Friday, June 24, 2011

Acer Aspire One

Aku tak tahu kenapa aku bagi tajuk entri kali ini dengan "Acer Aspire One"... mungkin ada kaitan, mungkin tiada kaitan langsung. Hehehehehehehe, entahlah... aku suka bagi tajuk merapu ikut sedap jari jemari aku ne menaip. Okay dah 2 minggu aku berkhidmat disekolah baru dan berulang alik sampai 100 km sehari dan perjalanan 2 jam untuk ulang alik. Fuh... letihnya susah nak cakap. Tapi kalau orang cakap tidak, mesti tu umur masih muda belia lagi.

Berbalik kepada tajuk... hahahahahahaha, hari ne aku buat (services tidak langsung / tidak berbayar) terhadap laptop seperti tajuk entri di sekolah. Member satu batch di UMS dulu (Ijazah Sarjanamuda Pendidikan dengan Sains Sosial Sejarah)... dia tak banyak karenah dari dulu sampailah jadi bapa sekarang. Well itulah perangai orang Dusun ne, walaupun ada juga la kerek wei (maksud aku, mana-mana bangsa pun termasuk bangsa Melanau tetap ada yang baik dan kerek). Hahahahahahhahaha, kalau kerek malas la aku nak tengok2, lagipun aku ne ada degree pendidikan sains sosial ja. Alasan yang paling selalu aku guna la ne... ok bagi aku Acer Aspire One ne memang kadang-kadang memeningkan. Ntahlah kenapa, sebab tu lah laptop saiz mini tak berjaya bertapak dengan baik dalam pasaran kot. Kejap2 mesti boot setting dia lari, macam orang sesat tak dapat balik rumah.

Aku bukannya expert sangat dalam aspek2 IT dan seangkatan dengannya. Tapi aku suka2 dan tangal gatal nak buat juga, maklumlah kawan rapat juga masa study. Tak tahan tu sebab semua dalam kalangan kawan yang duduk berdekatan terfikir kena beli baru semua. Adoiiiii... ne la masalah kalau sedikit pengetahuan pun tak ada. Memang betul... ilmu tu penting walaupun sebesar biji sawi supaya kita tidak tersesat. Jadi minggu hadapan aku akan mula mengajar di kelas-kelas tingkatan 3 dan 4. Subjek...Geografi!!! Jadi, blog aku kena tukar nama pergi lembangan sungai atau "rintisan geografi" la... hahahahahahahaha, lawak2.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...