Wednesday, July 6, 2011

Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan tahun 2011 ini merupakan kali yang ke-11 saya bergelar pendidik dan merupakan kali yang pertama, ke2 @ ke3 saya terlibat. Segan lak aku nak larikan diri... Hahahahaha, ne lah susah kalau jadi orang yang paling junior di tempat bertugas yang baru. Harap-harap aku tak bosan dan melarikan diri. Seriusly... Masa jadi pelajar pun saya tak pernah nak sambut, jadi masa jadi guru takkan nak terhegeh2 nak sambut dan susahkan budak2. Hahahahahaha, dulu time sekolah aku pasti tak datang sekolah dan begitu juga lah rakan-rakan karib aku yang 55% berjaya menjejak kaki ke menara gading dan 1% yang jadi sampah masyarakat (tang ne yang aku sensitif bila ceritakan dengan pelajar dan aku berharap takda dalam kalangan bekas pelajar aku yang jadi begitu. Sambutan hari guru peringkat sekolah... Aku memang rasa bersalah la dengan bekas2 guru aku di SMK Matu, SMK TPDPH Normah Daro, dan SMK Meradong dulu. Sebab tu aku malas nak susahkan para pelajar nak sibuk2 sambut n bagi hadiah kat aku.

Bagi bekas2 pelajar aku di SMK TPDPH Normah Daro, Sarawak dan SMK Narinang Kota Belud, Sabah, dan Institut Ehsan Kota Belud Sabah aku minta maaf jika seperti aku tak menghargai hadiah yang pernah diberikan. Kemudian di SMK Pekan Kota Belud II, aku mcm mau quit ja jadi guru dan 2 tahun kat sana aku bukanlah guru, tapi macam robot ja p sekolah. Sekarang di sekolah ke-4 aku bertugas, mengajar geografi??? What the hell? Kat Malaysia, bila seorang guru berpindah... Memang 80% yang akan jadi novice balik, mengajar dan belajar semula. Jadi untuk guru-guru, secara realitinya... apabila bertugas ditempat baru, pengalaman hanyalah ilusi dan anda akan jadi guru baru balik di sekolah lama dan seniority di sekolah lama lebih bermakna berbanding seniority dalam bidang pendidikan.

Sambutan di SMK Tun Fuad Stephens ini memang la aku plan malas nak ikut, tapi seriously... aku segan lak ngan pengetua dan pentadbir. Baru ja aku 3 minggu lapor diri dah buat2 tak datang majlis rasmi, apa jadah kan? Hahahahahahhaha, takpa... lama lagi pun aku plan mau pindah sekolah lain. Nanti2 aku tak datang la sekolah kalau majlis sambutan hari guru seterusnya. Berbalik kepada majlis ne, selepas semua guru selesai bersarapan atau aktiviti lain, jam 7.30 am semua guru termasuk pentadbir berkumpul di Dewan Makan Sekolah dan berarak ke Dewan Sekolah. Wah! Macam perarakan konvo la pulak... tapi semua dengan agenda sendiri lah. Bebudak pra-U (Form 6) berbaris menunggu kedatangan guru2 (hahahahhaha, Cuma guru2 pakai pakaian ikut fesyen masing2 la mengikut keadaan semasa seperti hari2 biasa maksud aku, guru PJ guna pakaian PJ, semua pernah jadi pelajar kan... jadi cara pemakaian guru2 sama macam guru2 korang dulu).

Part ucapan yang paling bosan, aku dok online dengan HP cabuk aku (Nokia E72) yang dah setengah abad tak upgrade... hahahahahhaha, aku bukan kaki gadjet, lantak lah janji boleh online. Sepanjang masa ucapan ne aku dok online FB bersama dengan rakan2 di sebelah menyebelah. Tapi yang buat aku terkejut ialah... guru PSV yang tampil buat bacaan doa (terkejut gak aku bos-mana ne ustaz... hahahahahaha, jadi ostad daaaaaaa). Tapi realiti, itulah dunia pendidikan di Malaysia pada hari ini, ramai guru... ramai lah karenahnya. Lu orang mau tau, p lah sekolah saya tengok sendiri. Tapi guru PSV yang hensom boy ne memang ada gaya penampilan seorang ustaz dan tabikkkk bro. Lu memang mantap punya bacaan doa. Ucapan-ucapan lain (pengetua & wakil pelajar & ucapan pak menteri, aku tak faham sepatah pun).

Kemudian sampai ke peringkat guru2 membuat persembahan (simple ja-semua guru baca ikrar, nyanyi lau GURU MALAYSIA & lagu pasal lilin ke apa, aku tak tau) Sepanjang hidup aku... aku tak pernah nyanyi dua2 lagu tersebut dan ikrar pun aku setakat angkat tangan ja. 100% aku tak mampu nak tunaikan tanggungjawab dari ikrar tu. Sebab tu nak berikrar... dosa lah kalau tak buat. Hehehehhehehehehe... Part paling aku malas ialah semua guru kena naik pentas terima hadiah sorang2, ne la aku paling malas. Dulu aku pernah dapat hadiah macam2 (rokok dunhill, lighter Zippo, tali leher, Mug, ntah lagi la... aku pun tak ingat. Malas mau ingat sebab aku tak pernah bagi woooo hadiah hari guru dengan guru2 aku dulu, bukan apa... aku anak kampung yang jauh dan nak bagi hadiah apa pun tak mampu ngan guru2 aku). Hadiah aku sempena hari guru di SMK Tun Fuad Stephens ne aku belum buka pun, masih ampai-ampai atas meja macam orang Sabah cakap. Terima Kasih dengan hadiah tu, cuma aku tak tahu apa... macam frame gambar ja, takpa... nanti aku bagi ngan guru yang suka buat collection.

Persembahan seterusnya berjalan lancar (Budak buat drama, Tarian tradisi, dan Persembahan Dikir Barat-Serius la, budak dusun pun boleh berdikir barat macam orang Kelantan, salute tu jurulatih). Aku takda masa nak ambik gambar dan post disini... gadjet tak cukup, ambik gambar dengan HP tak best la. Hehehehhehehehehehe, kemudian KJ aku (Jabatan Sains Sosial) bagi persembahan ala-ala Anuar Zain.... no komen!

Di penghujung majlis, guru2 dijemput makan di Dewan Makan...3 kali budak panggil aku di bilik guru (diaorang ingat aku tak mau pergi kot-la, sapa tak nak makan free) Tang ne la aku sakit hati, entah macamana aku boleh muntah2 di bilik air guru sampai sakit anak tekak aku? Kenapa????? Hahahahaha, baru aku ingat yang pagi tu aku makan tauhu di kantin dan perasaan ada rasa kurang kat tauhu + tempe tu, tapi aku ne jenis hentam ja. Nasib tak melarat, aku tak dapat makan jamuan hari guru, muntah dalam perjalanan balik rumah + muntah lagi di rumah + muntah + muntah dan tak dpt tido. Celaka, kalau budak sekolah aku kena @ beberapa orang guru kena, tak tau nak cakap apa. Lantaklah... nanti aku tak mau makan sudah tauhu kat kantinnnnn. Hahahahhahahaha, pagi tadi aku masuk kelas geografi... celaka, kepala aku pening sekejap2 dan sakit berdenyut2. Postpone la RPH aku... ada kawan suggest minta MC, takpa la... bukan ada kelas lain lagi pun.

Keracunan makanan tahap gaban, cilaka, memang cilaka... aku tak dapat makan sempena majlis Sambutan Hari Guru di sekolah. Hahahahahahahahha....

2 comments:

  1. Kesiannn.... rasa sedh pun ada, lucu pun ada rasanya baca..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...