama dengan guru-guru lain.

Click Untuk Sumber Gambar
Apabila melihat matapelajaran sejarah, ramai dalam kalangan pelajar sehinggalah kali terkahir saya mengajar matapelajaran ini sebelum PMR tahun 2011 ini melihat matapelajaran sejarah dari sudut yang sempit dan negatif. Tidak ada langsung istilah "Critical Thinking Through History" seperti yang saya paparkan dalam gambar di sebelah. Siapa mereka? Mereka bukan sejarawan... mereka adalah ilmuan pelbagai bidang yang menjadi entiti penting apabila kita menyelusuri denai-denai peristiwa sejarah penting dunia. Sejarah hidup mereka boleh dijadikan sebagai Tips Pertama yang amat berguna untuk belajar sejarah. Sejarah adalah satu kronologi peristiwa mahupun satu kronologi peristiwa yang dipilih dan disusun mengikut kelompok peristiwa atau tema-tema tertentu. Jadi pelajar perlu membaca dengan serius dan mendengar penerangan guru di kelas dengan serius... bukannya dok sibuk menjatuhkan hukum dengan cara guru mengajar. Kalau dok sibuk dengan idea kamu guru A lebih baik dari guru B... pergilah belajar di sekolah bapa korang sendiri... hahahahahahhahahahaha! Jadi Belajar Dengan Serius adalah tips asas yang perlu dijadikan matlamat dan bagi aku istilah main sambil belajar tu cuma sesuai untuk budak tadika... kalau korang budak tadika boleh la bermain sambil belajar. Tips pertama ini amat penting untuk membina asas yang kukuh dalam pengetahuan dan gambaran awal pelajar untuk mengetahui peristiwa yang lebih mendalam dalam mana-mana bab sejarah dari peringkat PMR hinggalah STPM.

Berdasarkan pemerhatian (Data-data yang aku kumpul sejak tahun 2003), ramai guru bukan guru sejarah melihat peristiwa Hang Tuah sebagai satu contoh sejarah yang tipu...erk! Celaka, tu perkara pertama aku fikir atau keluar dari mulut takda insuran aku... itu bukan peristiwa sejarah, tu sastera! Sebab itu isu kemerdekaan negara pernah menjadi isu yang bagi aku sebagai BODOH untuk dipertikaikan... sebab memang Negara Malaysia pernah dijajah, lainlah kalau nak tengok dari aspek sejarah secara sisipan tanpa melihat Malaysia sebagai sebuah negara... aku kata dijajah sebab Malaysia terdiri dari banyak negeri yang dijajah... yang sibuk bercerita tentang buku sejarah yang dipelajari di peringkat sekolah salah buat apa? Aku ada degree sejarah laaaaa... korang ada apa? Ada sejarah Hang Tuah? Hahahahaha... Kalau ada degree Geografi, Psikologi, Pentadbiran Awam, Malahan Sejarah pun aku sanggup kata korang salah kalau tak pernah mengajar sejarah di sekolah menengah. Aku dah mengajar sejarah Tingkatan 1-3 (2 Tahun), Tingkatan 4 (9 Tahun), Tingkatan 5 (6 Tahun), dan Tingkatan 6 (9 Tahun). Aku berani kata, mana nak cari fakta yang salah kat buku tu... kalau aku tengok fakta buku tu meragukan... aku akan bagitau pelajar terus (contohnya buku sejarah tingkatan 4 tidak ada menjelaskan langsung perkembangan ekonomi tamadun Rom-lepas tu apa jadah keluar dalam peperiksaan).

Hahahahahaha... melalut lagi, ingattttt tips pertama kena serius semasa membaca, mencatat nota, mendengar penerangan guru, dan semasa mengulangkaji soalan peperiksaan....

Monday, October 24, 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Sebagai satu asas kukuh melahirkan satu generasi yang berilmu pengetahuan tinggi, semua pihak perlu menggabung jalinkan satu persepaduan yang kukuh untuk mencapai matlamat ini. Walau bagaimanapun, konsep ilmu pengetahuan sering dipandang dari sudut yang sempit oleh masyarakat Malaysia secara relatifnya. Ini kerana ia sering memfokuskan kepada kejayaan dalam aspek pendidikan semata-mata tanpa mengaitkan kepentingan ilmu pengetahuan dalam aspek kerjaya, sukan, ekonomi, dan aspek-aspek lain dalam kehidupan seharian masyarakat. Malahan jika diselusuri kronologi pendidikan dalam negara sejak pra-kolonial lagi, pendidikan yang menerapkan ilmu dalam semua aspek kehidupan masyarakat sudah sebati dalam carta pendidikan masa itu. Oleh yang demikian, tidak boleh dinafikan bagaimana ibu bapa mewariskan kemahiran menjala ikan, mengaji al-quran, membaca, hinggalah kepada kemahiran dalam aspek pertanian.

Kenapa pula tajuk lain dan isi pengenalan lain ne? Hahahahaha... Biasalah kan, aku sering lari dari tajuk bila mengarang di blog ini. Ok... Bila aku habis menjaga kertas peperiksaan pagi ini, aku terfikir keadaan pelajar aku yang menjawab peperiksaan dan masa depan mereka dalam tempoh 10 tahun mendatang. Bukan kejayaan dalam peperiksaan atau menjejak kaki ke menara gading yang aku bayangkan... Tetapi kekalahan Manchester United 1-6 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris malam tadi yang aku fikirkan. Apa yang menarik ialah respon dalam kalangan pengguna jaringan sosial (facebook, twitter, dan youtube) sejurus lepas perlawanan berakhir. Watak Ramli yang begitu sinonim selepas pasukan Red Devil mendapat tajaan daripada syarikat makanan ringan berasaskan kentang dari Malaysia. Iklan tentang kejayaan anak Malaysia menjadi wira Red Devil hingga mengharukan ayahnya yang menonton perlawanan tersebut melahirkan respon yang pelbagai daripada masyarakat yang terlibat aktif dalam alam internet.

Secara peribadinya, aku beranggapan watak Ramli ibarat watak antangonis yang berjaya menidakkan watak antagonis ayahnya diakhir cerita. Mula-mula aku lihat iklan tersebut, sudah aku rasakan kejanggalannya apabila kepentingan ilmu pengetahuan hanya menjadi cebisan halus yang ditidakkan berbanding cita-cita yang bagi aku mustahil dicapai oleh rakyat Malaysia amnya dalam aspek sukan bolasepak dalam dekad-dekad mendatang. Mustahil untuk anak Malaysia menyinar di EPL dalam tempoh 3 dekad akan datang, tetapi tidak mustahil untuk anak Malaysia bermain di EPL untuk tempoh masa yang sama.

Apa yang menarik ialah ramai pengguna jaringan sosial mengaitkan kejayaan Manchester City dengan jaringan 6 gol tersebut dengan anak jiran Ramli yang cemerlang akademiknya semasa di alam persekolahan. Malahan ada yang mengaitkan anak jiran tersebut dengan kejayaan pemilik dan pengurus City yang bijak mencatur perlawanan. Bukan aku cuba mempersendakan kekalahan United atau watak Ramli di sini...cuma cuba untuk menjelaskan apa yang aku fikirkan tentang kepentingan ilmu pengetahuan yang menjadi set kepada sub set pendidikan. Bidang sukan berkembang pesat melalui ilmu pengetahuan dan kewujudan watak Ramli seolah-olah membawa anak muda ke alam fantasi bahawa mereka boleh sehebat Ronaldinho, Wyne Rooneey, Ronaldo Luis de Silva, Christiano Ronaldo, Pele, Gilberto Silva, Zenide Zidane, Beckham, dan lain-lain genius dalam bola sepak antarabangsa. Nama-nama gah yang aku sebutkan memang mempunyai latarbelakang pendidikan yang kurang memberangsangkan hinggakan ayam tambatan United iaitu Rooney sudah sedia maklum sebagai orang Inggeris yang lemah penguasaan bahasa ibundanya. Beliau hanya mampu bertutur dan gagal dalam aspek penulisan hingga ke tahap yang boleh dianggap menyedihkan...tapi ingat, beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam permainan bola sepak seperti Zinede Zidane yang bermula dengan menendang tin-tin di jalanan kesan daripada desakan hidup sebagai anak pendatang Algeria di bumi Perancis. Bolehkah anak Malaysia sehebat mereka? Arwah superMokh pun belum ada pemain negara setanding beliau...

Aku masih terfikir...adakah pelajar-pelajar aku sedar tentang kepentingan ilmu pengetahuan? Bukan hanya setakat kejayaan dalam pendidikan, orang yang berpendidikan tak semesti berilmu pengetahuan dan orang berilmu pengetahuan secara relatifnya (aku berani letak 98%) adalah berpendidikan. Ibarat watak Ramli yang ditewaskan oleh anak jirannya dalam alam persekolahan dan sekali lagi Ramli ditewaskan oleh anak jirannya semasa perlawanan malam tadi...walaupun ia hanya imaginasi pengguna jaringan sosial, apa yang penting ialah semua pihak dalam negara perlu bekerjasama dalam melahirkan generasi muda yang berilmu pengetahuan tinggi dalam arus perkembangan pendidikan negara...

Aku dan Sukan Dunia

Assalamualaikum WTH... hujung minggu yang tidaklah begitu membosankan walaupun saya masih lagi tinggal di rumah sewa lama. Adeh... lama betul rasa mau tunggu bulan 11 untuk pindah rumah. rasa macam tak sabar nak pindah dan angkat barang ke rumah sewa baru... hahahahaha. Ok! tengok gambar pasukan ragbi yang sungguh rare dan baru memenangi Ragbi Piala Dunia selepas menundukkan juara bertahan Australia di separuh akhir dan menewaskan Perancis di perlawanan akhir. Masa tengok perlawanan akhir ini, aku terbayang kalau perlawanan ini dilambatkan pergerakkan sebanyak 50%, apa akan jadi? Jawapannya aku jawab sendiri iaitu standard ragbi Malaysia tetap masih ketinggalan. Hahahahhahahahaha... bukan aku nak mengulas, cuma nak berkongsi kemenangan All Blacks dalam blog aku ini yang mengisi jadual hujung minggu aku. Perlawanan yang betul-betul buat aku rasa hujung minggu aku terisi. Kemudia aku balik dari Kota Kinabalu ke Kota Belud dengan pemanduan yang berhemah iaitu kelajuan sederhana 60-80km sejam.

Apabila sampai di Kota Belud, aku sambung melepak di Restoran Anjung Nikmat dan layan bola... Apa yang menarik semasa perlawanan hujung minggu ini ialah pasukan Arsenal menang 3-1 mengatasi Stoke City. Hahahahahahaha, aku comfirm Gunner menang, sebab tu tak mau tengok di rumah dan melepak dulu layan channel yang penuh glamer menayangkan perlawanan Manchester City vs Manchester United. Dengan kapasiti pelanggan memenuhi ruang restoran dan 70% pelanggan sedang mengikuti perlawanan penuh dengan kontroversi kerana peminat MU adalah kumpulan minoroti kerana selebihnya adalah penyokong Liverpool, Chelsea, dan Arsenal. Semua mengharapkan kekalahan MU dan harapan itu menjadi kenyataan kerana ledakan pertama Balatoli (Pemain Itali yang berkulit hitam - Aku pun heran sebab tu negara Racist laaaa). Layannnnn... City menang 6 - 1, serak suara aku

Kemudian aku balik rumah lepas kalah main chess dengan kesilapan gerakan yang paling bangang pernah aku buat dalam sejarah bermain chess sejak tingkatan 3 kot. Tapi kemenangan City yang menjadi faktor utama kelalaian itu dan aku tak kisah sebab happy layan MU kalah teruk dan memalukan. Sampai rumah layan BWF terbuka Denmark... Adoiiiiiiiiii, Chen Long yang berusia 22 mengalahkan Datuk Lee Chong Wei di perlawanan akhir dengan 2 set. Aku terfikir lagi dan berani membuat kesimpulan bahawa, dalam tempoh 2 tahun akan datang, adakah aku akan menyaksikan pemain Malaysia beraksi dalam perlawanan penting dunia badminton antarabangsa??? Ini adalah disebabkan Datuk Lee Chong Wei semakin di penghujung kerjaya (faktor usia tak boleh nak ubah) dan semasa terbuka Malaysia sebelum ini, beliau menang mudah tanpa saingan langsung. 

Kemudian aku layan la blog aku ne sekejap sebelum meneruskan usaha untuk "mengiron" pakaian, esok pergi sekolah... mesti jalan sebelum jam 5.45 am....emmmmmmmmmmmmm

Sunday, October 23, 2011

Hujung Minggu

Adoiii... malam minggu yang membosankan

Saturday, October 22, 2011

Pembentangan Tugasan

Bentang hasil tugasan! Benda yang paling menyeksa jiwa... sebab tu aku selalu pilih jadi pembentang yang paling awal. Hahahahahahahahaha, aku bentang untuk sesi 1 bersama Roy Bonnie (tu gambar starring dia kat sebelah tu korang tinguk), kumpulan kami sudah succes, persoalan dia... kami punya turn sekarang online ja lah. Hahahahahahahaha. 

Masa aku update ne blog... kumpulan si Franjie dan si Yau tengah membuat pembentangan, hahahahahaha. Kemudian ada dua kumpulan dengan 4 orang pembentang lagi. Semua menunjukkan respon yang kurang memberangsangkan kerana sekarang sudah pukul 4.32 petang. Kuliah dah petang-petang macam ne memang menyiksa jiwa sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun pembentangan kami pada petang ini sangat berbaloi kerana esok kami merdeka dan kuliah dibatalkan. Aku mau main pool esok sepanjang hari di Centre Point Kota Kinabalu. Fuh! lama dah aku tak main ne sukan...erk! ya ka sukan? Sukan lah tu, janji melibatkan pergerakan fizikal.

Fuh! Franjie punya pembentangan... pegawai kerajaan di Unit ICT penampang tidk dibenarkan melayari laman web tidak beretika. Kemudian mengikut pengalaman aku mengikuti rakan-rakan yang mengikuti servis komputer di makmal-makmal sekolah dan pusat ICT, punya lah teruk sejarahnya. Hahahahahahahaha... korang rasa beretika ka tidak?

Laaaa... Si Yau belum sampai lagi masa mau membentang, si franjie sekarang masih berada di halaman 4 dari 7 halaman. Sekarang tajuk Keselamatan Mel Elektronik??? Sekarang si Yau bentang untuk inventori ICT di SMK Kota Marudu... Aku tengok si Walter dan Robin sudah tidak sabar untuk beraksi. Manakala si Junaida dan Fannie sudah menunjukkan reaksi mau balik sebab sekarang dah pukul 4.47 petang. Sekarang Si Wilter dan Robin sedang beraksi dengan penuh keyakinan... Aku lihat kumpulan 4 dah pening-pening menunggu giliran. Aku dengan si Roy masih tersengih-sengih sebab kami dah merdeka, si Yau dan Franjie juga dah sibuk online...apa tu gambar di bawah skrin? Uiks! Apa istilah kedai ne bagi dengan si Robin??? Aku pun blurr, kalau gambar bawah skrin... cek kapasitor dan tukar monitor, kalau gambar di tengah skrin check horizantal, check kapasitor, tukar skrin? Security Cloud Your Computer! hahahahahaha

Sekarang kumpulan seterusnya bentang... pembentang terakhir, si Junaida sudah membentang projek 2 kumpulan mereka di pusat ICT Pusat Tido Pusat Lepak (PTPL). Nahhhh si Marie kena cari Dr. Tan dan Si Basit dan Farrah tak dapat hadir sesi ke 3 perjumpaan ini. Masalah paparan skrin mengecil??? Tukar skrinnn, hahahahahahahahaha... Kumpulan 4 bentang dengan kelajuan 200km sejam sudah sekarang pada pukul 5.13 petang. Aku terpaksa confirm update ne... jumpa lain kali sebelum talian internet ditutup.

Friday, October 21, 2011

Hujan Lebat

Hujung minggu yang sibuk buat aku... walaupun sekarang masih lagi hari jumaat sekitar pukul 3.54 pm (Orang Sabah cakap jam 3.54pm - Aku pun bingung, hahahahahahaha). Gambar kat sebelah tu aku dapat dari laman yang berkaitan dengan bidang pertanian di Indonesia...anda semua boleh rujuk di Web Pertanian. Lawa kan gambar kat sebelah tu??? Kan... kan... kan... Hahahahahaha!

Sebenarnya aku tak tahu apa nak buat dalam hujan-hujan lebat ne, nak sambung kerja tentang assignment dan bahan pembentangan aku dah muak dah dari lepas sembahyang jumaat tadi. Sudah 3 hari berturut-turut hujan lebat melanda hidup aku, hahahahaha (ne termasuklah daerah Tamparuli, Kota Belud, Tuaran, dan Kota Kinabalu). Fuh! dalam masa 3 hari 4 daerah dah aku lalui secara keseluruhnya. Letih juga lah, kalau di Bumi Kenyalang, memang ne boleh dikategorikan sebagai rare berdasarkan keluasan setiap daerah.

Okay berbalik kepada hujan ne... banyak kelebihan yang boleh diperolehi kesan daripada hujan ne. Kadangkala ada juga pelajar aku cakap leceh pasal hujan ne masa kelas geografi, jawapan aku mudah je... Kalau tak hujan sejuta tahun kat kampung korang macamana? Jangankan sejuta tahun, sepuluh tahun pun korang dah merana jiwa dan raga? (Soalan mengugut kan? Macaman pendapat korang?) Memang la budak kat kelas boleh angin dengan soalan tu, aku peduli apa... aku kan cikgu yang memegang kuasa autority di kelas... wakakakakakaka (ayat kejam).

Dalam tempoh 3 hari hujan... kategori hujan perolakan mengikut pandangan aku yang dibekalkan ilmu klimatologi (sub kepada geografi) yang sedikit dan tak banyak. Aku yakin hujan yang berlaku tersebut adalah hujan perolakan walaupun awam "kimonolimbustas" jelas dan jelas ja. Hahahaha! Dari perjalanan aku balik ke Kota Belud dari sekolah hinggalah aku terperap kelmarin di depan Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Tamparuli yang server down selama berjam-jam sehinggalah ke hari ini duduk melepak sambil menyiapkan tugasan pembentangan untuk esok petang. Apa kaitan post aku kali ini... tiada kaitan apa-apa, cuma aku SAKIT HATI dengan ASTRO, bila hujan ja takda line, bila hujan ja takda line... kurang kesedaran sivik ne ASTRO. Sebab tu matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ditawarkan di sekolah hingga tingkatan 5!

Rumah Sewa

Semenjak aku mula posting di SMK Narinang, Kota Belud dalam tahun 2003... isu inilah yang paling malas aku nak urus. Apa lagi kalau melibatkan aktiviti angkat mengangkat barang dari rumah sewa lama ke rumah sea baru. Kira macam aktiviti pindah barang ne adalah benda yang paling last sekali aku nak buat. Kenapalah aku ne malas betul nak angkat mengangkat barang ne??? Entahlah, jangankan pindah rumah, mau balik masa bercuti pun isu packing baranglah yang paling leceh aku rasa... hahahahahahaha.

Lot T20 Taman Nikmat Kota Belud (Gambar tiada kaitan sebab aku dapat dari inforumah.net) merupakan rumah sewa yang ke3 dan terakhir aku di Kota Belud. Aku mula duduk di rumah tersebut semenjak Mac 2003 hinggalah November 2011 dan banyak kenangan yang tercatat dalam tempoh 6 tahun aku duduk di sana. Dari isu jiran hinggalah kes kecurian di taman dan karenah budak-budak pada waktu petang yang kadangkala mengganggu ketenteraman awam, hahahahahahahaha. Apa yang menarik tentang rumah ne adalah kedudukan yang strategik di tepi (corner lot) dengan jumlah parking kereta sehingga 4 kereta muat. Kemudian rumah memang luas seperti rumah-rumah taman lain di Kota Belud dan memang aku tak nafikan standard keluasan dan rekabentuk rumah di taman aku tinggal tu kira rare jugalah.

Walau bagaimanapun, apa yang pelik tentang kawasan perumahan tersebut ialah syiling setiap rumah yang bersambung dan tiada pemisah antara bumbung di bahagian syiling (maksudnya syiling semua bersambung antara setiap rumah). Semua ne pun aku dapat tahu bila heboh taman tempat aku tinggal sekitar April 2010 apabila rumah jiran aku kena panjat oleh BUDAK SYILING (gelaran kami kepada budak tu). Malam tu aku dan housemate keluar makan dan bila balik penuh dah kereta dan anggota polis depan rumah, kecoh gila masa tu, nasib ja budak tu tak kena tangkap. Kalau dapat aku rasa dia memang cari nahas... Nah! tu lah kenangan paling meriah selama aku duduk di rumah sewa tersebut di samping isu aku hilang kasut dan seluar jeans (Levi's 501 tuuuuu) dek penangan budak-budak sial yang datang melepak kat rumah. Sumpah, kalau aku jumpa balik tu budak khususnya di Bumi Kenyalang... memang aku bagi 3 das sekurang-kurangnya (ayat pendendam).

Baiklah... mulai November 2011, aku akan berpindah ke rumah baru di Taman Gunung Emas Tamparuli Sabah dengan jarak sekitar 15km dari sekolah. Alhamdulillah, dapat juga aku rumah seperti rumah sewa aku di Kota Belud walaupun beza sewa adalah sekitar RM150. Semenjak berpindah sekolah... aku terpaksa memandu sekitar 2 jam (berulang alik) dan keadaan ini boleh dianggap rare jugalah di Negeri Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung. Kenapa berbeza... bagi aku gaya hidup dan kemudahan jalan yang menjadi faktor penting kepada perbezaan tersebut.

Kopak juga poket aku pasal rumah sewa Taman Gunung Emas tu, celaka! Mana tidaknya, aku habis RM2XXX.XX termasuk deposit 2 bulan + sewa bulan November + Cagaran Bil + Duty Stamp (Kurang lagi duit budget kahwin, wakakakakakakakaka). Apa boleh buat, kalau aku masih berulang alik Kota Belud - Sekolah... makin aku tension dengan keadaan sekitar yang sudah kurang memberi motivasi dan bagi aku sampai sudah masa untuk pindah rumah. Terpaksalah!!!

Monday, October 17, 2011

Bahagian Teknikal

Apa kaitan tajuk dengan kandungan post saya pada kali ini? Gambar kat sebelah tu aku edit dari blog Aku dan Seni. Hahaahahahahahahha... saja-saja saya ingin berkongsi pendapat tentang banyak aspek yang masih merundum jiwa saya dalam bidang komputer secara umumnya dan dalam aspek berblog secara khususnya. Apabila berbincang tentang javascript dan html, dua benda ne memang aku tahu tentang kewujudannya sejak masih bergelar siswazah lagi. Masa tu... jangankan talian internet, komputer pun aku takda. Maklumlah anak orang kampung yang serba serbi tak cukup dan belajar menggunakan 100% daripada PTPTN yang memang semua budak IPTA harapkan sepanjang pengajian. Kat mana nak bayar yuran, nak makan, nak beli buku, nak beli keperluan (komputer), nak bayar tambang, nak beli itu ini... memang tak lepas. Nak makan pun memang tak lepas langsung... jadi banyak member-member masa tu mengalami masalah yang sama. Jika dibandingkan dengan orang lain memang aku jauh ketinggalan dengan budak-budak sains komputer ataupun budak-budak ICT tapi jauh lebih baik daripada budak-budak kampung yang tak mampu melanjutkan pelajaran ataupun budak-budak yang terpaksa kerja kilang atau sebagainya yang tak dapat mengubah hidup...syukur kehadrat ALLAH SWT. Bak kata ustaz yang aku kenal...berkat doa ibu bapa, doa guru-guru, dan doa ahli keluarga (termasuk rakan-rakan) aku mampu menjejak kaki ke menara gading dan menceburkan diri dalam kancah pendidikan negara.

Hahahahahhahahahaha... apa kejadahnya melalut sampai berirama jiwang karat tahap rock kapak lak aku ne. Padahal lepas maghrib ne tak bagus nak buat benda tak berfaedah kan. Tapi takpa, aku buat post baru ne pun banyak faedah juga yang ingin dikongsikan. Banyak perubahan berlaku dalam aspek teknikal blog aku ne, tu boleh tengok dari "button" yang wujud la. Semua tu aku baru belajar dari member yang memang jauh lebih berilmu dari aku dalam bidang ICT ini dan korang boleh usha la akaun facebook dia di Cikgu Helmi termasuk blog parangbajau yang dia buat semenjak berpindah ke Sabah (try la tengok). Banyak yang aku belajar dalam tempoh sejam dengan dia hari ne... TQ! Kalau malu bertanya sesat jalannnnnn...

Nah kalau korang nak baca lebih lanjut blog kawan aku tu... lepas tu jangan lupa order parang bajau, dijamin berkualiti... Terbaik dari Ladang (Kampung Siasai Jaya)

Try CLiCK LiNK kat atas tu... kemudian click iklan dia. hehehehehehehhe....

Thursday, October 13, 2011

STANDARD GURU MALAYSIA 2011

Assalamualaikum WTH... Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW

Baru balik daripada menghadiri kursus Integrasi ICT dalam P&P dan Standard Guru Malaysia di Promenade Hotel Kota Kinabalu. Daripada 26 orang senarai peserta, hanya 24 orang peserta yang hadir termasuk saya yang menggantikan tempat rakan. Apabila berbicara pasal kursus, ini ialah kursus ke-4 sepanjang saya berkhidmat sebagai guru semenjak tahun 2003. ICT... apa kaitan dengan opsyen dan kelulusan saya? Ijazah sarjana muda pendidikan dengan sains sosial (Sejarah/Geografi)... dulu memang aku selalu dengar suara-suara magis yang menidakkan hubungannya, tapi sekarang pun ada walaupun kadangkala aku malas nak layan (Setiap orang ada kemahiran, kemahiran ICT dalam bidang pendidikan aku takda penanda aras dari mana-mana institusi, lainlah guru lulusan ICT atau graduan kejuruteraan komputer dan bla bla bla bla...)

Hahahaha, ada bah hubungan dia (loghat Sabahan), kalau mau buat P&P guna ICT untuk matapelajaran sejarah bagaimana? Soalan tu kena jawab... sebab tu yang attend kursus tak semestinya guru opsyen ICT, siapa2 pun boleh hattalah guru sejarah (sekarang mengajar geografi). Alamak! cerita melalut lak, lari dari matlamat asal... Baiklah, sebab apa yang aku mau post disini ialah benda formal, jadi penggunaan ayat bahasa Malaysia perlulah gramatis (walaupun aku ne taklah power sangat bahasa Malaysia termasuklah bahasa Inggeris dan bahasa Melanau. Hahahhahahahahahaha...

Pada tahun 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui mandat yang diberikan kepada Bahagian Pendidikan Guru telah melancarkan "Aplikasi Dalam Talian Instrumen Standard Guru Malaysia" di samping aplikasi "offline". Semua warga pendidikan perlu melengkap instrumen yang terdapat dalam aplikasi ini sehinggalah hujung tahun 2011 ini dan pekeliling yang berkaitan akan menyusul kemudian (seperti maklumat pegawai BPG) Bagaimana untuk mengakses aplikasi inilah yang saya ingin kongsikan di sini. Untuk memudahkan, cara mengakses ditunjukkan mengikut langkah dan gambar-gambar berikut:

Langkah 1: KLIK SGM_2011 
Guru-guru akan dapat mengakses laman rasmi Standard Guru Malaysia dan paparan penuh adalah seperti berikut:

Guru boleh klik ruangan yang dibulatkan... macam lipstik lak, hahahahahahahaha

Langkah 2 : Pengguna akan dibawa secara automatik ke halaman "Login" seperti gambar selama 1-5 saat bergantung kepada kelajuan internet anda (bukannya kelajuan angin). Kalau guna Broadband... digalakkan untuk akses pada waktu dinihari selepas tengah malam. Hehehehehehehe

Reka Letak Halaman LOGIN

Di halaman Login ini, No kad pengenalan guru-guru dijadikan sebagai ID pengguna dan KATA LALUAN adalah 4 nombor terakhir untuk kad pengenalan, contohnya kalau kad pengenalan 990909-12-1234, maka Kata Laluan ialah 1234.

Maklumat yang penting di sini ialah...semua guru yang mempunyai maklumat dalam EMISoNLINE dapat mengakses terus aplikasi (itupun kalau data EMIS sekolah lengkaplah - sekolah aku lengkap, jadi teda masalah). Kalau tidak lengkap, guru terpaksa mendaftar dahulu di bahagian DAFTAR PENGGUNA.

Oleh kerana post aku ne khusus untuk rakan2 guru aku di SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu maka aku skip bahagian daftar pengguna ini. Walau bagaimanapun, seperti yang dimaklumkan oleh pihak BPG dalam taklimat asal, hanya guru sekolah yang ada data EMIS, maka pegawai-pegawai di Pejabat PPD, JPN, KPM, dan lain-lain perlu mendaftar sebagai pengguna.

Langkah 3 : Tukar kata laluan untuk keselamatan


Rujuk bahagian yang dibulatkan dengn warna hijau di sudut kanan atas gambar... ambil masa beberapa saat untuk menukar kata laluan seperti di ruangan yang disediakan. Rujuk gambar di bahagian kiri... Kenapa ada percampuran bahasa??? "Password" perkataan ne bahasa Inggeris ke perkataan bahasa Malaysia??? Aku pun tak tahu sangat bab bahasa ne... yang penting ialah isu keselamatan maklumat anda supaya tidak boleh diakses secara tidak berhemah, jangan lak terlupa kata laluan. Hehehehhehehehe

Selepas kata laluan baru diterima... gambar berikut akan dipaparkan dan bahagian Instrumen v yang perlu di klik oleh guru untuk memilih "standard" yang perlu diisi.


Langkah 4 : Isi Standard 1 yang mempunyai 26 soalan dari 3 kategori domain : Rujuk Gambar


Untuk menjawab setiap soalan daripada standard ini, pengguna hanya perlu klik pada bulatan kecil sebelum pilihan jawapan (seperti menanda jawapan di kertas soalan objektif - hahahaahahaaa, kalau tak tahu try je lah klik di mana-mana yang berfungsi)


Langkah 5: Isi Standard 2 yang mempunyai 21 soalan dari 8 kategori domain : Rujuk Gambar



Langkah 6 : Isi Standard 3 yang mempunyai 24 soalan dari 4 kategori kemahiran: Rujuk Gambar



Apa yang perlu diberi PERHATIAN ialah pengguna perlu habis menjawab setiap standard satu persatu dan klik butang HANTAR di bahagian atas kanan atau bahagian bawah kiri (CARI SENDIRI). Sekiranya pengguna tidak menjawab habis standard 1 dan terus ke standard 2 atau 3, data-data dalam standard 1 yang dijawab akan hilang. Jadi... pengguna boleh menghabiskan satu standard dahulu sebelum logout dan mengakses semula sistem pada masa kelapangan yang lain. 

Tapi untuk melengkapkan semua standard... masa sekitar 30-60 minit boleh diperuntukan sambil berfacebook atau berblog...


Langkah 7 : Selepas selesai mengisi semua standard atau salah satu standard, pengguna boleh melihat keputusan. SILA KLIK "BUTTON' Keputusan sebelah "Button" Instrumen v. Berikut ialah keputusan saya


Nah! Terpamparlah keputusan kita sebagai seorang guru... aku isi semua standard pada tarikh yang dipaparkan di ruangan tarikh iaitu 13-10-2011. Setiap keputusan boleh dicetak melalui butang cetak disebelah kanan setiap keputusan. Kemudian, jangan terpedaya dengan gambar, semua keputusan aku dah dipadamkan untuk mengelakkan salah faham dan sebagainya. 

Walau bagaimanapun... semua keputusan yang aku perolehi melalui aplikasi ini adalah ikhlas dari hati sebagai seorang guru. Bukan sebagai seorang penjawat awam...

Oleh kerana aku rasa dah hampir 80% bagaimana nak menggunakan aplikasi ini aku kongsikan, adalah perlu untuk pembaca atau guru-guru yang membaca ne untuk melengkapkan instrumen penilaian supaya pihak BPG mendapat maklumat yang penting dalam membuat halatuju pembangunan modal Insan guru kemudian hari... 

Warga Pendidikan di Malaysia perlu melengkapkan setiap instrumen dalam aplikasi ini, isi dengan ikhlas dan sekali lagi tolong klik link dibawah untuk mengakses aplikasi tersebut..


SILA KLIK TEMA HARI GURU 2011 INI:

UNTUK MENGAKSES APLIKASI "STANDARD GURU MALAYSIA" INI



"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah
Junaidi Bin Mohamed
SMK Tun Fuad Stephens
Beg Berkunci No 5
89259 Tamparuli
Sabah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...