Sunday, June 12, 2011

SMK Tun Fuad Sephens

Pernah tak dengar nama sekolah ini? SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu. Ini adalah sekolah yang ketiga tempat aku berkhidmat di Negeri di Bawah Bayu dan akan berharap akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitarannya kerana selepas ditolak, tambah, bahagi, darab, kuasa dua, dan sebagainya... banyak persamaan dengan tempat lahir aku (maksud aku dalam kategori kawasan luar bandar yang masih lagi dilitupi hutan hijau saujana mata memandang... udara yang bersih dan suasana yang nyaman). Mungkin dalam masa sebulan sehingga awal ogos 2011 ini, aku akan memandu sejauh 100km setiap isnin hingga jumaat sehingga dapat rumah sewa yang baru di kawasan Tamparuli. Aku baru survey sekolah sehingga ke masuk ke kawasan pintu pagar dan memang... orang dusun ne sempoi macam yang aku kenal sebelum ini. Mereka selesa dengan orang luar yang boleh bercakap dan berbual walaupun dari aspek kemesraan tu memang aku dah biasa kerana memang itulah sikap orang dusun di Sabah. Tapi really... mereka merupakan masyarakat baik dan mempunyai keikhlasan hati untuk berkomunikasi dengan orang luar walaupun kurang menunjukkan kemesraan. Memang tidak dinafikan pelajar dusun kurang aktif di dalam kelas dari aspek yang memeningkan guru seperti bercakap dan membuat bising. Tapi ada dalam kalangan rakan-rakan yang mengajar di kawasan Tambunan, Keningau, dan Tenom melihat masyarakat dusun di kawasan berkenaan lebih agresif.

Walau bagaimanapun, bagi aku... aku minat dengan peristiwa sejarah dan selagi pelajar aku mendengar fakta yang aku ceritakan, bagi aku itu adalah perkara pertama yang aku mahu dan membolehkan aku kekal lama mengajar di sekolah berkenaan. SMK Narinang, Kota Belud merupakan antara sekolah yang aku rasa bagus selepas SMK TPDPH Normah (Salah satu sekolah dalam Bahagian Mukah, Sarawak) tempat aku mula-mula berkhidmat sekitar tahun 1998 dulu iaitu lebih sedekad yang lampau. SMK Tun Fuad Stephen... tak banyak yang aku tahu dan petang (11.06.11) merupakan kali pertama aku menjejak kaki ke kawasan sekolah tersebut. Jalan dari Pekan Tamparuli memang buat aku ngeri sedikit (hahahahahahaha... maklumlah aku berasal dari kawasan delta Sungai Rajang di Sarawak yang tanahnya rata). Walau bagaimanapun pandangan yang mengasyikkan di sepanjang jalan memang boleh diabadikan dalam foto yang menarik. Hahahahhahahaha... nanti aku akan ambil gambar ne selepas cukup duit untuk angkat DLSR yang aku sendiri tak pernah ada dan tak pernah guna. Hehehehhehehe, dah dekat dua tahun aku teringin nak angkat... tapi belum kesampaian lagi.

Berbalik ke SMK Tun Fuad Stephens... beberapa orang pengawal keselamatan sekolah dan seorang pembantu makmal melayan aku dengan baik apabila sampai di sana. Banyak yang bagi cadangan tentang tempat tinggal dan menceritakan serba sedikit tentang sekolah. Kawan aku masa belajar di Universiti Malaysia Sabah dulu pun ada yang mengajar di sekolah ini. Insyaallah boleh jumpa pada hari isnin. Apabila aku dapat tahu permohonan pindah secara suka sama suka berjaya, ramai kawan rapat yang mengajar di luar daerah Kota Belud tanya soalan yang hampir sama... KENAPA MINTA PINDAH? Jawapan aku satu jaaa... mau dekat ke Kota Kinabalu dan mudah untuk aku menyelesaikan disertasi aku dan urus kedai makan aku di Taman Kingfisher, Kota Kinabalu. Sambil berseloroh aku cakap... masa depan tu, perlu diurus tadbir dengan baik. Biarlah aku korbankan masa dan jarak ke sekolah daripada 0.5 km (2 Minit) ke 50 km (45 minit) untuk sampai ke sekolah.

SMK TUN FUAD STEPHENS... aku akan berkhidmat mulai 13.06.11

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...