Friday, June 24, 2011

Pekan Kiulu

Dah jam 1.05am... aku belum lagi dapat tido. Lepas tengok perlawanan Malaysia vs Lubnan banyak perkara yang membuat kepala otak aku berputar ligat. 1. Blog Bro Aidid memang superb la dari aspek kandungan dan matlamat asasnya. Trylah tengok di Aidid Mu'addib 2. Aku tiba2 bengang bila selalu tengok orang di facebook buat status dan like sendiri... hehehehehe. 3. Apa kaitan perkara 1 dan 2 dengan tajuk post aku kali ini??? hahahahahaha, tiada kaitan pun dan kalau ikut format karangan level PMR pun dah salah. Lantaklah yang penting ini blog aku dan takda istilah MLM dalam blog aku ne.

Pekan Kiulu, apa yang anda nak cari??? Pejabat pos ada, tempat fotostat ada, emmmmm... cuma restoran (muslim) asyik-asyik tutup. Dah 7 hari aku dok keluar ke pekan ini disebabkan takda tempat nak hisap rokok dalam kawasan sekolah baru aku ne. Bila aku berfikir bila kali pertama aku merokok dulu masa sekolah rendah hinggalah ke tahap "hardcore" di sekolah menengah... ada penyesalan sedikit di hati (tu lah, sapa suruh merokok, sendiri yang cari pasal... sekarang! pening nak cari tempat merokok dan terpaksalah, nasib ja pekan ne 1 minit jarak dari sekolah baru aku SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu). Berbalik ke isu penting yang aku mau cakap ne, Pekan Kiulu turut menjadi bukti kepada kepala aku yang dok ligat berpusing dari hari hari pertama lapor diri di sekolah baru ini.

Persoalan yang berpusing dalam kepala aku dari tahun pertama di Universiti Malaysia Sabah... Kenapa orang Dusun ne cakap melayu sama sendiri? Kenapa tak cakap bahasa ibunda? Perkara yang sama berlaku di Pekan Kiulu yang jauh dari hiruk pikuk kota dan kesesakan di Pekan Tamparuli mahupun Pekan Tuaran (ne ada ciri bandar kecil dari konsep geografi manusia). Kalau nak dibandingkan dengan Pekan Matu, Pekan Daro, Pekan Igan, Pekan Dalat, Pekan Oya, Pekan Balingian ataupun bandar Mukah di tempat aku, orang luar pasti akan ternganga bukan pasal apa, pasal gerenti tak faham apa orang cakap. 99% aku rasa berbeza sebab 99% warga Pekan Kiulu menggunakan Bahasa Melayu, dan 99% warga di pekan tempat aku yang aku senaraikan sebelum ini menggunakan Bahasa Ibunda (Bahasa Melanau - Loghat Matu Daro, Igan, Dalat, Mukah). Masyarakat dusun tempatan (malahan di Pekan Taginambur tempat sekolah pertama aku di Kota Belud) seperti selesa menggunakan bahasa Melayu daripada bahasa ibunda mereka. Jadi aku sebagai orang luar memahami 99% apa yang nenek, makcik, pakcik, budak, atau siapa sahaja yang sedang berbual sesama mereka di area pekan. Hahahahaha, aku duduk di kerusi panjang sambil minum 100+, merokok, dan pasang telinga. Tiada isu menarik yang mereka bualkan, sama seperti warga Malaysia lain yang bercerita tentang perkara semasa dan perkara biasa dalam hidup rakyat Malaysia.

Aku bertanya dengan guru-guru yang sudah lama berkhidmat di SMK Tun Fuad Stephens ini khususnya guru berbangsa dusun... jawapan yang aku dapat memang mudah. Bahasa Melayu digunakan dengan meluas hinggalah dalam kelompok ahli keluarga sendiri dan bahasa ibunda (Bahasa Dusun) hanya digunakan di kawasan kampung yang terpencil dan majoriti anak-anak yang belajar di SMK Tun Fuad Stephens lebih selesa berbahasa Melayu daripada bahasa ibunda mereka. Senario hanya memahami bahasa Dusun dan kurang mahir berbahasa (bercakap) amat ketara dalam kalangan pelajar dan warga Pekan Kiulu.

Bila aku fikirkan... adakah generasi akan datang akan mampu mempertahankan identiti mereka dalam skop yang kecil seperti isu bahasa ini? Adakah senario seperti ini akan turut berlaku dalam kalangan warga muda di daerah kelahiran aku suatu hari nanti? Entahlah... sukar untuk dimengerti karenah manusia. Bukan aku hendak bersikap "Racist" jauh sekali... tapi kepelbagai suku di Sabah (32 suku) dan 23 suku di Sarawak adalah warna-warni yang mencorak bangsa Malaysia. Adakah warna-warna itu akan pudar suatu hari nanti???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...