Saturday, June 25, 2011

Facebook

Kenapa aku bagi tajuk rangkaian sosial yang paling diminati di Malaysia pada hari ini? Aku pun tak tahu kenapa... tapi apa yang aku mau tulis pada kali ini adalah fenomena-fenomena yang berlaku dalam kalangan remaja khususnya di daerah kelahiran aku (Daerah Matu, Bahagian Mukah, Sarawak) disebabkan oleh adanya perkhidmatan internet percuma yang disediakan oleh kerajaan. Pasal talian internet percuma ne di kampung aku (Rujuk gambar sebelah yang aku copy dari Group Facebook yang aku jadi ahlinya dan dipost oleh Asyril.photography) daerah aku sana, aku tak pasti sangat sebab sehingga ke tarikh 25 Jun 2011 ne, dah dekat hampir setahun aku tak balik kampung. Aku cuma nampak banyak sudah generasi muda yang sekitar usia 15 hingga 19 tahun yang masih bersekolah sudah mempunyai akuan facebook dan ramai yang melayari internet terutamanya akaun facebook mereka pada malam hujung minggu dan ada menapak sampai ke pagi. Ada dalam kalangan mereka adalah anak-anak buah aku yang masih berada di tingkatan 4 dan 5.

Apa yang lawak adalah anak-anak buah aku langsung tak mau add akaun aku, sebab yang aku dapat kesan ialah... hahahahahahahahaha, takut kena ketuk kepala dan takut kena sound sebiji la tu. Mak aku selalu inform apa yang berlaku dengan anak-anak buah aku melalui telefon, dan aku terpaksa buka akaun yang ada gambar perempuan lawa (aku dapat dari uncle google) supaya mereka dapat accept RQ aku, memang... semua pun accept. Hahahahahaha, budak2 ne memang mudah diagak apa yang mereka buat, takpa... aku dah print screen semua dan simpan di hp. Nanti balik raya tahun ne, aku ketuk kepala sedas dua sorang-sorang. Belajar malas, main facebook no satu... siap ada yang letak "Married to" lagi di status facebook masing-masing.

Memang teknologi web 2.0 ini membawa satu fenomena yang meluas hingga lah ke daerah kelahiran aku yang masih jauh di delta Sungai Rajang sana. Rangkaian sosial facebook yang merupakan antara letusan terbaik teknologi web 2.0 mengalahkan blog (aku sendiri pun baru ada blog lepas 2 tahun asyik merapu di facebook). hahahahahahahahahahaha... tapi sejak aku mula berpindah ke SMK Tun Fuad Stephens, aku mula nekad untuk mengaktifkan diri dalam dunia blog dan akan terus aktif.

Insyaallah... aku akan terus buat entri tentang facebook ini untuk bahagian yang lebih bersifat ilmiah mahupun yang lebih bersifat buang masa seperti hari ini.

2 comments:

  1. bila lagi nak upah aku jd pembunuh upahan ko? kan aku hebat memegang sniper ni hahahaha

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha... nanti aku check dulu mana sudah pengetua aku dulu bertugas. Nanti aku bagi maklumat + Deposit payment terus.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...