Sunday, June 5, 2011

Tentang Aku dan Blog

Aku seorang anak kampung yang berkhidmat dalam bidang pendidikan di peringkat menengah di sekolah menengah dalam negeri Sabah. Lulusan ijazah sarjanamuda pendidikan dengan kepujian dalam bidang sains sosial Sejarah dan Geografi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Aku memang berminat dengan aspek-aspek yang berkaitan dengan sejarah semenjak di bangku sekolah lagi disebabkan aku lebih selesa berhadapan dengan benda bukan bernyawa pada masa itu yang majoritinya adalah buku... tak tahu kenapa aku mudah mengingati peristiwa sejarah dan syukur kehadrat ALLAH SWT kerana limpah kurnianya yang tidak ternilai.

Walau bagaimanapun, selepas menjadi seorang guru pada tahun 2003, aku mula berminat untuk mendalami aspek-aspek yang berkaitan dengan komputer dan ICT. Maklumlah kan... masa belajar di universiti tahun 2000-2003 dulu aku hanya mampu meminjam komputer kawan untuk menyiapkan tugasan hinggalah bermain permainan komputer dan melayari internet. Sekarang aku meneruskan minat aku dengan mengikuti pengajian dalam bidang KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN dan apabila aku selami lebih dalam... fokus utama pengajian aku di Universiti Malaysia Sabah lebih terarah kepada teknologi pendidikan. Alhamdulillah, pengajian di peringkat sarjana ini banyak memberi aku peluang untuk mendalami dengan lebih mendalam aspek-aspek yang berkaitan dengan ICT khususnya.


Semenjak mengajar di SMK Narinang Kota Belud dalam tahun 2003, aku sudah memiliki asas dalam aspek baik pulih komputer dan pengurusan bahan grafik kerana aku sudah mengenali aspek-aspek tersebut semasa mengambil kursus senireka grafik dan banyak berkongsi idea dengan rakan-rakan di UMS. Ini adalah blog pertama aku selepas beberapa kali diedit dan didelete entri sejak 2009 (banyak faktor selain faktor plagiat yang aku bengang sangat-sangat) dan aku akan terus berblog di sini di samping akan membangunkan beberapa blog lain yang berkaitan dengan konsep PBL (Pembelajaran Berasaskan Projek) yang khusus untuk meningkatkan kemahiran ICT aku sendiri di samping terus membimbing pelajar aku yang ingin belajar, semoga ALLAH SWT meredhainya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...