Monday, June 13, 2011

Hari Pertama di Sekolah Baru

Selepas bercuti selama 2 minggu, 13.06.11 hujan turun dengan lebat sepanjang perjalanan lebih 50km dari Kota Belud ke SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu, Tamparuli, Sabah (Perjalanan sedikit terganggu dan saya terfikir betapa rahmat ALLAH SWT melimpahi manusia daripada hujan tersebut). Hari pertama ini merupakan kali pertama saya menghadiri perhimpunan semenjak tahun 2009 ketika saya berkhidmat di SMK Narinang, Kota Belud, Sabah. Kenapa ini menjadi yang pertama dalam tempoh 3 tahun terkini perkhidmatan saya... hehehehehehehe, entahlah! Mungkin saya masih lagi terasa dengan apa yang berlaku pada Mac 2009... emmmm, ia merupakan palitan hitam yang saya tidak akan lupakan selagi saya masih mampu berkhidmat di sekolah.

Hari pertama dimaklumkan akan mengajar matapelajaran geografi... what? hahahahahahaha, aku tak pernah mengajar geografi, apa boleh buat... sebagai guru itulah yang dipanggil tanggungjawab. Bayangkan saya mengajar sejarah kertas 1 tingkatan 6 (2003-2009) dan sejarah tingkatan 1, 2, dan 3 (2009-sebelum lapor diri di sekolah baru ini). Bila terdengar apa yang diceritakan oleh rakan-rakan baru tentang berita di surat khabar tentang para guru terlalu "demand" padahal hanya bertugas separuh hari. Hahahahahahaha, hanya jauhari yang mengenal manikam, memang siapa yang keluarkan kenyataan tersebut memang buta dengan fakta sains tentang betapa beratnya menggunakan otak (maksud saya bekerja dengan otak). Ingat!!! sangat jauh bezanya penggunaan otak di jabatan kerajaan lain dengan apa yang guru-guru gunakan. Guru berurusan dengan manusia yang dibawah umur dan mempunyai pelbagai karenah dan sukar untuk dinyatakan.

Matapelajaran geografi? Terus aku terfikir... adakah kandungan Blog aku ini akan terus menepati apa yang aku ingin perjuangkan iaitu berkongsi apa yang aku minat iaitu sejarah. Walau bagaimanapun, sebagai guru baru berkhidmat di SMK Tun Fuad Stephens ini... aku perlu menerima hakikat tersebut. Walaupun sudah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan, apabila kita berpindah ke sekolah baru, seniority tidak akan menjadi perkara penting lagi. Kita perlu menerima hakikat yang kita juga adalah guru baru dalam lingkungan sekolah dan sebagai orang baru kita hanya melengkapi apa yang kurang di sekolah. Tiada isu aku mau mengajar matapelajaran apa yang aku suka...hahahahahah! Seriously... aku kena bagi PJK ka apa, lantaklah... aku masih boleh bercerita tentang sejarah dengan guru-guru sejarah.

Ntahlah... blur!!!! Takda tempat merokok lak sekolah baru ne....hahahahahahaha

2 comments:

  1. berat tugas sbg guru ni bro.. hari2 memerah otak..

    ReplyDelete
  2. apabila cakap tentang perah otak ne, itulah paling aku malas ah. Perah otak macamana supaya budak faham, perah otak untuk gubal soalan, perah otak untuk buat pelbagaikan P&P. Bosan dah aku... hehehehhee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...